Isnin, 11 Mei 2009

..kereta berapi..

.. dan salah satu dari benda yang menakjubkan tentang negara Eropah bagi saya adalah sistem pengangkutan. Yang paling jelas adalah sistem jalan kereta api. Negara-negara eropah punya sistem kereta api yang mapan.

Saya ambil contoh UK (kerana saya belajar di sini, jelas). Negara ini dipenuhi dengan jalan kereta api, berbelirat di sana sini, dan ianya 'double rail'!!. Ianya sangat meluas sehinggakan setiap kampung disini punya stesen kereta api, paling kurang hentian kereta api.

Ianya ibarat di Kampung Telok Malek (kampung saya, harap maklum) itu punya satu stesen, Kampung Budi (kampung rival kepada kampung saya kerana memasang banyak pelita pada malam Ramadhan, jaraknya sangat dekat dengan kampung saya) satu stesen, dan di Jitra itu ada stesen utama, Kodiang itu juga, Alor Setar itu ibarat stesen utama yang tarafnya rendah sikit dari stesen di Kuala Lumpur (yang seperti stesen Victoria atau King Cross).

Dan bayangkan kalau itu berlaku. Orang Kampung Telok Malek dapat pergi ke Jitra tanpa menumpang kereta sesiapa, dan untuk ke Alor Setar tidak lagi perlu bersusah payah menumpang orang ke Jitra untuk naik bas ke Alor Setar. Saya juga dapat pulang ke kampung tiap-tiap hari dengan naik di stesen Tanah Merah (atau Bandar Darulaman).

Dan jika anak-anak bangsa mahu pulang ke universiti setalah habis cuti semester, tak perlu lagi ibu bapa menghantar mereka ke stesen utama, hanya berjalan kaki sekejap sahaja dari rumah ke stesen kecil sebelum ke stesen utama.

Ianya juga murah. Dan kita tak perlu risau pasal minyak. Kita juga tak perlu risau untuk membeli kereta, kerana pengangkutan adalah sangat mudah. Maka tiada alasan untuk anak remaja kita meminta kita membelikan motor untuk mereka (yang mungkin mereka akan salahgunakan untuk merempit). Kita juga tak perlu risau motor kena curi.

Mungkin ada yang sinis dengan kereta api ini kerana teringatkan KTM yang macam siput khinzir itu. Tapi kereta api di sini (walaupun agak mencemarkan alam berbanding komuter) menggunakan diesel (komuter guna elektrik), dan ianya sangat laju. Kereta api dari kampung ke kampung mencatat kelajuan hingga 80 batu sejam (saya guna Garmin dalam handphone saya untuk ukur kelajuan), dan kereta api dari bandar ke bandar ( saya pernah naik Virgin Ekspress dari Cardiff ke Birmingham) hampir 200 batu sejam, WOW!!. Saya kira kita perlu melabur duit untuk membeli lebih banyak kereta api, dan yang lebih moden, ataupun yang pakai diesel.

Tapi saya tahu ianya akan menjadi sangat susah untuk dilaksanakan sekarang. Eropah punya jalan kereta api yang merata-rata kerana mereka sudah lama memulakannya. Mereka mencipta kereta api, sebelum ada kereta. Maka mereka membina banyak landasannya, sebagai jalan alternatif daripada naik kereta kuda. Kemudian baru datang kereta. Maka mereka sudah punya landasan itu.

Tapi negara kita agak lambat. Jalan yang ada sekarang itu pun dibina penjajah untuk mengangkut hasil bumi dan darah negara kita bagi dijamu ke kapal-kapal di pelabuhan untuk disuap ke negara mereka. Dan jalan yang hendak dibina sekarang pun dibelenggu perkara yang sama; politik. Landasan 'double rail' yang hendak dibina pun masih bergoyang dek tsunami politik yang melanda.

Tapi melihat sistem kereta api disini, saya masih tetap merasakan bahawa ianya adalah sistem pengangkutan yang agak efisyen dan perlu diperluaskan lagi di Malaysia sehingga ke kampung-kampung.




Kereta api (antara bandar mungkin)



Kereta api (dari dalam)Saya berada di antara dua gerabak, sedikit bising. Tapi di dalam kabin memang senyap.





Kereta api di eropah (antara Czech dan Austria)



Di stesen Breclav, Czech. Kanan saya adalah konduktor kereta api, kiri saya adalah pekerja di stesen itu, kedua-duanya memakai uniform kemas seperti bekerja di pejabat!. Breclav saya kira sangat kecil, lebih kecil berbanding Jitra, tetapi punya stesen yang lebih besar dari Stesen Kereta api Alor Setar.


Dari dalam kereta api di Czech Republic. Bahagian dalamnya seperti di dalam cerita Eurotrip, tetapi tiada aksi raba-rabaan oleh lelaki France semasa saya naiki.

2 ulasan:

  1. amat setuju. keretapi sini memang efektif, walaupun kadang-kadang ada masalah, contohnya stesen dan laluan ditutup atas sebab kerja-kerja kejuruteraan. tapi cara mereka mengendalikan masalah ini begitu efisyen sekali, mereka sediakan bas (dan kadang-kadang teksi) ganti untuk penumpang. terjadi pada aku sendiri dua bulan lepas.

    while i agree that these system should be adapted in our country, it might take a little while for the accessibility of train station at the most remote place in malaysia to be made a reality, given the economic and the ever complicated political situation.

    brits spend 23b pounds this year for transportation, and more than half of the population used public transport last year. direct comparison with malaysia can prove that more efforts should be made by both the government and rakyat.

    having driving for few years in kl and been using public transport since little, i can tell that public transportation (not necessarily train) needs a major revamp, not by merely putting the task under the nose of Prime Minister's Department (where it used to be under Entrepreneur and Cooperative Development Ministry).

    another thing to consider is that there are too many cars moving around, sold and produced in malaysia. a reason being the failure of public transportation to provide quality journey to commute.

    maybe it will get better by 2020, no?

    nice thought, hazrul.

    BalasPadam