Rabu, 30 Disember 2009

..cerita lama, cerita kita..

..dan saya suka dengar bapa saya bercerita, macam-macam yang dia ceritakan, tentang kisah hidupnya, agama, sejarah, kisahnya semasa kecil-kecil, dan macam-macam.

Salah satu dari ceritanya yang saya ingat ialah kisah Seberang Perai. Ianya mungkin cerita tokok tambah atau cerita rakyat, ataupun cerita rekaan, tapi cerita ini membawa pengajaran yang besar kepada saya.

Kisahnya bermula apabila Sultan Kedah ingin membuat majlis kenduri kahwin ananda baginda. Apabila disebut kenduri istana ini, sudah tentulah makannya hebat-hebat dan diadakan selama berhari-hari. Namun dialkisahkan juga Sultan Kedah itu tidak cukup duitnya. Telahan saya mungkin kerana perang yang berpanjangan semasa itu atau juga keadaan negeri selepas diserang Siam.

Maka untuk mencari duit itu, Sultan Kedah pun memasanglah niat mahu menjual tanah. Orang yang terdekat yang mampu membeli tanah waktu itu adalah British yang mempunyai Pulau Pinang.

Maka Sultan Kedah pun menawarkan kepada British untuk menjual tanah dengan bayaran yang banyak untuk melangsungkan majlis perkahwinan itu.

Akan tetapi British ini membuat tipu helah, biasalah itu memang perangainya. British membuat syarat supaya tanah yang hendak dijual itu adalah sebesar mana letupan meriam didengari.

Maka apabila mendengar syarat British itu, Sultan pun berfikiran, takat manakah bunyi meriam yang hanya panjang dua hasta seperti yang kita tengok di monumen Francis Light itu dapat didengari apabila ditembak? Maka sesudah berfikir semasaknya akan luas tanah yang mungkin didengari apabila meriam ditembak, Sultan pun meletakkan harganya.

Apabila dipersetujui, maka perjanjian dibuat dan orang ditempatkan di negeri Kedah berhampirang Pulau Pinang itu untuk mendengar bunyi meriam British.

Maka tanpa disangka oleh Sultan, di Pulau Pinag itu sampailah sebuah kapal. Yang membawa sebuah meriam yang sangat besar, paling besar yang pernah dibuat yang diangkut oleh sebuah kapal sahaja. Meriam itu lebih besar dari meriam biasa, sehinggakan lubangnya sahaja dikatakan sebesar dua hasta.

Maka meriam itu pun ditembak. Maka akibat meriam yang teramat besar itu, bunyinya meluas sehingga menjadi sebesar Seberang Perai itu.

Namun di pantai merdeka, terdapat sebuah bukit. Akibat bukit ini yang menampan bunyi itu dari terus sampai ke kawasan yang lebih luas, bukit itulah menjadi kawasan terakhir meriam itu didengari. Maka bukit itupun dinamakan Bukit Meriam. Dan di kawasan bawahnya, hampir masuk ke negeri Perak, dan itulah sempadan Seberang Perai.

Mungkin cerita ini kelakar dan tidak masuk akal bunyinya, tapi buat yang menyahut seruan saya untuk berfikir tentang cerita ini, apakah pengajaran yang kita lihat dari cerita ini yang sering berlaku dalam masyarakat kita hari ini?

..nantikan seterusnya, kisah asal usul peribahasa "macam Belanda minta tanah"..

Khamis, 24 Disember 2009

..huzaifah itu sebenarnya lelaki..

Amaran: Penggunaan bahasa pasar yang melampau-lampau, ini bukan karya sastera, hanya coretan

..dan aku ada sorang kawan, nama dia Huzaifah. Aku panggil dia Huzai, ngan member-member len jugak. Huzai satu sekolah dengan aku sejak tingkatan 1. Dia satu dorm ZU. Waktu tu masing-masing masih suci, zaman waktu Miyabi masih lagi tengah isi borang interview mintak kerja dalam bidang perfileman.

Aku ingat Huzai ni waktu form 1 seorang yang agak 'slow'. Aku tak tau sebab perangai dia memang macam tu ka, tak pun dia kembar Forrest Gump ka, tapi aku rasa sebab utama dekpa panggil dia mandom waktu tu mungkin sebab otak dia tengah 'rewiring' dari Bahasa Sarawak ke Bahasa Kedah. Mungkin, tu teori aku.

Sebab Huzai ni datang dari Serawak. Bapak dia pindah kerja kat PFK Gurun. Aku rasa dalam banyak-banyak nama bapak, nama bapak Huzai paling femes. Abdul Rahman bin Abang Bohan- Fuh! Aku ingat lagi nama bapak dia, dia jugak nyaris pegang watak Abdul Rahman Limbong waktu pementasan penghayatan sejarah tingkatan 3-berkat nama bapak dia. Oh, lupa nak cakap, tengok nama 'Abang' kat keturunan dia tu pun dah boleh agak kan yang dia ni keturunan pembesar Sarawak. Dengar cerita dia keturunan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Aku pernah nampak dia sengih sorang-sorang dalam kelas sambil pegang buku teks sejarah tingkatan 3(sat tunggu dulu, jangan cop dia gila lagi). Bila aku tanya dia segan nak kata mula-mula, tapi last-last tunjuk nama moyang dia dalam buku 'keramat' tu. Perghh!

Kes yang aku kata otak Huzai ni tengah rewiring bukan sebab pa. Sebab ada satu perumpamaan. Kalau lori bawa tin eksiden, yang keluar dari lori tu mestilah tin kan. Kalau lori tu berhenti perlahan-lahan, dah tentu tin tu tak keluar. Jadi moral cerita ni, kalau benda yang kita nak 'cover', akan tersasul juga kalau kita terkejut. Jadi nak dijadi cerita, satu hari Huzai tengah tidur. Kawan aku yang seorang lagi si Amet dengan niat membulinya menampar punggung Huzai. Lalu Huzai dengan marah menjerit "Siapa tampar burit aku?" (Buat yang faham bahasa Sarawak, sila explain).

Disebabkan bapa Huzai kerja kompeni minyak, maka Huzai ni boleh dikatakan sebagai agak berada. Maka dizaman budak-budak pakai walkman manual kat sekolah tu, Huzai dah pun pakai walkman digital. Pergh! Mantap. Aku ingat lagi walkman warna biru tu. Kalau nak rewind tape, tak payah tarik keluar kaset, boleh wat automatik. Dah la tu, walkman tu ada LCD display siap, 'first time' dalam hidup aku jumpa LCD display lain dari skrin kalkulator.

Pastu belum sampai lagi kocek mak bapak budak sekolah tu nak beli walkman digital, Huzai dah pun pakai Discman. Discman tu cap Sony jugak. Aku ingat sebab aku selalu pow Discman dia masa dia tidur. Selalu juga berebut dengan Pit sapa dapat dulu. Masing-masing tunggu sebelah katil sampai Huzai tidur. Kadang-kadang si Thariq buat celaka pegi book discman tu awal-awal. Tapi tak lama, sebab lepas tu Thariq beli sendiri walkman cap Tesco. Aku pun dah tak layan CD Eminem waktu tu, walaupun tengah berjinak-jinak dengan Blink 182 yang Huzai doktrinkan kat aku yang masih kekal sampai la ni.

Tak habis dengan Discman lagi, Huzai bawa pula satu hari tu PDA. Walawey! Aku yang nak beli walkman pun kumpul duit setahun sambil pejam mata lalu depan ko-op memang terkejut dengan benda alah 'touch screen' tu. Bapa aku pun tak pakai lagi. Dari PDA tu la aku faham apa itu Desktop, Palmtop, dan Laptop. Tu la first time dalam hidup aku pegang gajet yang tertera 'Windows Mobile'. Aku ingat lagi satu kelas fizik tu dekat lab, Huzai bagi aku pegang PDA dia untuk lukis gambar waktu belajar Electromagnetic Wave dengan Cikgu Fakhrul. Pergh, rasa macam anak perdana menteri yang belajar kat sekolah private kat bukit antarabangsa waktu tu dapat catat nota guna PDA. Dan kira-kira 5 tahun pastu aku rasa, baru la aku dapat merasa sendiri pegang PDA yang aku sendiri punya. Aku rasa sebab utama aku pakai Sony Ericsson Xperia waktu ni, dan agak anti-iphone mungkin sebab hati aku dah terpahat dengan PDA sejak Huzai bagi aku pegang PDA dia tu.

Mungkin ramai yang tak tau satu lagi fact istimewa tentang Huzai adalah, walaupun tak femes dan tak menonjol, Huzai adalah budak pertama yang pakai handphone dalam batch aku (bukan si ehem ehem tu). Huzai dengan low profilenya tak menunjuk kat orang. Hanya aku, Thariq, Amet, dan budak batch aku yang brapa kerat ja yang tau. Waktu tu aku tak ingat form brapa, tapi yang aku tau memang dia yang pertama pakai. Senior form 5 pun tak pakai lagi. Tapi sayang. Handset tu kena curi waktu dia caj kat bilik bagasi. Sebab ramai yang tak tau dia bawa handset, jadi ramai gak la yang tak tau dia pernah hilang handset. Dan tak lama apstu, baru la mula femes dengan aktiviti memburu handset oleh Cikgu Mardis akibat pengunaan telefon bimbit yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, tu pun aku rasa handset Huzai tu la cendawan pertama yang membiakkan spora cendawan lain tu.

Huzai ngan aku sama-sama ahli kadet bomba sekolah. Waktu Kem Bomba peringkat negeri Perlis, kami usaha kuat nak dapat ke peringkat kebangsaan. Waktu tu saingan kuat. Biasalah, sekolah sains, mana kuat sangat lari. Sekolah pun kecil, makan pun makanan Dining yang dah tinggal zat karbon ja dalam tu. Memang agak susah. Kami macam risau juga tak dapat pergi kebangsaan. Bukan apa, penat-penat berlatih hitam badan, tak kan nak berenti sekerat jalan. Buat yang pernah ke Perlis, tau la kan macam mana cuaca sana.

Tapi atas tiket 'sekolah sains' yang sepatutnya 'berotak sains' dan bukan 'berjiwa insane', kami diberi jaminan untuk ke peringkat kebangsaan.

"Jangan risau, sekolah sains semua kita ambik p kebangsaan." Kata jurulatih bomba.

Wah wah! Tersenyum kami dijamin ke kebangsaan. Macam dapat tiket emas keluar penjara dalam Saidina!

Jadi kami pun tunggu pengumuman sebut nama orang yang dapat p ke kebangsaan. untuk laki ada 30 orang, perempuan 30. Jadi kami pun tunggu dengan sabar. Satu-satu sebut, nama budak sekolah sains, sekolah teknik, budak maahad, tapi last-last sampai ja 29, list tu habih. Aku naik pelik, Huzai lagi la. Pastu aku suruh Huzai p tanya. Huzai p tanya. Pastu jurulatih kata:

"Nama yang dalam ni ja dapat"

Huzai pun kecewa. Dia pun blah p dewan makan untuk lunch. Aku sayu ja tengok. Pelik betul, semua nama budak sekolah sains ada, Huzai seorang ja yang tak dak. Aku pun stay la nak dengar taklimat, yang akan diberi lepas dekpa umum nama budak perempuan.

Satu-satu dekpa umum nama budak perempuan. Sampai yang ke 30, tiba-tiba ada satu lagi nama ditambah kat bawah tu jadi 31 yang berbunyi:

"Huzaifah binti Abdul Rahman'

Aku nak tergelak macam nak mati waktu tu. Sebab sebelum tu memang ramai yang silap dengan nama Huzai tu. Sebab selama ni tradisi orang Melayu nama perempuan ada 'ah' kat belakang, jadi dengan dangkalnya ramai orang ingat semua yang ada 'ah' kat belakang tu nama perempuan, termasuklah Huzaifah. Benda ni bukan jadi sekali, tapi banyak kali, sampai setiap kali umum nama, memang kerja aku duk tunggu 'binti' tu disebut kat nama Huzai, walaupun memang terang lagi bercetak nama dia 'B' yakni 'Bin' dan bukan 'Bt'. Memang futuristik dan menongkah arus nama Huzaifah tu. (Huzaifah tu nama seorang sahabat nabi)

Aku tulis post ni sebab aku teringat kat Huzai setiap kali aku balik dari kelas. Satu row dengan rumah aku ni, rumah yang hujung sekali ada sebuah rumah yang ada kereta Citroen Berlingo. Setiap kali aku tengok kereta tu, aku teringat kereta Berlingo Huzai. Sebab tu satu-satunya kereta paling pelik pernah aku jumpa waktu kat Malaysia. Aku ingat apa la kereta ni, dengan bentuk macam foetus yang tak cukup bulan. Tapi bila sampai sini, baru la aku faham, banyak kereta kat sini yang design dia macam tu. Kira kereta tu agak futuristik la, sentiasa lebih kehadapan dari orang lain, sama macam walkman, Discman, Pda, handphone, dan nama Huzai tu sendiri.

Selasa, 22 Disember 2009

..kisah bulan bernama Pandora..



..dan sementara masih hangat dan panas bersama hati suka, ingin saya berkata Avatar adalah sebuah Cebisan Tuan! (Masterpiece)

Tapi saya tidak akan menulis tentang review seperti filem seperti kesan CGI atau jalan cerita, oh tidak.(Review yang lain boleh dibaca di sini)

Pertama kalinya saya ingin merasakan ketakjuban saya tentang ketelitian James Cameroon terhadap kelogikan filem ini. Bagi saya, filem ini 80% logik (2012 hanyalah 20% logik), cukup tinggi untuk filem fantasi. Bagi seorang peminat sains angkasa, amat mengejutkan kerana kebanyakan tempat di alam semesta ini yang berada dalam 'habitable zone' adalah seperti bulan Pandora (ianya mengorbit planet besar). (kebanyakan planet juga mengorbit bintang kembar seperti dalam Star Wars). Amat tinggi pengetahuan pengarahnya, bukan macam 'director' Tower 13 bodoh yang memaparkan 'meneropong Planet Pluto guna teleskop amatur'.

Kepelbagaian hidupan juga masuk akal. Seperti menggunakan Teori Darwin yang mengatakan 'most of the vertebra is made up of same skeletal framework', jika anda perhatikan tulang monyet, harimau, lembu, burung dan ikan sekalipun, ianya sama dari segi jenis tulang yang hadir, walaupun saiznya berbeza. Maka dalam Avatar juga, anda akan lihat 'harimau', 'kuda', 'monyet', dan burung itu juga punya 6 organ (samada monyet 4 tangan 2 kaki, harimau dan kuda 4 kaki depan 2 kaki belakang, atau burung 4 sayap depan 2 sayap belakang). Wunderbar!

Dan saiz Na'vi yang setinggi 10 kaki itu juga kena dengan graviti planet itu. Seperti kata General itu pada awalnya "The low gravity of this planet makes your body soft", ianya sama konsep kenapa ikan di laut itu saiznya besar gedabak manakala di darat kebanyakannya hidupan kecil (hanya gajah bersaiz besar). Ianya menyebabkan semua hidupan di Pandora itu rata-ratanya bersaiz besar. Dan tentulah, ada obor-obor terbang!

Dan sekarang, yang paling menarik, plot.

Kisahnya mudah. Sebuah syarikat intergalactic ingin melombong di kawasan orang asli, dan dalam proses itu mendapat tentangan orang asli.

Manusia vs Na'vi, buruan= Unobtanium

Macam pernah dengar bukan? Contoh terdekat saya beri:

Manusia = British
Na'vi = Melayu
Buruan = rempah, tanah, emas

Manusia =Israel
Na'vi =Palestin
Buruan =Tanah

Manusia =Orang Malaysia
Na'vi =Orang asli di Sarawak
Buruan =Empangan Bakun

Yeah! Anda mesti sudah dapat beri contoh sendiri sekarang. Dan 'it happens to be' barang buruan itu sebenarnya berada betul-betul di bawah kampung Na'vi. Dan ini menyebabkan konflik seterusnya bermula.

Manusia ingin ambil tanah itu. Aduh! Apakah bodoh, masakan si Na'vi mahu beri tanah tumpah darah mereka pada orang lain.

Manusia fitrahnya aman, dan diplomasi. Maka atas secebis dasar fitrah itulah konflik dimulai dengan rundingan.

Manusia bina sekolah, beri makanan, dan ajar English pada anak-anak Na'vi (kononnya 'eduation', padahal supaya komunikasi lebih mudah dan lebih senang mereka menjarah).

E.g
: Orang Yahudi mulanya mahu membeli tanah Palestin dari Sultan Turki
: British buka sekolah di Tanah Melayu dan meng-Inggeriskan anak-anak Melayu, konon atas nama kemajuan

Kemudian rundingan lidah gagal, maka rundingan seterusnya hanyalah dengan darah dan air mata. Manusia serang Na'vi

Maka pada masa ini, anda sudah dapat mengagak apa kesudahan contoh yang saya berikan.
(Kecuali dalam contoh empangan Bakun, harga konflik ini adalah masa)

Tetapi tidak, belum lagi berakhir!

Konflik ini diteruskan. Dengan manusia serang Na'vi. Na'vi yang tiada teknologi ini bertindak melulu dan bodoh dan enggan mendengar nasihat orang luar, walaupun nasihat itu masuk akal. Na'vi itu penuh dengan semangat, tapi sayang; ilmunya kurang, otaknya pun belum matang. Mereka melawan besi guna kayu, peluru dengan batu. Memang, tidak saya nafikan disini, semangatnya berkobar-kobar. Semangat itu perlu, dan wajib, tetapi semangat sahaja hanya akan membuahkan kebodohan meluru.

Maka diceritakan dalam lagenda, bahawa ketua terhebat mereka menunggang seekor burung yang besar dari jenis Toruk. Dia menyatukan mereka selepas 'The Great Sorrow'. Inilah lagenda mereka tentang ketua yang mereka nantikan. Tapi tiada seorang pun merasakan mereka adalah lagenda itu.

Maka Jake mengambil inisiatif. Dia orang yang dibuang kaum. Tiada siapa yang mahu mendengar katanya. Lumrah manusia untuk tidak mempercayai orang yang dibenci, melainkan orang itu datang dengan keajaiban yang dinanti. Maka dengan taktik perangnya dan pemahaman mendalamnya terhadap startegi:

"The predator always looks below, that they forgot to look what is above them"

Dia menjinakkan seekor Toruk. Kerana dia berani mencuba, dan percaya dia mampu. Dan kerana dia terdesak.

Maka dia pulang ke kaum Na'vi nya. Dengan menunggang Toruk. Mereka terperanjat, dan sekarang percaya padanya. Lumrah manusia kan? Baru percaya setelah nampak tanda di depan mata.

Maka Jake membuat startegi untuk menyerang manusia. Dia sedar mereka kurang dari teknologi, namun mereka menang dari segi bilangan. Maka dia mengumpulkan semua Na'vi dari segenap bulan Pandora untuk menyerang manusia.

Dan, perkara yang terakhir yang dilakukannya sebelum malam peperangan, adalah cuba meminta pertolongan pada Eywa, tuhan alam sekitar mereka. Walaupun tahu ianya tak mungkin berjaya, dan Na'vi sendiri tidak pernah meminta pertolongan Eywa untuk membunuh (kerana Eywa memelihara keseimbangan), Jake tetap melakukannya.

Dan sungguh, mereka berjaya. Semua bangsa Na'vi di Pandora bersatu, dan Eywa juga menolong mereka. Dan mereka berjaya mengusir manusia. Nampak mudah bukan?

Eh, anda terlupa untuk mengaitkan kisah manusia vs Na'vi ini dengan contoh sebelum ini.

Cuba kaitkannya dengan isu Palestin.

Ingatlah,

"The predator always looks below, that they forgot to look what is above them"

Ahad, 20 Disember 2009

..paris, je t'aime..

..dan ini adalah salah satu lagi bahagian yang menyentuh perasaan dalam filem Paris, Je T'aime.

">


Ironik bukan? Wanita itu menghantar anaknya sendiri ke nurseri awam dan membiarkan orang lain menjaga anaknya, sementara dia pula bekerja sebagai pembantu rumah dan menjaga anak orang lain secara 'private'.

Ketika anaknya menangis, dia mendodoikannya sambil tersenyum, dan membuat gaya mesra sambil memandang tepat pada anaknya. Akan tetapi pabila anak majikannya menangis, walaupun dengan dodoian yang sama, namun 'perasa' dan caranya amat berbeza. Tidak jauh juga saya katakan jika perasaanya juga jauh berbeda.

Zaman sekarang, suami isteri bekerja. Mahu beli rumah besar, kereta seorang satu. Suami kerja untuk tanggung keluarga, isteri kerja nak tolong suami. Memanglah, dah rumah hendak besar-besar, jaga status. Kereta pula hendak sorang satu, senang pergi kerja.

Dapat gaji, guna duit bayar orang gaji.

Adakah orang gaji itu menjaga anak kita dengan sepenuh hati seperti kita yang berkerja di pejabat bagai hendak mati?

Hidup ini ironik, dan juga pelik.

Khamis, 10 Disember 2009

..life is ironic 1..

..and u walks down a street when suddenly u saw a man on kis knee with his hand tied and mouth covered up, and another big, strong, 'muskulos' man hitting the tied man.

U asked the strong man. "What are u doing?"

"Owh I'm teaching this man about peace". He replied.

"Why do you hit him?"

"Yeah, because he might come into my farm and breake some of my fences"

"Wait, so this is not your farm?"

"Yes, this is his farm"

"Do he ever come near to your farm dude?"

"Mmm I think so, because yesterday I found out that some of my fence got broken so I figured out this must be his job"

"So u r telling me this is his land, and u came into his land, tied him up, covered his mouth, and hits him so that he would know about peace?"

"Yeah man, for peace!"

"Great, what a noble Job! Here I give u some reward for your great job. Well done man!"

Life is ironic, and sometime it is stupid.



..

Isnin, 7 Disember 2009

..dieser Junge..

..and that boy sat infront of the telly, watching the late news on TV2. His mom forbid him from doing that, but he still want to. He sneaks out of his room each night if he can, to watch the news of that 'used to be great' tv station. Sadly nowadays, no one watch that channel anymore, sadly.

He sat watching the telly. Each words was in English. He didnt understood any of it. But what do he cares? Only the images shown that matters. Through that news, at 11.40 each night, his eyes wont blink for that last 20 minutes of day.

The segment called 'Technology'.

Though he recognised it from the words 'teknologi', his interest was sown few years before when he was still in kindergarden.

Watching a cyllinder with an aeroplane attached to it, burst into flame and propelled to the sky in minutes, space news still bears his interest up until now, still now. And from that news on TV2, he knew and first learnt, what does 'space' stand for, and what does 'technology' is meant for.

But on one night there was a bit unusual news that kept his eyes captivated.

It was a news, but unlike any other news that spoke the same language as the news reader, this segment showed a man talking in a language that seemed odd to his ear. And that the newsreader will speak along with that man in a language called 'Inggeris'. He knew that those people that was examining a blind man eyes, and that attached a robotic or mechanical eyes to that man, was speaking another language. And that they are of different people from the NASA people.

And those people that invented mechanical eyes that enabled blind people to see, really opened up his own eyes. He felt very sad for blind people. For he knew that to be unable to see means to be unable to cross the street, like that time when he helped a blind man crossed the street. Oh, he was still in primary school at that time, he has so much to learn about the world. But he do know, that he knew the world from what he see. But what about the blind?

And he knew from that night, that those people that spoke that language might too hold the secret to his own ambition; to develop prostethic mechanical limb for the disable people. And he knew, they might hold the technology for the biggest disability that he ever knew:blindness.

And the last word that he remembered from that night, the only one that he still remembered now was a name of a country.

Germany.

After that night, he knew that he must learn about this so called people of 'Germany'.

And he do lots of reading, about everything, about Germany.

And then the Nazi came in, then Mercedes-Benz, Berlin, Prussia, Jerman, West Germany, and the black-orange-yellow flag. Everyhthing.

But being under influence of Japaneese movie 'Beautiful Life' at that time, he forgot about his ambition. He do have had some sort of ambiguity whether to opt for German or Japaneese, but being put into Japaneese class randomly by the teachers, he accepted it. And learnt Japaneese for 4 years.

But he still didnt forgot his ambition.

'Learn about citizen from their language'

That was what he had been taught in Theory of Knowledge.

'Vocabulary means knowledge of the people'. And he simplified it as 'Language is the people'. And he started to understood about 'Bahasa Jiwa Bangsa'

And now, he has chosen to pursue on his dream while doing his SSC. At least if he couldnt learn to be an expert in that language, he would have an idea of what does that language is all about.

And that boy learned from that news.

Space stands for ambition, and dreams. Technology is meant for life. Language, is the people. And people, build their life, from ambition.

Ich heiße Hasrul Asvar, ich bin dieser Junge.

Rabu, 2 Disember 2009

..cita-cita, angan-angan..

..dan ketika saya baru bangun tidur bersama kemalasan untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Jumaat ini, ianya datang tepat pada masanya bagi mengingatkan saya tentang cita-cita saya.


Nampak mustahil untuk dibina. Nampak seperti angan-angan yang dicipta oleh budak berusia 7 tahun selepas menonton Star Wars, tapi pada umur itulah saya mahu jadikan angan-angan itu sebagai cita-cita saya.

Orang lain telah membinanya, selepas ini, saya berharap giliran saya pula untuk mebinanya di Malaysia.

..selembut salju musim berlalu..

..dan post ini adalah post paling ntah apa-apa yang saya buat. Saja nak kongsi lagu. Enjoy.

OAG-Akustatik

Isnin, 23 November 2009

..eksperimen 2..

..dan saya tertanya-tanya, kenapa perlu abah potong rambut saya, baru 3 bulan lepas abah potong. Setelah diamati maka saya membuat kesimpulan, bahawasanya seperti pokok taugeh yang saya selalu tanam (dengan menyemai kacang hijau atas kapas basah), rambut juga sebenarnya tumbuh!

Maka saya juga tertanya-tanya, jikalau rambut itu tumbuh, dan rambut itu seperti bulu, adakah berus lukisan juga tumbuh?

Abang punya berus lukisan yang bermacam-macam saiz, untuk mata pelajaran seninya di sekolah. Saya sering memerhatikan berus lukisan itu dan bermain-main dengannya, dan terdetik di hati saya adakah berus itu juga tumbuh seperti rambut.

Maka saya pun mencapai gunting, dan potong berus lukisan itu, bermula dengan berus paling kecil.

Selang seminggu, saya tengok kembali.

"Masih tidak tumbuh"

Maka saya memotong berus yang lain, iaitu bersaiz sederhana dan besar.

Dan malamnya saya mendengar abang dimarahi emak, tentang berus lukisan yang dipotong, dan abang menjawab tidak tahu, lalu emak mengatakan abang tidak pandai jaga dan biarkannya dipoting oleh kawan-kawannya yang mungkin dengki.

Dan sebulan pun berlalu.

Saya melihat dalam rak buku abang. Dan tepat pada sangkaan saya, bulu pada berus lukisan itu juga sama,

"Ianya tumbuh semula!"

Maka hati menjadi semakin ghairah. Lalu gunting dicapai sekali lagi, dan kali ini semua berus lukisan itu ditarah sehingga rapat!

Dan besok paginya semasa abang hendak ke sekolah, (dan saya hendak ke tadika mungkin), saya dengar abang saya mengomel-ngomel dan emak pula dengan suara yang marah.

Malam itu saya membuka rak buku abang, untuk melihat hasil eksperimen saya. Tetapi kali ini saya terkejut.

"Asalnya ada 3 berus, tapi sekarang kenapa pula 6? Dan siapa pula memotong berus yang lagi 3? Saya hanya potong 3 berus bulan lepas, dan memotongnya semula semalam"

Hati makin tertanya-tanya. Namun dibiarkan sahaja.

Akan tetapi persoalan 'tumbuh-menumbuh' itu tidak berakhir di situ sahaja.

Teori baru diformulakan, "Kalau macam itu, kalau kita potong tangan kita, bolehkah tangan kita tumbuh semula?". "Bagaimana pula dengan kaki?". Dan teori radikal dicapai oleh budak tadika "Kalau kita potong tangan orang, dan pabila dia mendapat anak kita potong tangan anaknya, dan pabila anaknya melahirkan cucunya dan kita potong tangan cucunya, maka lambat laun keturunnya akan dilahirkan tanpa tangan"

Dan persoalan itu melewar-lewar di kepala. Sehinggalah satu hari di rumah tok.

Abang dan kakak iza (Izza Hazirah) sedang membuat kerja sekolah. Saya dan adik bermain-main dengan kucing yang ada di rumah tok. Saya capai gunting abang. Persoalan itu semakin berat rasanya di tanggung oleh kepala dengan desakan untuk membuat eksperimen memuncak-muncak, namun pada siapa?

Lalu ketika adik tiada, saya mengangkat anak kucing yang ada di rumah tok.

"Kalau rambut boleh tumbuh semula, adakah tangan juga boleh? Dan adakah telinga juga boleh?"

Dan,

Zaaass

Saya meletakkan gunting ke dalam kotak pensel abang, dan saya letakkan anak kucing di luar rumah. Harap tiada siapa yang nampak eksperimen saya, biarlah saya sahaja.

Namun langit tak selalu cerah, hati tak mesti bebas gundah. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

"Sapa potong telinga kucing ni?"

Suara abah yang hingar sungguh bunyinya. Saya jadi takut.

"Matilah aku"

Lalu saya menjawab, "Wan kot"

Jaring dituding pada adik saya, kerana dia paling bongsu, dia paling kecil, dan umurnya hanya 4, tiada siapa yang akan marah padanya. Dan tepat pada sangkaan saya, tiada siapa yang marahkannya.

Dan setiap minggu ketika pulang ke kampung saya mencari anak kucing itu, hanya untuk menemui kekecewaan bahawasanya tak semua benda yang dipotong boleh tumbuh.

Tak semua yang patah boleh tumbuh, dan tak semua yang hilang boleh berganti.

Dari kiri: Izza Hazirah, Hazwan Adzfar, Faizul Adzfar, Hazrul Adzfar

Ahad, 22 November 2009

..eksperimen 1..

..dan ketika itu dalam usia yang bertatih ke 6 tahun, saya mungkin seorang yang belum dikira mampu memikirkan segala-galanya. Mungkin pada ketika ini saya amat bersetuju dengan apa yang telah diajar dalam I&P, bahawasanya kanak-kanak adalah ibarat saintis kecil yang sentiasa tertanya, namun semuanya telah dan saya masih ingat lalui semasa saya kecil.

Pada kira-kira usia itu, obsesi saya adalah perkara yang sama dengan minat manusia pada masa sekarang: tenaga. Namun tenaga yang saya ketahui pada masa itu hanyalah satu, itulah api, yang saya kira juga adalah minat semua kanak-kanak semasa kecil tak kira zaman apa.

Saya menyalakan api menggunakan guruih (mancis dalam bahasa Kedah), satu persatu sambil mata terpaku akan butir-butir hitam itu mengeluarkan cahaya dan haba. Oh tidak lupa juga cahaya dan haba itu boleh berpindah dari bahan ke bahan! Dan bahan yang terkenal pada masa itu sudah tentulah kertas surat khabar.

Lalu kepala kaku sambil mata terpaku melihat kertas surat khabar terbakar dimamah api.

Oh tidak cukup dengan itu, saya ambil pula pembancuh simen (yang seperti rupa alat memasak burger) dan diletakkan atas nyalaan api, meniru rupa perkakas yang saya biasa lihat digunakan emak di suatu 'compartment' rumah bernama dapur. Ayah saya seorang geologis, dan juga seorang Civil Engineer, maka bahan-bahan untuk membuat rumah biasanya bertaburan di rumah saya. (Jadi jangan cuba gebang dan tipu saya pasal geologi dan civil, saya dibesarkan dengan cerita tanah dan batuan serta bangunan)

"Eh kenapa kertas terbakar, benda ini tidak?"

Lalu tangan ini gatal menyentuh besi pembancuh simen ini, seraya disertai lolongan yang membasahkan sel muka dengan darah yang mengalir rapi dalam kapilari.

Muka merah padam kerana sakit, mujur hanya sedikit.

Lalu hati terdetik kerana benda itu panas.

"Oh jikalau aku panas aku mandi"

Benar.

"Kerana air itu boleh sejukkan benda, mungkin"

Saya memikirkan perkara apa yang boleh dicuba untuk menguji kebenaran pernyataan itu. Setelah berfikir panjang dan sambil melihat sekeliling, lalu tangan ini mengambil semula pembancuh simen dan dilayurkan atas api.

Hampir cukup panas rasanya pembancuh simen itu, saya mengangkat dan membawanya masuk ke dalam rumah, mencari-cari kalau ada bahan yang berair untuk dicuba supaya pembancuh simen itu boleh sejuk.

Namun agak hampa kerana tidak dijumpa di ruang tamu. Berarak pula ke dapur.

"Oh sinki terlalu tinggi pula" Hati mengomel tidak berpuas hati kepada usia diri ini yang baru berangka 5 atau 6.

Lalu perarakan dengan pembancuh simen itu masih dihadapan diteruskan ke destinasi terakhir: tandas.

Ada bunyi air, mungkin abang sedang mandi.

Rupanya adalah betul, dan kebiasaan kami adalah mandi tidak bertutup pintu, atau tutup tidak berkunci, kerana dilarang keras oleh emak dan abah. Larangan itu juga berpunca dari salah saya yang suka main air. Obses saya bukan hanya pada api, malah juga air, sama seperti manusia lain.

Lalu tangan menolak pintu, dan nampaklah abang Pejon (Faizul Adzfar) sedang mandi. Dia tidak menghadap pintu, maka dia tidak sedar akan kehadiran adiknya ini.

Dan dari belakang saya nampak badannya yang sedang disimbahi air itu.

"Air, penyejuk"

Lalu tangan ini pun menekap pembancuh simen ke belakang abang Pejon, yang juga hadir dengan lolongan tajam, dan sudah tentulah wap (atau asap kulit terbakar?).



Abang Pejon (kiri) bersama kanak-kanak yang mak saya mengasuh.

..kisah phosphorus dan nitrat..

Dipetik dari salah satu nota Facebook saya bertarikh 8 Mac 2009

...dan saya selalu sahaja bermain-main di sekeliling rumah nenek itu, tidak kira seorang ataupun bersama adik atau kakak saya. Biasanya selepas pulang dari tadika saya dan adik akan mula menjelajah seluruh pelusuk belukar di depan stor, kemudian kami menjengah pula kedalam bekas kolam ikan ayah saya, dilihat-lihat jikalau ada yang boleh dijadikan barang untuk dimainkan.

Sepetang dihabiskan melewar di ruang penuh semak samun beserta pohon-pohon rambutan yang saya kira lebih tua dari saya. Kemudian hampir sahaja senja, ayah akan datang mengambil kami pulang, dan rumah tok menjadi teka-teki semula untuk dijelajahi keesokan harinya.

Pada suatu hari saya mendapat mercun papan yang saya sudah lupa sama ada diperoleh dari sepupu ataupun abang. Abang kadang-kadang memperolehnya dari rakannya, atau sepupu entah mana didapatinya, mungkin dari kedai dihujung kampung.

Mercun itu menjadi bahan mainan kami yang baru, bermacam-macam projek dijana dengan idea-idea serupa bernas di benak pemikiran budak 6 tahun dan 4 tahun. Mula-mula dimasukkan di dalam tin susu kosong dan diletup untuk mendengar gemanya, kemudian dimasukkan ke dalam buah kelapa muda yang gugur, atau buah kelapa tua ditepi stor yang disimpan tok untuk dibuat benih. Masing-masing mahu melihat kesan letupan mercun papan itu, kuat atau tdak, bunyinya terpekung atau bak halilintar, atau hanya saja-saja untuk mencari idea baru.

Saya juga pernah membelah mercun itu untuk melihat apa yg ada didalamnya, walaupun dibangkang adik kerana ianya sama sekali merosakkan mercun itu. Kami juga kadang-kadang kecewa apabila mercun itu masuk angin, istilah yang digunakan orang kampung untuk mercun yang gagal mengaum ketika dicucuh api, dan juga yang bunyi seperti kentut kecil, mungkin kerana phosphorus dan sulfurnya sudah teroksida, atau nitrat didalamnya belum cukup padat, atau juga ferumnya sudah berkarat.

Sedang asyik saya leka mengeksperimen dengan mercun-mercun itu, tiba-tiba adik saya lari kerana terdapat seekor ayam betina bersama anaknya.

Bagi yang jarang mencium udara kampung, ayam betina bersama anak-anak adalah suatu yang mesti dihindari, kerana selembut-lembut ayam itu dan sepenakutnya ia lari jika dikejar kita akan berubah utara selatan jika ianya bersama anaknya. Secara automatik ayam betina yang menjaga anaknya akan berubah ke 'protective mode', dengan kepaknya dikebar besar untuk anak-anaknya bersembunyi, serta bulu tengkuknya mengerbang hingga ayam itu serupa belon yang ditiup padat dengan udara, dan sekarang tugasnya hanya satu, menyabung sesiapa yang datang dekat! Kakak saya pernah luka-luka dikaki dek dipatuk ayam betina yang berang entah tiba-tiba.

Akan tetapi pada hari itu, bagai satu kekuatan baru yang saya dapat dari bermain mercun, saya tiba-tiba menjadi bersemangat untuk mencuba sesuatu yang baru, menganggu ibu ayam itu. Mungkin kerana anak-anak ayam yang comel itu mendorong saya untuk mengejar mereka, atau saja-saja untuk suka, saya mula merancang bersama adik pada hari itu, untuk mengelirukan ibu ayam itu dan menangkap anaknya.

Adik saya berdiri dihadapan ibu ayam itu, saya dibelakangnya. Ibu ayam itu menjadi pening untuk mengadap siapa, bulu tengkuknya dikembang kearah saya, kemudian kearah adik saya, seperti tidak tentu arah, kemudian kami mula mengejar anaknya. Apabila ibunya mengejar, saya lari dan adik saya mengejar anaknya, pabila ibunya sedar anaknya dikejar, ibunya akan mengejar adik saya pula, diulang-ulang. Ibu ayam itu pula kemudian seperti sudah hilang arah dan anak-anaknya yang mengejar ibunya mula berkeceramuk dan bercempera ke arah lain. Sampai satu ketika, tangan saya hampir sahaja menyentuh seekor anak ayam.

Saya terus mengejar, akan tetapi ibu ayam itu sedar akan gelagat saya, lalu ia mula beralih arah dan mula hendak menyabung. Saya terkejut, dan mula melarikan diri mengelak ayam betina itu, dan pada masa itulah ianya berlaku. Anak ayam yang saya kejar tadi itu hilang dari pandangan mata, dan saya mula memacu mata saya kehadapan untuk lari, dan pada masa itulah anak ayam yang sedang ketakutan itu juga lari lintang pukang ke celahan kaki saya, kebawah kaki, dan semasa saya cuba mengambil langkah seterusnya, kaki saya secara tanpa sedar berada di atas anak ayam itu, dan sayapun ter...


. . .

Rasa tidak sedap hati menjengah kepala, tentang benda lembut sebentar tadi yang berada dibawah tapak kaki. Adakah ianya ular? Atau hanya tanah liat? Atau.. Saya menoleh kebelakangan , dan semasa mata saya meliar mencari itulah pandangan terpaku pada suatu bebola berbulu kuning diatas tanah.

Saya kaget, bebulu kuning diatas tanah itu bukanlah sesuatu yang nampak seperti elok untuk dipandang. Saya berhenti, ayam betina itu sudah pergi entah kemana. Adik saya juga terpaku, kami mendekati bebola bulu kuning itu, dan masing-masing mula menjadi pucat melihat akan paruh kecil serta kaki di benda itu, serta percikan merah yang keluar dari paruh itu. Masing-masing cuak, takut, gelisah, tok mesti marah jika tok tahu anak ayamnya mati oleh kerja kami berdua, masing-masing terdiam sejenak.

Tiba-tiba terdengar laungan dari jendela rumah tok “Oun, wan, mai masuk minum milo mai!” . Suasana menjadi lebih kaget, tok memanggil kami masuk kedalam, apa perlu dibuat dengan anak ayam itu? Jika kami masuk kedalam sudah tentu tok akan perasan tentang benda tidak bernyawa itu dan mesti mengesyaki kamilah yang membuat bahananya.

Lalu saya mula berfikir, apa yang mahu dibuat dengan bangkai itu? Jika mahu dibuang disemak mesti lambat laun tok akan jumpa semasa menebas, jika mahu ditanam tiada cangkul atau jika ada pun mesti tok akan curiga, lalu semasa kaget inilah kepala saya tiba-tiba disampuk sesuatu, “Sat tok, nak main mercun ni bagi habis sat!”

Segalanya disiapkan, satu disisipkan dibawah bangkai itu, dan satu diterojoh masuk kedalam paruh kecil bangkai itu.

Api dihidupkan, dicucuh yang dibawah bangkai itu dahulu kemudian baru pada sumbu yang terkeluar sikit dari paruhnya. PANGGGGG!!! Letupan pertama, cecair merah terpercik sedikit bersama asap serta bebulu kuning seraya sesuatu yang kecik terpelanting ke atas, dan seterusnya PAAANNNGGGG!!!

Benda yang diudara itu hilang dari pandangan, ditelan asap-asap yang kelam. Proses penghapusan bukti berjaya, tiada kesan bangkai hatta setitik darahpun tertinggal, tiada kubur perlu digali, bukti kekejaman saya dan adik hilang, dan kami masuk ke rumah tok dengan senang hati untuk minum milo, minuman kegemaran semasa kecil.


. . .


Setelah lebih sepuluh tahun peristiwa itu berlaku, saya masih ingat dengan jelas rupa anak ayam itu. Pada suatu hari saya terbaca di akhbar sebuah berita hangat, berita tentang serpihan mayat dijumpai diatas puncak sebuah bukit akibat dibom. Saya tersenyum, sambil hati kecil saya berkata “Ingatkan aku sorang ja yang bwat camni, rupanya ada lagi”


Stor (asalnya adalah sebuah jelapang)



Bubu? Lukah? Entah saya pun tak tahu.


Adik saya Hazwan Adzfar di atas busut bawah pohon buluh


Pokok rambutan yang saya selalu panjat semasa kecil

Tok di depan rumah.


Buah kelapa untuk dibuat benih.

Selasa, 17 November 2009

..je t'aime..

..dan antara filem yang menggabung 'short stories' yang saya pernah tengok, short story ini yang saya rasakan paling menyayat hati dengan gayanya yang tersendiri.

Ironi



"By acting like a man in love,
he became a man in love again"

Dipetik dari filem Paris Je T'aime, atau Paris I Love You

Isnin, 16 November 2009

..kisah padi..

AMARAN: PENULISAN INI MENGANDUNGI PERKARA YANG DIKIRA BERAT

..dan Seman pun berkata, "taukeh, masuk buku ya, ujung bulan nanti tolak duit padi". Semua barang dicatat dalam buku log, tetapi bukan buku 555, hutang beribu tidak wajar diletak dalam buku 555, hutang 4 angka tidak muat dalam buku 3 angka itu.

Seman angkut barang itu; racun rumpai, baja. Baja dacing hanya sampai sikit, dia bukan orang kuat kerajaan. Maka dia perlu cari baja yang lebih kualiti. Benih padi nanti sampai. Motorsikal Honda petaknya hampir bergoyang-goyang dek terlampau berat oleh botol racun dan baja itu.

Bulan ini hutang lagi, sama seperti bulan lepas, tahun lepas, semenjak hari itu. Hari di mana dia tak kenal apa itu makna 'korporat', makna apa itu 'saham', apatah lagi 'GLC'. Mahu naik tergeliat lidah utaranya untuk sebut perkataan itu, apatah lagi otaknya yang naik berbelirat pabila memikirkannya.

Beberapa tahun sebelum itu, ada orang datang beritahu projek kerajaan. Nama Bernas. Seman mula tidak percaya. Namun kemudian dia tersenyum gembira. Bernas beli padi orang kampung, bayar harga tinggi. Timbang cukup, bayar cukup. Buat beberapa tahun Seman mampu senyum. Duit Bernas itu Seman guna beli kubota, tidak lagi guna kerbau. Masa itu masa dia muda.

Tapi itu cerita dulu. Kemudian dia dengar khabar Bernas hanya mahu beli beras gred tinggi. Berasnya tidak cukup satu gred lagi. "Apa kejadahnya? Bukannya beras aku tak boleh dimakan?"

Dia terpaksa naik belanja untuk bela padinya. Semuanya makan duit. Kadang-kadang ribut datang, ketam datang, siput datang. Semua bencana. Maka hidup Seman mula susah dek kerana malapetaka yang saling tumpah bagai dirinya itu lesung batu untuk ditumbuk-tumbuk antan bernama derita itu. Dia mula hutang.

Kemudian hidupnya mula sengsara.

Dia tak tahu hendak buat macam mana.

Dia fikir hendak buat pinjaman Bank Pertanian, macam masa dia beli kubota dulu.

"Tapi Abang Lang bank pun dah tak macam dulu. Dulu tak mintak cagaran, sekarang minta cagaran. Kalau kita cagar tanah padi tu, kalau tak habis bayar hilang la tanah kita tu. Nak bagi anak bini makan apa Abang Lang? Tanah? Selut? Ketam batu?" Adiknya Tajudin bersuara lantang, tidak setuju.

Seman termenung seketika. Dia pandang luar tingkap. Lihat tanah sekangkang keranya yang dia dapat dari orang tuanya, sesudah dibahagikan kepada 14 bahagian, besar itulah yang dia dapat. Mujur ayahnya rajin memugar tanah dahulu, mujurlah.

Lalu datang Mat Paya, dua pupunya yang tinggal di hujung kampung. Dia saudara Seman. Dia darah daging Seman. Mat Paya datang bawa berita gembira. Datang dengan kereta Datsun, gagah nampak dia berkereta. "Aku juga boleh beli kereta" Seman berkata. "Dah tentulah Abang Lang" Mat Paya sahut beriya.

Mat Paya cakap jangan risau. Dia kenal taukeh kilang padi dekat mukim seberang tu. Dah ramai orang buat macam ini.

"Abang Lang jangan risau. Besok kita pergi. Tak payah cagar apa-apa. Boleh pinjam terus, dengan syarat padi Abang Lang kena jual dekat dia lah."

Seman melirik senyum lebar. Kalaulah cuping telinganya tiada, dah tentu senyumnya bertemu di belakang kepala.

Dalam kepalanya fikir, segala masalahnya sudah berakhir. Dapat pinjaman, boleh beli baja, recun, benih, tak perlu cagar apa-apa. Sudah tidak perlu pada Bank Pertanian. Syaratnya hanya perlu jual padi pada taukeh. "Oh itu sudah cukup bagus! Kalau Bernas tak mahu ambil padiku, pergi mampus lah dengan dia!" Dia mencemuh angkuh.

Besoknya dia dapat duit, dengan ditemani Mat Paya yang kuat bertengking dengan taukeh itu kerana meminta duit lebih untuk dua pupunya itu. Mat Paya bagai wira padanya, bagai gaduh besar dia lihat Mat Paya bermati-matian memperjuangkannya. "Oh inilah gunanya saudara" ucapnya syukur dalam kepala.

Alang-alang sudah di kilang itu, dengan segala racun rumpai dan baja juga di jual, dia terus sahaja beli di kilang itu. Sekali lagi Mat Paya menyabung tenaga, meminta harga barang itu dikurangkan. Dia betul-betul gembira bukan kepalang hari itu. Dia gembira.

Seman guna duit beli baju sekolah baru untuk anak. Juga beli buku latihan untuk anaknya ambil peperiksaan. Mujur buku teks dapat pinjaman, sekarang yang tinggal hanya buku latihan yang pihak sekolah wajibkan. Mahal, tetapi Seman akur, dia tak mahu anaknya hidup derita sepertinya.

Seman cadangkan pada Tajudin untuk jumpa taukeh itu juga. Dia ingin bawa Tajudin sendiri pergi jumpa taukeh, dia yakin mampu perjuangkan adiknya sepertimana Mat Paya berbakti padanya. Dia pergi dengan Tajudin ke kilang itu naik motosikal honda petaknya yang berasap-asap kepul putih dan hitam, sama seperti hatinya dahulu, tapi itu dahulu. Mungkinkah?

Sampai di kilang dia lihat kereta Datsun sudah ada di situ. "Oh Mat Paya sudah ada di sini. Maka kerja jadi mudah"

Mat Paya keluar dar pejabat taukeh sambil memasukkan dompet ke dalam seluar. Dia bagai terkejut beruk lihat mereka berdua di situ. Tak tahu kenapa dia menggelabah, tapi dia berpura-pura sapa Seman dan Tajudin. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, dia tersenyum. Padanya mereka rezeki, pada Seman dan Tajudin, Mat Paya penyelamat yang di nanti.

Genap 5 bulan, Mat Paya datang lagi. Kali ini dengan tawaran sewa lori dan mesin padi untuk tuai dan angkut padi Seman ke kilang. "Taukeh bagi, harga boleh dirunding". Bagai dinanti-nanti, Mat Paya memang saudara sejati!

Dia lihat mata penimbang itu. Kira-kira 50 tan. "Mungkin hasil tahun ini tidak menjadi". Getus hatinya. dia gembira, syukur, sekurang-kurangnya dia dapat pinjaman dan dapat jual padi. Walaupun tahun ini kurang 5 tan dari tahun lepas-lepas, dia tetap syukur. Dia perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dia dapat, itu ajaran datuk nenek moyangnya, tidak boleh dibahas.

Dia lihat Mat Paya sedang bertekak dengan taukeh, tentang harga padi. Naik gerun dia dengar harga yang Mat Paya mintak dari taukeh, tak pernah dia jual padi semahal itu. Mat Paya memang saudara sejati. Dia terfikir-fikir mahu jodohkan anak perempuannya yang sedang sekolah menengah dengan anak lelaki Mat Paya yang kerja kilang di pekan. Sopan santun budak itu dia lihat. Rajin sungguh dia bekerja hingga pulang ke rumah waktu embun jantan mula menguak jernih di daun-daun pucuk jamu. Rajin sungguh.

Dia dapat duit. Sebagai tanda terima kasih dia bagi RM100 pada Mat Paya. Duit yang dia dapat dia bayar semula taukeh. Ada baki lagi RM2000. Sudah cukup banyak berbanding tiada apa-apa. Dia bersyukur lagi. Malam itu Seman beli buah epal, riuh rumahnya dengan suara anak-anaknya gembira. Seman juga gembira, Seman gembira.

Seman bahagi duit itu; untuk belanja, dan juga untuk modal padi musim berikutnya.

Seman bajak bendang, Seman semai benih, Seman tabur baja, Seman juga meracun rumpai petaknya. Semua Seman buat.

Namun sampai tengah musim duitnya habis. Dia pun jumpa Mat Paya, dan jumpa taukeh, dan pinjam lagi.

Habis tuai, Seman dapat duit. Tapi kali ini susut sedikit, hanya RM1500. Tak mengapa, fikir Seman, dia perlu bersyukur.

Sampai tengah musim berikutnya Seman pinjam lagi. Dan lagi, dan lagi. Selepas kira-kira 3 tahun, Seman perlu pinjam awal musim. Dia berasa malu untuk berjumpa dengan Mat Paya untuk minta tolong dengannya. Siapalah dia. Mat Paya sudah pakai kereta Proton Wira sekarang, dia masih lagi dengan Honda petaknya. Dia terpaksa tebal muka walau untuk berjumpa saudaranya.

Syukur Mat Paya ada untuk membantunya tadi.

Seman letak barang-barangnya ke tanah. Anak daranya sampai tepat sekali dengannya dengan menaiki van biru, seperti biasa.

"Sudah boleh menikah anak ku ini", fikirnya.

Nanti kalau ada orang masuk meminang, dia akan pinjam duit untuk buat belanja kahwin, pada taukeh. Mesti tumbang seekor lembu. Harap Mat Paya membantunya.

Sabtu, 14 November 2009

..kisah bangau..

..dan bangau itu pun terbang beribu-ribu kilometer ke selatan, mahu melarikan diri dari cuaca sejuk kutub utara. Dia perlu cepat, dia perlu ligat, kerana barang lambat seminggu pun akan membiarkan badannya dibaham angin sejuk itu, dan sejuknya itu akan mengejangkan ototnya.

Dia perlu cepat, jadi sukar untuknya berhenti rehat untuk makan, kerana di angin tiada R&R yang jual makan, di angin semuanya perlu di cari di darat, dan di cari itu makna perlu di kais; kaisnya pagi berjaya, kenyanglah dia pagi itu, kaisnya petang hampa, maka bergerutlah perutnya semalaman.

Maka dia singgah di paya, kerana cuacanya panas sedikit, tapi terlalu panas untuknya bertelur dan hidup, bulunya bulu putih, paruhnya paruh mancung, tak seperti burung 'local' yang koko dan berparuh penyek.

Maka tibanya di paya itu, badannya sudahpun kurus kerana sudah berharian tidak makan. Maka diseluknya paruh ke dalam air, cuba-cuba mencari akan ikan.

Tapi hampa, kerana tidak berpengalaman mungkin, tidak bisa dia hidup di kawasan semak seperti itu. Oh tidak, bukan dia yang cetek pemikiran, ikan ini yang bodoh tak mahu timbul untuk dimakannya!

Maka ikan berlari-lari seraya nampak bangau.

"Bodohlah aku mahu masuk ke perutmu, sama bodoh dengan kau yang bulu putih berdiri celah rumput koko, tak belajar penyamaran langsung!"

Desir hati ikan, sambil ketawa, tentulah.

Lalu ikan mengejek bangau dari jauh. "Bodohlah akan kamu kerana di sini rumputnya panjang-panjang, mana mungkin aku timbul!"

Bangau bengang. "Bengap punya ikan"

"Aduh! Aduh! Sakitnya perutku!"

Suara dari jauh kedengaran. "Inilah akibatnya tidak makan makanan aku, inilah akibatnya makan makanan orang". Kerbau merintih. Perutnya sakit. Dalam kepalanya berfikir ini mesti kerja nasi mentah yang dia jumpa di sebelah reban ayam. Malasnya kerbau untuk berjalan sedikit ke tepi paya untuk makan rumput, dikekahnya nasi yang dia jumpa dekat dengan rumah tuannya, malasnya kerbau.

Nasi mentah ketawa terkekeh. Nasibnya baik, fikirnya. "Ambik kau, dulu kepung aku, sekarang dah jadi sekam!" Nasi mentah ketawa, fikirnya manusia tidak akan apa-apakannya, manusia hanya mahu kulit beras untuk dibuat sekam dan dibakar, dan dibuat baja. Tapi dia tidak tahu selamatnya dia kerana mentah, sudahlah bodoh, dirasakan nasibnya itu senantiasa baik pula.

Lalu kayu api berteriak "Apa yang kau sukakan sangat?" Bengang. Dia menyambung "Selamatnya kau sebab aku!"

Nasi berang.

"Eh apa kau tahu kayu, kau tu dah la dilonggok orang, mahu dibakar pula!"

Malam itu masa nasi ditanak, menangis-nangis dia (yang nama asalnya beras). Tak mahu direbus hidup-hidup. Kayu pula meratap-ratap, tambah pula dilihatnya abu dan arang ketawa padanya. "Aku tak mahu jadi hitam". Oh kayu, macam la kau itu putih sangat. Bangau hanya sengih. "Amatur"

Namun selamatnya mereka berdua kerana hujan. Air sedang bersuka ria pabila dipanggil turun. "Bodohnya, siapa yang ganggu daku dikala aku tinggi di puncak?" Fikirnya air dia akan sentiasa tinggi dari orang, dia sentiasa lebih dari orang. Oh air yang tidak matang, kalaupun kau turun jadi air longkang, lambat laun akan disejat balik jadi awan. Itupun kalau kau mahu berusaha timbul ke permukaan air, itupun kalau kau sedar.

Air turun, jadi hujan, sambil marah. Dalam marahnya dia langgar kayu api, dalam marahnya sambil mencari. "Siapa bahalul yang menarik ku turun dari awan?"

Lalu dijumpanya katak. "Oi bodoh!, kenapa panggil aku? Aku tidak hutang apa-apa padamu"

Katak dengan cemasnya 'Tolong daku, tolong daku"

"Apa yang kau mahu? Aku tidak bisa menolongmu, bukannya bawa apa-apa faedah padaku. Kau hodoh, lembik, eeuu geli"

"Tolong daku, tolong daku, ular mahu makan aku!"

"Aaah apa aku peduli, bukan masalah aku!"

Ngggaaaapppp!!!

. . .

Bllluuuurrrrppppp!

"Hmmm, sudahlah untuk harini, tak boleh tamak, lepas ini puasa, tiga hari pula keluar cari makanan. Biarpun katak itu hodoh, bergerutu, lendir, tidak sesedap ikan mahu nasi, atau serangup rumput yang aku tahu bukan makanan aku, aku terima nasibku, aku terima katak itu makanan aku. "Alhamdulillah" Ular beredar, sambil tersenyum perli.

. . .

Dan bangau terbang semula, hampa.

"Panjang punya cerita, cakap sikit punya banyak, last2 aku lapar jugak"

Khamis, 12 November 2009

..merdekakah kita?..

Episod 14

..dan saya masih lagi mendengar suara2 mereka berkata begitu, walau bagai hendak naik radang cochlea ini diasak oleh ayat-ayat itu, ianya masih lagi berupaya meradangkan hati saya secara bahasanya.

Saya juga kadang-kadang berkata begitu, dan begitu kuat juga pernah menyokong teori-teori itu. Walau sekarang juga saya sedar banyak yang mengucap begitu, baik orang yang berada di bawah sedang bekerja bertungkus lumus mengais tanah mencari barang sebutir nasi, atau yang agak senang dapat menyewa rumah dan bekerja di kilang, mahupun yang di tengah dengan kereta dan rumah ansuran mereka, atau juga sedikit kelompok di atas yang memakai t-shirt polo yg dimasuk kemas dalam seluar bertali pinggang 'Lacoste'.

Semua masih berkata begitu, masih percaya begitu, kasihan, kepada diri saya juga.

Suara-suara begitu masih berkata, memang ini perangai bangsa mereka, bangsa kita, bangsa saya. Pemalas, kuat mengumpat, tikam belakang, dengki, buruk perangai, sombong, dan segala macam tahi yang biasa diucap oleh bangsa lain kepada bangsa lain. Namun ini, kepada diri sendiri.

Namun jauh di dalam hati saya, jika dilapah segala pemikiran dan racun-racun yang disuntik dalam minda saya oleh kata-kata begitu sejak kecil, akan terselak segala kesedaran yang saya baru sedar.

'seperti katak di bawah tempurung'

Itulah saya kira diri saya ini jadinya semasa saya berada di Malaysia. Penuh dengan idea-idea rakus tentang buruknya bangsa saya semasa di sana, disuap lagi dengan bukti-bukti sahih dan nyata di depan mata kepala, saya pernah percaya. Kemudian disogok pula oleh rujukan kepada kaum lain, saya makin diduga. Dibesarkan dalam komuniti yang percaya semua itu, dan melalui semua ini, saya yakin bahawa semuanya benar, pernah yakin.

Namun, saya kiranya saya sedar sekarang. Setelah keluar dari tempurung beribu negarakan Kuala Lumpur itu, saya mula melihat apa yang ditohmah kepada bangsa saya itu, sebenarnya sama sahaja dengan bangsa lain.

Tiada beza, tiada yang amat berbeda, hanya kerana kita percaya, hanya kerana kita melihatnya di depan mata, namun yang buruknya itu tampak di bangsa, walhal saya sedar sekarang ianya adalah hal dunia.

400 tahun kita dijajah sudah, perlu kita berfikir sekarang, merdekakah kita?

..bersambung..

Selasa, 10 November 2009

..kisah bintang 1..

..dan seraya mata memandang ke luar tingkap pada satu malam kira-kira bulan Disember tahun 2008, saya terpegun dengan langit yang dihadap malam itu. Tidak pernah disangka, bahawa selama 3 bulan saya berada di Leeds dan tidur di tepi tingkap (pot pilihan sejak sekolah, katil betul2 sebelah tingkap), saya tidak pernah sedar yang saya tidur di bawah buruj Biduk.

Buruj Biduk, yang saya sering mencari-cari di kala langit mula membenamkan matahari di ufuk habis, dan awan pula malu untuk merangkak, meninggalkan langit itu kosong, penuh hanya dengan bintang.

Namun tika di Malaysia sukar benar mencari biduk, dan saya kira belum pernah saya melihatnya di sana. Hanya satu permata yg bisa membuat mata saya berkilau, dengan magnitud -1.46 (matahari= -26.74, bulan = -12.74), Sirius yang berumahkan Canis Major menjadi carian di kala menatap langit.

Sirius bintang tercerah, hampir keliru kadang-kadang jika Musytari atau Zuhal berarak di belakang awan kabur dekat dengan Sirius, hanya warna pada mata kasar menjadi pembeza.

Dan di utara pada Biduk, terdapatnya Ursa Minor, rumah kepada Polaris.

Dan pada malam ini, tika saya mendongak ke langit, tepat 45 darjah ke utara, di sana saya melihatnya. Paksi kepada cahaya malam. Jika anda punya kamera SLR, dan memasang kelajuan 'shutter' untuk buka selama 5 atau 6 jam, anda akan lihat semua bintang berputar di sekeliling satu paksi, satu pusat, yang dicari manusia berdekad, malah berabad, dan tidak jauh juga jika dikatakan bermilenia, sebagai panduan pelayaran, panduan utara, bintang Polaris.

2 bintang, 2 ciri, punya keistimewaan tersendiri. Satu di utara, satu di khatulistiwa. Di utara sentiasa di cari, di khatulistiwa memang dikagumi. Sirius yang tercerah, Polaris yang penunjuk arah. Sirius yang dikagumi manusia, Polaris yang dicari pelayar.

Sama seperti manusia. Ada yang ingin menjadi tehebat, yang menonjol bakat, yang mahu punya peminat. Namun ada pula mahu berbakti, mahu memberi, mahu mengasihani. Antara dua tiada yang salah, semuanya betul.

Mana satu kita tidak kisah, walaupun ramai yang mengejar Sirius, mahu menjadi yang tercerah, yang terhebat. Jangan risau, jika anda tidak mampu, tanamkan Polaris di dalam hati, menjadi yang dicari orang di kala susah.

Jika anda tidak dapat menjadi Sirius, jadilah Polaris.

If u can't be a Sirius, be a Polaris

..bukan noktah..

..dan pada malam ini ketika jariku digigit-gigit oleh suhu berangka tunggal, sementara kepalaku dimamah pula oleh buku Grays Anatomy, dan hatiku diratah-ratah oleh gulana peperiksaan, aku tahu, bahawa aku perlu bercerita, tentang kisah, yang masih belum sudah, yang belum kaku, kisah itu..

Isnin, 20 Julai 2009

..matahari lindungan bulan..

..dan pada Rabu ini bersamaan 22 July 2009 diramalkan akan berlaku gerhana matahari penuh. Namun bagi Malaysia, ianya hanyalah separa (atau sekelumit sahaja).

Bagi Malaysia, bulan akan berada di atas matahari bermula dari kira-kira pukul 8.00 pagi (waktu matahari naik adalah 7.00 pagi, jadi diharap matahari sudah cukup tinggi masa itu).


Ianya akan menutupi matahari semaksimanya pada kira-kira pukul 8.40 pagi. Luas kawasan litupan adalah ibarat jika anda menindih dua keping syiling 20sen dengan kawasan tindihan itu adalah kira-kira 2/5 dari jejari syiling itu, syiling yang bawah itu ibarat luas matahari yang kelihatan.


Ianya akan tamat pada kira-kira pukul 9.15 pagi.


Bagi yang ingin menyaksikannya, diharap anda tidak melihat matahari dengan mata kasar tanpa perlindungan, mahupun dengan memakai shade kerana ianya sangat bahaya.


Cara yang agak selamat adalah dengan mengisi air didalam besen, dan lihat pantulan matahari dalam air itu menggunakan plat negatif.


Namun terdapat pelbagai cara lagi yang anda boleh gunakan, hanya perlu rajin cari dalam internet ataupun buku-buku sains.

Ramalan bentuk matahari yang akan kelihatan pada gerhana yang akan datang (observatory: Kuala Lumpur) menggunakan perisian Cartes du Ciel (The Charts of Sky)

Sabtu, 4 Julai 2009

..kapling!!!..

..dan saya berlari dengan pantas. Hela nafas panjang tak mungkin ditarik, melainkan nafas pendek padu yang cuba diatur supaya kaki tak tersadung rungkaian merah jambu itu.

Fuuh. Hah. Fuuh. Hah.

Di dalam celah-celahan kedua tangan kurus ini, saya cuba mengintai depan. Tidak mahu tersalah arah, hanya kedepan yang saya mahu, bukan terpesong. Nafas cuba ditarik lagi, cuba menghantar lebih oksigen ke tangan, tangan yang sedang menjunjung belitan merah jambu seberat lebih 15 kilogram itu, mungkin lebih berat.

Fuuh. Hah. Fuuh. Hah.

Degupan jantung menjadi lebih padu. Tekanan sistol dan diastol itu begitu terasa di arteri saya, cukup kuat hingga terasa dan terdengar degupnya ditelinga.

Fuuh. Hah. Fuuh. Hah. Lub dub, lub dub, lub dub

Beban di tangan terasa berkurang. Ianya sudah hampir sampai ke penghujung. Hos itu sudah hampir sampai ke pengujung. Saya mendongak ke atas melihat hujung tangan. Dari celahan sinar matahari itu saya dapat melihat bayang-bayang hujung betina hos itu.

Lub dub, lub dub, lub dub.

Saya dapat melihat orang di depan saya, pembawa hos ke dua. Dengan kepala jantan di tanah. Dia sedang membuka hos kedua, startegi supaya cepat habis kawad itu untuk mendapat masa tersingkat dengan merungkai kesemua hos sekaligus tanpa menunggu disambung ke hos sebelumnya.

Startegi yang perlu akan pengiraan jitu serta pencongakan vektor dan jarak yang mapan supaya hos tidak terlebih atau terkurang buka kerana jika ini terjadi, hos itu mungkin tidak lurus atau tidak dapat disambung dan jika ini terjadi, segalanya dikira batal kerana gagal menyambungkan host atau hos tidak lurus. Hos pula tidak boleh ditarik, penalti akan dikenakan.

Lub dub, lub dub, lub dub.

Peeeggghhh!! Saya hampir tercampak kedepan bersama bunyi hos yang sedikit terseret itu. Petanda bahawa hos itu sudah habis dibuka, dan petanda azab 10 saat merungkai hos sepanjang hampir 20 meter dan seberat lebih 15kg itu selesai.

Lub dub, lub dub. lub dub.

Saya mencapai kepala hos jantan di tanah. Dengan tangan masih memegang kepala betina. Saya melutut, dan memegang kedua-dua kepala hos itu. Saya merapatkannya.

Lub dub, lub dub, lub dub.

KAPLING!!!!!!!!!!

Kepala jantan dimasukkan ke dalam kepala betina, seraya mulut menjerit sekuat jiwa kata-kata keramat seorang kadet bomba, Kapling! Ianya berasal dari perkataan 'couple in' kerana perbuatan itu yang mencantumkan hos jantan ke dalam betina itu untuk menyambung hos supaya air dapat disalurkan dari sumber air yang jauh ke kawasan kebakaran.

Lub dub, lub dub, lub dub.

Tapi kerja saya belum selesai.

Ianya adalah Kawad Kering dan Menyelamat. Maksudnya kami perlu membuka hos dan menyelamatkan dummy. Sebagai orang pertama membuka hos, saya perlu pergi ke bahagian menyelamat pula, supaya kerja lebih cepat.

Lub dub, lub dub, lub dub.

Saya berlari ke arah trak bomba itu. Ada tangga di sebelahnya yang menghala ke atas sebuah platform yang dibina untuk ditempatkan dummy, target saya.

Di sebelah tangga terdapat seorang ahli bomba, pengadil rasanya. Memakai topi serta baju celoreng merah, warna baju bomba. Topinya dilabuhkan hampir menutup mata, kerana panas mungkin dan wajahnya dilindungkan dengan bayang-bayang topi itu hingga menampakkan hanya kumis dan bibirnya serius. Saya dapat rasakan yang dia memandang saya, dengan hati beku. Memandang ahli kadet bertubuh kecil ini berlari-lari dibawah topi keledar bomba yang besarnya seperti rongga toraks badannya sendiri.

Lub dub. Lub dub. Lub dub

Dalam berat helmet itu saya cuba mendongak atas tangga bomba, cuba melihat target saya. Jauh di atas. Langkah diatur berhati-hati, kaki dipijak ke atas anak tangga aluminium itu. Dengan penuh kudrat bersama keringat lencun di baju, saya berusaha menongkah graviti.

Dari anak tangga pertama, satu persatu. Supaya tak tersalah langkah atau tersadung, ianya adalah penalti. Sampai langkah terakhir. Saya memandang dummy itu.

Lub dub, lub dub, lub dub.

Ianya adalah kali pertama saya melihat dummy itu. sebelum ini hanya dikhabarkan Cikgu Mustafa tentang rupa itu, dan beratnya yang dikatakan menyerupai berat manusia. Saya cuba-cuba berlatih mengangkat teman dengan gaya yang diajar. Agak berat, tapi saya yakin saya mampu.

Lub dub. Lub dub.

Tangan mencapai tangan dummy, dan sebelah lagi pahanya. Saya melutut dan menarik dummy itu ke belakang saya dan..

MasyaAllah!

Berat nak mati! Ianya sangat berat tak terkata, Pak Tapa cakap macam berat manusia, dia tak cakap pun berat manusia dewasa!

"Ya Allah. Bala apa yang aku cuba tarik ni?" Saya terkelu di dalam hati. Ianya adalah dummy berbentuk manusia yang lengkap berkaki dan bertangan, dengan setiap inci dummy itu diisi dengan pasir. Ibarat menjunjung guni pasir dibelakang seberat 80kg.

Saya menggagahkan diri juga. Saya tarik dengan kuat. Aaaarrgg! Hampir patah belakang ini rasa, hampir bercantum belikat ini seksanya!

Sambil menggalas dummy itu, azab kedua muncul tiba; bawa dummy itu turun tangga!

Lub dub.

"Berilah kekuatan langit padaku"

Saya gagahkan kudrat memegang bala itu sebelah tangan. Dengan sebelah lagi cuba meraba tangga. Kaki meliar cuba hinggap pada anak tangga, takut tersadung.

Saya mengatur langkah menuruni anak tangga itu, sambil menjunjung 80kg pasir di belakang.

Satu. Satu. Beratnya makin terasa. Satu. Satu. Berat. Satu. Satu. Makin berat. Satu. Satu. Azab. Satu. Dan saya sudah hilang kudrat.


Buuuuukkkk!!


Lub.


Jantung saya seakan-akan berhenti. Dummy yang saya pegang sebelah tangan itu telah JATUH!

Dummy itu jatuh dari belakang saya terus ke atas tar, dan yang azabnya ianya jatuh betul-betul di hadapan pengadil yang sekian tadi berdiri di tepi tangga!

Saya tergamam. Ahli pasukan tadi yang baru habis memasang nozel terkejut.

Saya kaku.

Dummy yang jatuh ke bawah itu adalah ibarat mangsa kebakaran jatuh dari tangga semasa cuba diselamatkan oleh ahli bomba. Adakah anda dapat bayangkan?

Saya cepat-cepat turun tangga.

Lub dub. Lub dub. Lub dub. Lub dub. Lub dub. Lub dub. Lub dub.

Dengan tangkas dummy diangkat ke belakang kembali. Saya galasnya dengan dibantu oleh ahli pasukan, dan dibaringkan ke atas 'stretcher'.

Wisel di tiup. Dan ianya tamat.

Lub

Dub


Lub

Dub

. . .


Ianya adalah salah satu kisah pengalaman saya semasa menjadi ahli kadet bomba yang paling saya tak dapat lupakan. Ianya terjadi semasa saya tingkatan 3, mungkin sudah hampir dengan PMR.

Saya tidak pasti sama ada kami menang atau kalah kawad itu. Tapi sampai hari ini, apabila disebut tentang bomba, masih terngiang-ngiang dalam telinga saya kata keramat itu;

KAPLING!!

Sabtu, 20 Jun 2009

..kisah botol roket 7..

..dan ianya sangat pantas, dan sangat panas!

Saya dapat rasakan di muka saya, walaupun ianya berlaku di tepi muka saya.

Awan biru dari dalam botol itu memancut keluar melalu muncung botol itu!

Seperti jet api yang keluar dari bontot roket, atau jet udara panas dari enjin Boeing 747 mahupun jet gas-gas berapi dari belakang pesawat Phantom, saya kira itulah yang keluar dari muncung botol itu.

Dan sepantas kilat ianya tersembur keluar dari muncung itu, nyalaan cantik yang berkilau seperti berlian itu memancut keluar dengan sangat laju, sangat jitu dan saya betul-betul terpaku! Ianya betul-betul di depan muka saya!

Dan seraya itu botol itu terus memecut laju kehadapan akibat dari tolakan jet api itu, terbang ke depan ke kawasan di antara Blok A dan Blok B! Terbang dengan laju sambil jet api itu terpancut, dan ianya menyamai sesuatu yang biasa kita nampak dalam TV2 masa dahulu, ianya adalah apa yang NASA buat selama ini, ianya adalah roket! Botol Roket!

WAAAAGGGHHH!!!!

Saya menjerit! Bukan kerana sangat gembira atau teruja, tetapi kerana sakit yang amat sangat. Jet api itu terpancut betul-betul dihadapan saya. Saya lari ke tandas. Membasuh muka dengan air. Menyejukkan kulit muka saya yang rasa sperti terbakar, seperti dicucuk. Setelah ianya reda sedikit, saya panggung kepala ke depan. Melihat dalam cermin, muka yang sangat merah menyala. Mata saya kabur. Mujur tidak terbakar rambut!

Saya terduduk. Perasaan kini bercampur baur. Gembira, puas, seronok, takut, sakit, risau, insaf, bodoh, pandai, semuanya bercampur.

Gembira, puas, seronok kerana saya telah melihat proses yang menarik. Sakit muka saya, takut dan risau jika muka saya melecur, insaf kerana tidak berhati-hati, rasa bodoh kerana meletakkan muka dekat dengan botol itu, berasa pandai kerana saya menemui sesuatu, hahaha!

.
.
.
..selepas beberapa hari..

Saya mengemaskan barang-barang yang saya 'ambil' dari makmal itu. Sudah tidak mahu meneruskan eksperimen. Mujur saya tidak mati hari itu, atau terbakar muka, kalau apa-apa yang terjadi bagaimana saya mahu mengambil SPM? Saya hentikan dahulu, kerana risau tidak sempat ambil SPM. Saya ceritakan pada Uj apa yang terjadi.

..sehari sebelum sekolah tamat..

Hari ini adalah hari terakhir sekolah. Besok akan mula cuti. Dan kemudian kami tingkatan 5 akan datang semula untuk mengambil SPM. Saya tidak tidur hari itu. Uj juga, mungkin.

Kami mandi dan bersiap awal. Kami solat subuh. Dan pada kira-kira pukul 6.30 itu saya membawa semua radas yang saya 'ambil' dari makmal. Saya bawa bersama Uj. Sayu rasanya melintas kawasan sekolah pada pagi hening itu.

Sekolah yang saya hidup selama 5 tahun, sekolah yang saya makan nasinya menjadi daging saya semasa remaja, sekola tempat saya belajar erti remaja, sekolah tempat saya belajar tentang erti rakan mahupun cinta monyet.

Saya lalu kawasan Dewan Makan. Di depannya pukul 7 nanti akan ada perhimpunan pagi. Perhimpunan yang saya dan Pit akan selalu ponteng.

Saya lintas depan 'board' rumah sukan. Yang depannya ada 'court' bola tampar dan tapak Karnival Soru. Juga ada kolam, kolam nostalgia Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra.

Saya lintas depan bilik ERT. Melihat kelas lama saya. Kelas 1 Ilmu, 2 Ilmu, 3 Budi, 4 Delima, 5 Baiduri.

Saya panjat tangga depan makmal Biologi tingkatan 5, tempat Datin Noridah mengajar saya biologi tingkatan 5, dan pernah minum air buah aprikot dari Labuan bersama cikgu Zarina dalam jar makmal!. Dan saya sampai makmal fizik, tempat Cikgu Yusri dan Cikgu Fakhrul, dan kemudian makmal Kimia tingkatan 5, Cikgu Yus dan Cikgu Yaman. Saya terpandang bilik bahasa asing di atas, tempat Sensei Latifah, dan Mis Kong.

Saya letakkan radas-radas itu di atas peti hos bomba, kerana pintu makmal berkunci. Saya melihat sekolah saya dari korridor itu, bersama Uj.

Sangat sayu untuk tinggalkan sekolah itu.

Dan kami pergi ke kelas selepas itu.

.
.
.

..selepas pulang dari bercuti dan bersedia untuk ambil SPM..

Uj kata dia cerita pada ayahnya tentang eksperimen kami. Dan kata ianya gagal. Sebab utamanya mungkin kerana asid nitrik tidak cukup pekat. Saya rasa faktor lain adalah kerana prosesnya belum lengkap, kerana sepatutnya asid nitrik itu dicampur dengan asid sulfurik sebagai mangkin. Dan prosesnya sangat rumit (saya baru tahu sekarang).

Ayahnya berkata kenapa tak pekatkan asid itu. Dia berkata kami cuba elektrolisiskan airnya. Ayahnya ketawa "Kenapa tak sulingkan sahaja"

"Budak-budak sekolah, eksperimen pun dalam bilik sahaja dengan radas terhad, macam mana nak suling?"

Ayahnya menyambut dengan ketawa sambil berkata,

"dayak dalam hutan Sarawak tu pun boleh suling buat air tuak"

Kelas 5 Baiduri. Saya di barisan tengah berbaju kelabu sedang membuat 'gaya dragonball' bersama Uj berbaju putih. Harap berjumpa classmate semua di reunion nanti.

..tamat..

Jumaat, 19 Jun 2009

..selamat tinggal ursa minor..

..dan antara perkara pertama yang saya lakukan semasa tiba di UK adalah melihat langit pada waktu malam, melihat bintang.

Langit British tidak sama
Dengan langit khatulistiwa,
Langit sini langit utara,
Langit sini langit berbeza.

Di sini bintang utara,
Buruj-buruj utara,
Langit Lyra, langit Draco,
Langit Ursa Major, langit Ursa minor,
Rumah Polaris.

Saat ini ,
Saya pulang ke langit saya.

Langit khatulistiwa.
Buruj khatulistiwa.
Langit Belantik, langit Scorpio,
Langit Aries, langit Sagittarius,
Langit Canis major,
Rumah Sirius.

Dan sesuatu yang sering ada, melihat bintang kejora.

Tapi biar langit kita berbeza,
Tetap di akal kita sama,
Kita manusia seperti mereka,
Negara kita juga di tanah dunia,

Walau kita baru merdeka,
Jangan kita lupa akan sejarah,
Datuk nenek berbalah kuasa,
Akhirnya negara dijajah,

Jangan,
Jangan kita lupa asal maju kita,
Tanpa Islam datang,
Kita masih lintang pukang,

Pulanglah kita,
Dengan membawa bekal yang sama,
Seperti pulangnya mereka orang Eropah,
Dari tanah Khalifah.

Bawa bersama ilmu,
Kelek bersama isi buku,
Pulang bangunkan negara,
Pulang bangunkan agama,

Pulang semula ke negara,
Biar kita jadi bintang kejora.

Selamat tinggal Ursa minor, jumpa lagi Polaris,
Selamat datang Canis major, aku kembali Sirius.

Dikala anda membaca entri ini, saya mungkin sedang menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia. Ianya di 'set'kan untuk terpapar pada masa saya pulang.


Isnin, 15 Jun 2009

..syiling..

..dan saya pernah menyimpan duit syiling dahulu, bukan sebarang syiling, ianyalah hanyalah syiling-syiling yang saya rasa aneh dan belum pernah saya jumpa.

Dahulu syiling yang paling banyak pernah saya kumpul ialah syiling 50 dwilapis, atau saya panggil 5 kupang kembaq. Bagi yang kurang ingat atau tak pernah jumpa syiling ini, ianya ada syiling 50sen yang dihasilkan kira-kira sebelum tahun 1987, kerana saya tak pernah jumpa syiling ini yang dihasilkan selepas 1987. Bentuknya seperti biasa, tetapi jika kita lihat dari tepi ianya terdiri dari 3 lapisan seolah-olah lapisan burger. Tapi saya sudah hilang koleksi ini, mungkin kerana ada orang ambil untuk dibelanjakan.

Saya juga pernah simpan syiling yang bergambar naga, dari China mungkin. Bapa saya cakap dia jumpanya di bawah pokok pisang, atau tiang eletrik mungkin. Owh ya, saya sebenarnya meneruskan koleksi ayah saya. Dahulu banyak kepercayaan tahyul, contohnya menanam syiling bawah tiang, atau pokok pisang atau busut untuk membuat hajat. Mungkin ayah saya dan kawan-kawannya bermain dan terjumpa syiling ini. Tapi saya sudah tak ingat mana saya simpan syiling ini. Mungkin kerana saya terlalu banyak kali pindah rumah, maka ianya hilang begitu sahaja.

Tapi ada satu syiling yang saya betul-betul rasa kehilangannya. Kerana sekarang baru saya rasa nilainya. Ianya saya jumpa di rumah nenek saya. Syiling itu sudah berkarat dengan tompok kehijaun-hijauan, mungkin kerana kuprum karbonat yang terhasil apabila kuprum di dalamnya berkarat, biasalah dahulu kuprum masih menjadi bahan utama membuat syiling, hanya sekarang nikel digunakan bersama-sama kuprum untuk membuat syiling.

Walaupun terdapat tompok karat, saya masih boleh membaca sebahagian tulisan pada syiling itu, terutamanya dibahagian belakang. Tulisan yang saya masih ingat berbunyi "KING GEORGE VI", dan ditepi-tepinya terdapat tulisan "1948".

Saya yang masih kecil dahulu tahu ianya sudah lama, dibuat pada 1948. Namun apalah yang budak kecil arifkan sangat, melainkan teruja apabila mendapat sesuatu barang. Sekarang baru saya sedar, King George VI adalah raja yang memerintah England, atau empayar British sebelum Queen Elizabeth II, ratu England sekarang. Jika syiling itu masih ada, ianya akan berumur 61 tahun. Lagi tua dari negara kita.

Selepas masuk Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, syiling itu saya tinggalkan di rumah. Pada masa itulah kami banyak berpindah. Dan akhirnya sekarang, saya sudah tidah tahu dimana koleksi saya itu berada. Ada besar kemungkinannya di rumah nenek saya, kerana ada orang pernah beritahu yang bekas syiling itu dibawa ke rumah nenek saya semasa berpindah.

Mungkin. Kalau ianya benar, maksudnya ianya sudah pulang ke tempat asal saya menjumpainya, dan saya berharap ianya benar. Balik ini saya akan mencarinya semula.

Sabtu, 13 Jun 2009

..kisah botol roket 6..

..dan dari jauh saya nampak botol itu. Perlahan-lahan dalamnya yang dari jernih dan lutsinar itu menjadi keputih-putihan, bertukar menjadi asap berkepul-kepul, tanpa api!!

Menakjubkan! Tanpa sebarang api kelihatan, asap dihasilkan. Saya pernah mendengar bahawa alkohol mampu membakar dalam senyap, tapi adakah ini maksudnya? Saya mendekati botol itu selepas 10 minit memerhatikan dari jauh. Saya juga takut mana tahu kalau tiba-tiba botol itu meletup.

Saya angkat botol itu, dan "OUCH!!". Saya terlepas botol itu. Panas, sangat panas, dan saya maksudkan sangat-sangat panas!. Tanpa api terhasil botol itu sangat panas seperti sedang dibakar, walaupun ianya hanyalah botol plastik. Saya biarkan botol itu. Selepas 10 minit, asap di dalam telah keluar dari muncung botol. Dan dalamnya jernih semula.

Menarik!

Mari kita ulang semula!

Saya masukkan bahan-bahannya, asid nitrik, alkohol dan toluene. Goncang dengan kuat. Lentangkannya atas koridor. Saya nampak toluene dan asid nitrik meleleh dan bertakung di dalam botol. Kali ini saya letakkan sedikit banyak. Mungkin kerana itulah ianya bertakung. Maka adakah maksudnya apa yang tinggal dalam botol itu adalah wap alkohol?

Tapi kali ini, saya akan nyalakannya dengan kertas dari tangan saya, dan saya akan memandangnya dari dekat, tanpa perlu lari. Saya ingin lihat apa yang terjadi sebenarnya. Botol ini tidak meletup sebelum ini. Mungkin juga tidak kali ini.

Saya pegang kertas dengan tangan, saya nyalakan kertas, dan letak di muncung botol itu. Saya memerhatikan apa yang terjadi dalam botol itu.

Dan perlahan-lahan, sesuatu yang saya tidak pernah tengok dalam dunia ini muncul.

Ianya adalah bagaikan awan di dalam botol, cuma ianya berwarna biru. Nyalaan biru yang berolak-olak itu. Ianya tidak sama seperti api yang biasa kita lihat yang menyala dan terbakar dari bawah naik ke atas. Ianya adalah seperti riak-riak air yang bercahaya di dalam botol, dan jika anda adalah peminat siri Stargate, nyalaan biru apabila pintu Stargate itu terbuka, begitulah rupanya!!!

Saya begitu teruja, dan bersemangat! Terasa semuanya begitu bermakna walaupun saya tidak berjaya menghasilkan TNT. Dan saya lihat riak-riak cecair bernyala biru itu bertukar perlahan-lahan menjadi asap kepul putih, seraya saya dapat rasakan botol itu menjadi panas. Saya biarkan botol itu sejuk, dan asap itu keluar.

Kali ini saya akan ulanginya, tapi hanya guna alkohol, ingin lihat apa yang sebenarnya membakar. Adakah alkohol, toluene, atau berlaku tindak balas dan bahan yang terhasil itu yang bernyala sebegitu rupa?

Saya isi alkohol dalam botol itu. Agak banyak. Tanpa toluene dan asid nitrik. saya terlentangkannya. Tangan gulung kertas, dan saya nyalakan kertas itu.

Saya letak kertas pada muncung botol itu, dan saya letakkan perhatikan botol itu dari dekat.

Dan dalam diam-diam, ianya muncul lagi. Tapi kali ini dengan alkohol yang lebih banyak, ianya lebih jelas. Warna biru, berkilau, sperti ombak-ombak awan yang terawang-awang. Sangat cantik. Percayalah saya, sangat cantik.

Ya, jawapannya alkohol. Saya melirik senyuman puas. Akhirnya.

Akan tetapi tiba-tiba..

..bersambung..

Isnin, 8 Jun 2009

..jangan komplen..





..dan BNP menang dua kerusi di Parlimen Eropah. Salah satu dari kerusi itu adalah mewakili kawasan Yorkshire and Humber, iaitu kawasan saya (ianya seperti negeri di Malaysia).

BNP bermaksud British National Party. Sebuah parti yang saya rasakan berasakan polemik perkauman, dengan 'this is white land' menjadi perjuangan mereka bagi mengusir semua orang berwarna bukan putih, yakni koko dan hitam.

Orang koko banyak dari Pakistan, India, Nepal, Bangla dan sewaktu dengannya (u know white I mean) dan orang hitam adalah bangsa negro.

Golongon koko ini kebanyakannya adalah orang yang pernah berkhidmat sebagai tentera imperial British pada zaman kolonial dahulu dan diberi kerakyatan atau 'permanent resident' untuk jasa mereka itu.

BNP menang mungkin disebabkan keadaan Leeds ini yang sudah seperti Leedskistan dan kawasan lain menjadi Bradfordkistan dan UK ini juga saya rasa seperti UKistan. Maka parti seperti ini wujud bagi mencerahkan kembali warna Union Jack.

Dan saya agak pelik kerana ramai orang koko di kawasan ini. Kenapa parti besar lain seperti Labour atau Conservative tidak menang? Adakah kerana masalah Gordon Brown?

Adakah juga kerana masalah mereka tidak keluar mengundi?

Apa pun, jika masalah tidak keluar mengundi adalah akarnya, maka ianya agak sama seperti apa yang berlaku di Malaysia.

Apabila tiba musim pilihanraya, mulalah keluar cerita pengundi hantu dan macam-macam lagi. Maka orang tidak keluar mengundi kerana merasakan undi mereka tidak berguna, akhirnya sendiri tahulah apa yang terjadi.

Kita tengok apa yang jadi di Penanti baru-baru ini. BN tidak meletakkan calon kerana mungkin tidak yakin akan menang atau tidak mahu membuang masa. Dan timbul ura-ura mereka mengarahkan orang mereka tidak keluar mengundi.

Akhirnya PKR menang. Tapi tidakkah kita lihat peratusan mengundi itu?

Hanya 46% keluar mengundi. 46%!

Maka ada lagi 54% yang tidak mengundi, bayangkan jika 54% itu keluar mengundi dan mengundi BN kalau BN meletakkan calon, tidakkah terbalik alam keputusannya?

Apa-apa pun, ketahuilah bahawasanya undi anda bermakna.

Sekorup manapun pilihanraya itu, jikalau semua orang mengundi satu pihak, saya yakin sebanyak mana pun tong undi yang dikucar-kacirkan, mereka tidak boleh menipu kalau undi pada pihak itu tersangat banyak bak kata pepatah 'bangkai gajah manakan dapat di tutup dengan nyiru'.

Saya teringat satu ayat, yang saya terbaca di web pilihanraya parlimen eropah sebelum mengundi, ianya berbunyi:

..if you don’t bother, somebody else will - and decide who represents you. Elected MEPs shape the future of Europe for 5 upcoming years. Get the Europe you want! If you don’t vote, don’t complain..

If you don't vote, don't complain!

Sama-sama renungkan

http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/8088381.stm

Sabtu, 6 Jun 2009

..kisah botol roket 5..

..dan saya goncang botol itu. Dengan agak kuat. Bau toluene kuat menusuk hidung. Patutlah ianya diklasifikasikan sebagai Aromatic Hydrocarbon, kerana memang baunya menusuk hidung.

Saya pandang botol itu. Apabila diletak, terdapat cecair likat, berwarna agak putih meleleh ke bawah. Adakah ianya sudah berjaya? Mungkinkah itu yang kami cari, mungkin. Jika ia benar, maka kami sebenarnya di ambang sejarah.

Akan tetapi cecair itu sedikit, tidak cukup untuk dituang ke atas kertas pun. Hanya mampu meleleh di dalam botol, dan bukan kemuncung botol. Saya bingung. Bagaimana mahu menyalakan bahan eksperimen kami itu.

Mungkin cara klasik perlu digunakan. Seperti menyalakan sumbu mercun, mungkin cara itu saya perlu gunakan. Kerana jika saya menyalakan di situ, silapa hari bulan alamat tak ambik SPM la saya tahun tu.

Jadi saya balut kertas, masukkan sebahagian dalam mulut botol, dan sebahagian lagi ke luar. Saya terpandang tangan saya, terdapat kulit mengelupas dan berwarna putih. Agak menyakitkan. Tapi saya tidak tahu kerana apa. Mungkin bahan kimia itu, tapi saya tidak pernah sentuh toluene, asid nitrik pun tak pernah. Tapi saya ingat saya pernah membasuh bikar itu yang pernah saya isikan asid nitrik. Mungkin, mungkin tidak. Mungkin cuaca kering, biasalah Perlis.

Saya nyalakan kertas itu. Saya berdiri jauh. Melihat botol di atas korridor depan bilik B208 itu dengan penuh debaran, sambil tangan menutup telinga. Dan..

.
.
.
.

..selepas 15 minit..

Tiada apa-apa terjadi.

Dari jauh saya dapat lihat api kertas itu sudah terpadam.

Dan saya tahu apa keputusannya.

Gagal.

Kali ini saya cepat isytiharkannya 'gagal', kerana dari jauh saya nampak yang tiada nyalaan. Dan saya juga sudah menunggu cukup lama kalau-kalau bekas itu meletup.

Tak mengapa, sedangkan Thomas Edison mentolnya meletup gagal beribu kali sebelum mencipta mentol, mungkin kegagalan ini mengajar saya tentang proses yang belum lengkap (wah seperti Full Metal Alchemist pula semasa cuba menghidupkan semula ibu mereka)

Saya memberanikan diri mendekati botol itu. Kertas hanya terbakar di luar muncung botol. Tapi tidak di dalam muncung. Oksigen. Benda alah itu tidak dapat masuk ke dalam. Dalam botol agak berasap. Karbon dioksida, tidak dapat keluar dari botol. Itu telahan saya. Ada kemungkinan. Tapi kita mesti beri peluang kepada setiap kemungkinan, walaupun ianya membawa risiko. Itu salah satu dari prinsip saya.

Saya tebuk lubang di bontot botol itu, dengan lighter dan jarum yang dipanaskan. Idea di kepala saya adalah supaya perolakan berlaku di dalam botol. Botol itu diletakkan melintang. Hipotesis mulut botol di bawah dan lubang itu di atas, mungkin karbon dioksida akan keluar ke atas kerana panas dan oksigen masuk dari muncung botol.

Saya masukkan semula kertas ke dalam mulut botol. Saya nyalakan. Saya berdiri jauh. Dan sesuatu yang saya tidak pernah lihat berlaku.

..bersambung..

Khamis, 4 Jun 2009

..dipanah petir..

..dan pada 11.ooam: the storm is coming

pada 12.10: the storm has arrived, and I'm gonna fly through it

pada 3.00pm: i got struck by the lightning, hope that i can glide and land safely

-Tensen, kantoi banyak soalan tadi. Tak macam spot test sem 2 haritu yang saya kantoi banyak tapi banyak jugak yang saya konpem, kali ini memang tak banyak yang saya konpem. Tensen lagi

-Balik dan tensen. Tapi tiba-tiba teringat, saya tak bawa kad untuk undi pilihanraya Eropah. Kena patah balik untuk undi di uni. Tensen lagi.

-Tengok laptop, baca berita kejap, mana tahu ada apa menarik.

3 lagi kes H1N1 dikesan, jumlahnya 5 sekarang di Malaysia

Tensen lagi

-Skrol lagi berita harian online itu.

As berminat sambung rundingan FTA

Haish tak kan la bengong sangat, tak kan la kta nak buat FTA ngn US. Nanti kita nak buang mana barang kita kalau habis barang US masuk? Tak kan nak makan tomato mutan kot. Orang tak nak FTA tak kan tak paham lagi? Tensen lagi.

-Tiba ke satu bahagian http://www.bharian.com.my/ itu, saya terbaca berita,

Syarikat China mungkin sertai projek landasan: Najib

...BEIJING: Datuk Seri Najib Razak berkata syarikat China mungkin diminta mengambil bahagian dalam menyiapkan sistem landasan berkembar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia...

..."Sebuah syarikat China akan terbabit dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua manakala sebuah lagi akan mengambil bahagian majoriti dalam satu usaha sama berkaitan pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang...

...Najib juga berkata, syarikat China akan dipertimbangkan bagi sektor tenaga di Sarawak yang berkaitan dengan Empangan Bakun dan mereka juga akan dijemput bagi pembesaran sektor teknologi maklumat dan komunikasi Malaysia...

serta merta terpacul dari mulut saya:

BODOHLAH!!

Tensen lagi

Sampai bila kita perlu bergantung pada orang asing untuk bina dan majukan negara kita. Sampai bila kita nak jemput syarikat luar buat bangunan kita. Apa syarikat kita tak boleh buat landasan berkembar tu? Apa kita tak boleh buat ujikaji sendiri untuk bina empangan tu? Baca sahaja sejarah empangan 3 Gorges China itu, macam empangan tu China mintak tolong orang lain, China buat sendiri, generator tu sahaja yang dia beli, itupun dia buat pemindahan teknologi.

Sampai bila la kita nak harap kat orang lain.

Tensen lagi






p/s: mungkin terdapat ayat yang anda anggap kasar dalam entri ini, tapi memang itu yang terpacul dari mulut saya

Selasa, 2 Jun 2009

..gg..

..dan ramai orang pernah mendengar kata-kata saya ini. Namun suka untuk saya lakarkan di sini, agar juga menjadi kata-kata semangat untuk saya.

Ramai orang mengkritik DotA, dan juga pemain DotA. Saya pemain DotA. Tapi saya dah tinggalkan lebih dari 1 tahun (sudah behenti sejak sem terakhir di KMB hingga sekarang, sekarang bermain untuk suka-suka). Skil saya semua sudah berkarat. Biarlah, saya sudah dewasa sekarang, tak perlu lagi benda itu.

Tapi di kala mengulangkaji pelajaran, jika saya sukar menghafal sesuatu, saya kadang-kadang saya teringat fakta ini.

Walaupun pemain DotA di KMB mencatat rate gagal fly setiap tahun yang tinggi, tapi saya sedar apa potensi pemain DotA.

Terdapat 12 hero dalam satu pondok, terdapat 8 pondok semuanya. Jumlah hero adalah 93 (terdapat 3 tempat kosong)

Setiap hero punya 2 nama e.g Leshrac The Malicious, Tormented Soul

Setiap hero punya 4 skil.

Setiap hero terbahagi kepada 3 kategori (strength, agility, intelligent)

Setiap hero punya item sendiri untuk menguatkannya

Terdapat 5 pondok menjual item

Terdapat 107 item

Setiap item punya nama, harga, dan cara membuatnya, kegunaanya

Dan semua pemain DotA menghafal kesemua fakta ini! Atau paling kurang 80% dari fakta ini.

Terdapat 111 elemen dalam periodic table.

Setiap elemen punya 2 nama (nama dan singkatan e.g Hidrogen, H)

Setiap elemen punya nombor proton dan neutron tersendiri

Setiap elemen punya no jisim sendiri

Setiap elemen terbahagi kepada kumpulan sendiri

Setiap kumpulan elemen punya nama dan sifat sendiri

Setiap elemen punya takat didih dan lebur sendiri

Setiap elemen berada dalam fasa sendiri pada suhu bilik (pepejal, cecair, gas)

Tetapi tiada siapa pun yang menghafalnya! Paling kuat 20 elemen pertama

Nampak hampir sama bilangan bukan?

93 hero, 111 elemen

2 nama

skil dan nombor proton, neutron dan jisim

kategori hero dan kumpulan elemen

..dan seterusnya

Saya pernah mencabar diri saya, pada sem 3 di KMB. Jika saya boleh menghafal fakta DotA itu, kenapa tidak periodic table? Dan mengejutkan, sememangnya boleh! Tapi sekarang saya sudah lupa periodic table yang pernah saya hafal itu, hanya tinggal sedikit yang tinggal, mungkin kerana kos medicine tidak mengajar Inorganic Chemistry.

Mungkin orang ingat ianya kerja gila menghafal periodic table. Tapi bagi saya ianya adalah bukti bahawa otak kita sememangnya tiada batasan. Batasan yang wujud hanyalah apabila kita berkata ianya melampaui batas.

Berikut adalah hero-hero kenangan saya

Yurnero The Juggernaut- Hero pertama saya yang me'pawn' orang (pawn Mat Yie yang pakai Tiny)



Demnok Lanik The Warlock- Saya suka terutamanya apabila level 6 untuk mengeluarkan 'tonto'




Axe atau Mogul Khan- Saya suka keupayaanya untuk menjadi 'tanker' yang sangat kuat. Pada masa dahulu saya suka membakar orang dan memastikan 1st blood di tangan saya




Leshrac The Malicious atau The Tormented Soul- Hero 'all time favourite' saya, amat mudah digunakan, hanya perlu pastikan kapasiti mana anda berada dalam keadaan imba. Sangat kuat pada 'middle game'. Pastikan anda punya Blood Stone sebelum level 11. Ianya mudah, apabila sedang 'gangbang', tekan 'T' pada tapak 'ganbang', tekan 'G' pada mana-mana musuh, dan masuk ketengah-tengah musuh dengan penuh keberanian sampil menge'tap' 'V' dan 'C', ikut kemana sahaja musuh pergi, lari di sebelah mereka dan ianya akan gg.






Crixalis atau Sand King- Pernah menjadi hero kegemaran saya dan pernah digelar lagenda sand king. Namun kurang berminat sekarang, mungkin kerana masalah bug atau terdapat spec yang ditukar.



Hero-hero lain yang pernah menjadi kegemaran saya di KMB




Sekian,

GG