Sabtu, 9 Mei 2009

..kisah badan panas..

..dan saya baru lepas demam, agak teruk. Kalau demam biasa saya memang boleh ke kelas, tapi kalau demam dengan sakit kepala memang saya terlentang atas katil sampai sembuh, macam demam kali ni.

Bila demam ni, kadang-kadang saya risau jugak. Sebab di sini penyakitnya lain dari malaysia, penyakit sini kita tak pernah dengar kat malaysia tapi boleh bawa maut, contohnya meningitis yang selalunya menyerang pelajar uni di sini.

Jadi apabila demam disini, demam yang disertai dengan sakit kepala, memang saya akan ke klinik. Lagi satu sebab adalah sebab saya ambil course medicine, course yang agak susah dan terdapat banyak kelas wajib. Kalau tidak datang kelas wajib ini memang boleh kena tendang keluar dari u. Jadi kalau saya demam teruk dan tidak boleh hadir ke kelas wajib ini, saya akan ke klinik untuk mendapat sijil sakit.

Ramai orang cakap, klinik kerajaan di Malaysia teruk, atau hospital kerajaan di Malaysia teruk. Tapi percayalah, seteruk-teruk di Malaysia tu pun lebih kurang sama sahaja teruknya dengan UK. Malah saya lebih suka pergi ke klinik di Malaysia kalau sakit.

Hari Khamis memang saya sakit kepala teruk, ditambah pula dengan bonus pening-pening lalat. Saya bangun lambat, sebab tak larat, bangun pukul 10. Saya mandi, makan sikit, telan paracetamol, dan pergi ke klinik.

Saya mesti pergi ke klinik disini, yang bernama Leeds Student Medical Practice, kerana saya berdaftar disini. Jika saya pergi ke klinik lain, mereka akan suruh saya ke sini jugak, sebab saya didaftarkan disini.

Kalau di Malaysia? Saya sakit di Kangar, saya pergi ke klinik kesihatan kangar, sakit di Banting, pergi ke Hospital Banting ataupun Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Kan senang?

Saya sampai di klinik pukul 12. Dengan pening-pening saya cakap nak jumpak doktor. Receptionist tu tanya,

"Have u made any appointment?"

"No, I havent"

"U need to make an appointment, the available appointment that you can made is Thursday next week"

"So i cant see the doctor now?"

"No, if u want to meet the doctor without an appointment, or it is an urgent case, u need to come before 10am"

Ya rabbi. Saya pun terpaksa balik. Tak boleh jumpak doktor.

Kalau di Malaysia? Saya demam petang, saya boleh jumpa doktor petang, kalau demam waktu malam, pergi ke hospital waktu malam. Bila-bila masa saja boleh jumpa. Kan senang?

Kalau saya jumpa doktor, kalau dia rasa saya perlukan ubat, dia akan bagi preskripsi sahaja. Lepas itu saya sendiri kena pergi beli ubat tu, dalam klinik tu tak dijual. Di mana farmasi? Mana lagi, di town la. Kalau saya sakit akan bertambah sakit la nak pergi beli ubat tu.

Kalau di Malaysia? Doktor bagi preskripsi, turun tingkat bawah terus ada farmasi. Dapat ubat terus. Ubat pun free, tak pun paling tinggi kena bayar RM1.00. Kan senang?

Masa menunggu untuk jumpa doktor tu sama sahaja antara UK dan Malaysia, sama lama, jangan banyak songeh kalau menunggu lama untuk jumpa doktor. Jadi kesimpulan saya disini, semua masa menunggu untuk berjumpa doktor di klinik kerajaan adalah sama dimana-mana sahaja didunia. Kalau masa menunggu kita lagi singkat dari negara maju, maka kita akan jadi negara dunia kekosong.

Ingat ye Encik M. Saravanan? Jangan main masuk saja dalam bilik doktor, itu tak beretika namanya, mana tahu kalau doktor tu tengah periksa pesakit yang tengah bogel. Owh, lupa pula, awak tu ahli politik, awak mana tahu apa itu etika, apatah lagi tentang masa kerja seorang doktor.

Jadi kesimpulan saya disini, bersyukurlah kerana Malaysia dikurniakan dengan Healthcare System yang mantap. Walaupun kita negara dunia ketiga, walaupun kita kekurangan doktor berbanding dengan negara maju, walaupun hospital kerajaan kita tak ada banyak doktor pakar macam negara maju, walaupun kelengkapan kita tak sehebat negara maju, namun kita mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang hampir sama dengan negara maju berbanding dengan kekurangan kita.

Apa lagi yang hendak kita keluhkan?

5 ulasan:

  1. =) demam2 pun aktif fcebook. ahhaha

    BalasPadam
  2. oit time tu rate keaktifan aku da kurg r haha

    BalasPadam
  3. no diff here..
    even kalau patients dah guling2 depan kaunter kecemasan tuh pon x dpt jumpa dr lagi

    BalasPadam
  4. stuju2..kat Malaysia bagus jugak pe..kat cn pun same..xbgus..

    BalasPadam
  5. hazrul, aku nak share sikit.

    ko kena jumpe doc kat medical practice gak sbb nak ENSURE CONTINUITY. sbb kalau jumpe doktor sama...dia tau ur patient history.

    pastu pasal kena beli ubat...ko kena isi satu borang ni...baru ko dapat claim for all the medicines that you buy..

    and pasal appointment tu...huhu aku pun lagi suke cara malaysia...but den again aku rasa uk mcm tu sbb x ramai org sakit demam sangat. kalau sakit kecik2 camtu makan ibuprofen saja. org2 sini educated...and diarrhea SANGAT TAK ADE.. sbb mase aku kena haritu flatmate aku terkejut dgr mcm penyakit tu bleh buat aku mati (tau la org bleh mati sbb cholera). mungkin diaorg punye makanan bersih sgt that org tak sakit perut. kalau ye pun cirit...makan glucose salt i think they know that kot. xyah jumpak doktor. doktor malaysia banyak buat duit sbb org demam pun nak jumpak doktor.

    system UK nampak mcm bagus sbb ensure continuity dan make full use of gov's taxes..tapi aku tak pasti how they work during emergencies. tp sistem malaysia macam sgt best sbb leh jumpak doktor bile2 mase ngeee..

    p/s: btw ko bleh jugak pegi walk-in surgery...tapi yg private la. mahal kot

    BalasPadam