Ahad, 31 Januari 2010

..helmet pit..

..dan saya sudah pun keliru mana satu helmet mana satu kepala besar..



Undian dibuka sekarang.

a)helmet
b)kepala besar

Rabu, 27 Januari 2010

..hybrid..

..and it was told that the great Malacca civilisation is founded by a man named Parameswara.

Parameswara is a prince, a refugee that fled away from Palembang when his kingdom is attacked by Majapahit. So I guessed, bearing the title of birthplace for the founder of Malacca, Palembang must be a great place where great people lives.

And Palembang too is well known for its 'ulama'. Lots of 'ulama' came from there. So it must be, Palembang must be a great place in Indonesia.

But that's not the whole story yet. If you believe that Malaysian history is based solely and founded by Malacca, then you are dead wrong.

Lies on the north is a great kingdom named Langkasuka.

Before that there is a kingdom named Kedah Tua. Kedah Tua too is so great that it used to be in war with that huge India. Kedah Tua used to attack India!

Back to Langkasuka, it remains one of a great kingdom remembered by history. It starts in Kedah, but then changed to Pattani, where the people now lives under oppression by the Thais.

And both of the kingdom bred the oldest monarchy in the world; Kedah Sultanate. The sultanate is more than 1000 years old.

And among the Sultan, or the kings of Kedah, there is this one famous king. He is notoriously known for his habit of drinking human blood. Everybody knows him. He is Raja Bersiong (traditionally spelled with an 'o' instead of 'u'). Literally translated, it means Fang King.

Maybe people would laugh at his madness. But think of it as in my theory, a great civilized nation will have the inclination of liking humans that have fangs and suck blood. For example people nowadays like that Edward Cullen in Twilight Saga (vampire vs werewolves). I too admit that I am a fan of Night Watch movie (The Light Others vs The Dark Others). And Raja Bersiong is one proof of it (Raja Bersiong vs Kampar, a wereboar)

Parameswara and Raja Bersiong.

Palembang and Kedah.

Both have great history, and story. So one must guess that if we combine or hybrid two species that have the best qualities, we will get a new hybrid that have both of the great characteristics.

But sadly that do not always happens.

My grandfather on my father's side came from Palembang to learn Islamic knowledge in Pattani. But then he settled down in Kedah. While my mother is pure Kedahan.

So I'm the hybrid of the salt of the earth, the golden land, or whatever that you may call.

But still I'm looking at myself thinking, what do I have in myself that can build a nation? I found none. Except those weird theories that I always tried to discuss with my friends that later ignore me because they find me to be nonsense.

Well maybe that's why Parameswara has his obedient follower, or called Orang Laut. Or maybe that's why Raja Bersiong has his obedient minister that offer him his own blood while Raja Bersiong is running away from angry rebel.

And maybe that's too the reason why I'm lost while trying to sort out my own timetable, and needs my friend to tell me which part I'm missing.

Seriously I need a personal assistant, or P.A.

Owh, all excuses.

Well maybe this great genetics is like magnetic pole. North and north will repel each other. Hence I am the 'repelled' product.

That will perfectly explains why I am a very lazy, inactive and likes to sleep. Damn.

But I bet, both Parameswara and Raja Bersiong have 'perut buncit'. Nice.

Ahad, 24 Januari 2010

..lohong kosong dalam dirinya..

Amaran: Cerpen rekaan semata-mata

..dan dia menatap wajah dalam sekeping gambar yang dia peroleh dari temannya itu.

"Kacak"

Getus hatinya. Geram rasanya berjumpa lelaki sekacak itu.

Terngiang-ngiang dalam telinganya lagi bibit ucapan mereka berdua semasa berjumpa seminggu yang lalu. Ketika pertama kali berjumpa dengan Zul, dia sudahpun terpaku sebentar melihat kekacakan wajah Zul itu. Terhenti seketika degup jantungnya untuk beberapa saat, kakinya terpasak ke tanah pabila Zul semakin dekat. Kelu lidahnya. Dia terasa seperti lupa untuk bernafas biarpun ketika itu bayu malam begitu lembut membelai pipinya bak memukau "Inilah takdir engkau".

"Assalamualaikum, saya Zul" Zul lembut menyapa.

Dia terkaku lagi, kali ini terpesona pula dengan suara Zul yang dirasanya sampai terus ke hati.

"Mmm. Mmm,....." Dia gugup seketika, bagai tak mampu melafaz bicara.

Malam itu, di majlis penutupan program kolejnya itu dia merasakan itulah saat paling bahagia dalam dirinya. Zul dirasakan dirinya lelaki paling sempurna. Zul mampu mengisi kekosongan dalam jiwanya. Zul lah cahaya malamnya. Zul lah segala-galanya.

Besoknya dia mencari-cari Zul ketika dia ke Kafe semasa makan tengah hari. Terjengah-jengah lehernya panjang mencari-cari dikalangan orang yang beratur itu kalau-kalau Zul ada. Hasrat di hati hanyalah mahu menatap wajah Zul. Harinya tak lengkap tanpa Zul.

"Hai, apa yang kau nampak gelisah sangat ni ha?". Temannya Siti menyapa semasa dia mengacau-ngacau mee karinya. Sangat jelas hingga dia tak sedar kerana teman-temannya sudahpun habis menyantap.

Dia jadi gelabah. Takut-takut dihidu temannya. Dia menarik lehernya bagai kura-kura kembali, sambil meninggikan bahunya malu. Tanpa tersedar dia sedang tersenyum.

"Eh tiada apa-apa" Dia membalas cuba buat bersahaja.

"Tersengih-sengih macam kerang busuk, engkau ni aku tengok sudah macam kena rasuk hantu" Kawannya membalas.

"Eh ada-ada saja engkau ni" Dia menyangkal, tanpa disedari dia tersenyum lagi. Memang dia dirasuk, dia dirasuk oleh sesuatu yang dinamakan kesempurnaan, sesuatu itu adalah insan bernama Zul.

"Hoi gemuk! Petang ni kita kelas apa ha?!" Suara keras dari seorang lelaki yang paling tak digemarinya hinggap di cuping telinganya, terasa bagai kepalanya itu telah dilibas oleh bilah tingkap yang jatuh dari siling. "Cis mamat ni memang potong stim". Hatinya berbisik benci.

"Tengoklah jadual sendiri bodoh!" Dia membalas kembali deras. Prinsipnya kini membalas sama hebat. Biar buku bertemu ruas, biar gerutu di balas keras!

"Malas" Syamsul membalas sambil mebuat bodoh.

"Hiii.. pemalas. Datang habiskan duit mak bapak. Lepas ini Perdagangan Antarabangsa. Dah, berambus kau setan!" Dia betul-betul meradang.

Syamsul beredar seraya ketawa.

Dia kembali mencari-cari Zul di dalam keasakan Kafe itu. Ah, sudah jumpa. Zul duduk betul-betul dihadapannya. Peluang cerah baginya mengintai Zul, peluang cerah juga bagi Zul nampak dirinya, peluang cerah juga bagi hati mereka terpaut, peluang cerah bagi impiannya jadi nyata.

Tapi sayang, rupa-rupanya Zul sudahpun habis makan. Zul bangun, basuh tangan dan beredar bersama kawan-kawannya. Sedikit pun tak sedar akan dirinya.

"Cis, kalau tak kerana Syamsul Binatang yang menggangu tadi, sudah tentu aku punya lebih masa melihat Zul" Hatinya meneran geram. Sialan.


*****


3 bulan selepas itu.

"Sayang sayang, sayang sayang sayang? Sayang saaaayang sayang"

"Tentulah sayang, sayang sayang sayang tau"

"Hihi, sayang tahu, saja nak sayang ulang dan ulang lagi dan ulang"

"Eh sayang ni, ada-ada saja tau"

Malam itu sambil memegang gambar Zul itu, sambil memandang ke langit malam, sambilnya mulutnya berkata-kata sipu, dia merasa dirinya gembira bukan kepalang. Jika Zul ibarat langit, dia mahu jadi bumi, jika dia menjadi aur, Zul berjanji meneman sebagai tebing, andai kata dia menjadi awan, Zul berbisik setia hembus angin, janji dia dan Zul malam itu supaya mereka ibarat bulan dan bintang. Setia. Sampai bila-bila.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Bingit telinganya yang asyik mendengar sabda Zul. Ada panggilan luar lain masuk. Kacau sungguh. Dia berkata pada Zul supaya menunggu seketika kerana ingin melihat panggilan siapa.

Namun hatinya berang pabila terpandang nama di skrinnya itu adalah Syamsul Binatang.

"Bodoh, mamat ni memang nak aku lempang"

Dia buat tak tahu pada panggilan Syamsul.

Dia sambung kembali berbual dengan Zul.

Dia beri kembali hatinya pada Zul.


*****


Setahun sebelum 3 bulan selepas itu.


"Sayang sayang, sayang sayang sayang? Sayang saaaayang sayang"

"Tentulah sayang, sayang sayang sayang tau"

"Hihi, sayang tahu, saja nak sayang ulang dan ulang lagi dan ulang"

"Eh sayang ni, ada-ada saja tau"

Dia terasa bahagia ketika saat dan waktu itu. Dia terasa bagai dunia ini dia yang punya. Dia terasa bagai di atas awan mengeliling buana. Oh, biarpun saat itu dia tahu fana, dia tetap merasakan perasaannya sudah pun sempurna.

"Man sayang, jangan nakal-nakal tau. Jangan pandang perempuan lain tau? Kalau I tahu, siap u sayang!"

"Tentulah tak sayang. I janji I setia pada U seorang saja. I janji I tak akan kecewakan U. U lah satu-satunya wanita dalam hidup I. U adalah pelengkap hidup I" Rahman meyakinkannya. Dia percaya Rahman akan setia.

Besoknya dia keluar dengan Rahman ke ibu kota. Rahman bawanya jalan-jalan sekitar kota. Belum pernah lagi dia menjadi serapat ini dengan mana-mana lelaki. Dia hanya keluar bersama Rahman, kerana hatinya sudah jadi milik Rahman. Rahman bawa dia bersiar-siar, Rahman bawa dia keluar makan, Rahman belanjanya ke wayang. Rahman pandai pujuk dirinya dikala dia merajuk. Rahman tahu bila dia sedang 'tension' dengan peperiksaan.

Jika dia merasa sedih, Rahman akan tahu. Rahman akan cepat-cepat pujuk hatinya itu. Kadang-kadang dia tak sedih pun, dia hanya mahu dengar Rahman memujuk rayu.

Dia tahu, Rahman lah penawar dukanya. Rahman sentiasa ada di kala dia sedang nestapa.

Rahman adalah hatinya.

Dia mahu bersama Rahman hingga ke hujung dunia.

Dia mahu bersama Rahman sampai akhir nyawa.


*****


3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

Jiwanya sekarang dirasakan sudah parah. Dia sudah angau sama Rahman. Dia juga dapat rasa jauh dalam pangkal hatinya itu, bahawasanya Rahman juga sentiasa memikirkannya. Kali ini dia yakin, dan seyakin-yakinnya, Rahman sudahpun mengubati luka lama di hatinya itu.

Rahman sudah lama mengisi dadanya itu. Dia tahu hal itu, dia tahu semenjak pertama kali dia jumpa Rahman. Dia tahu satu hari nanti Rahman akan menjadi penawar dukanya itu. Saat Rahman mem'backup' dirinya yang sedang dimarahi Syamsul, dia tahu Rahmanlah penyelamat, Rahmanlah penolong. Semua dia tahu, semua dia rasa, dari mula lagi sejak pertama kali dia lihat wajah Rahman.

Wajah Rahman sentiasa di hatinya.

"Sayang, mana U pergi tadi?"

"Owh sori sayang, I dekat toilet tadi. Takkan lah I nak bawa handphone dalam toilet sayang. Nanti orang kata bercakap dengan tahi pula."

"Hikhik, U ni kelakarlah sayang. I sayang U tau"

"I sayang U juga. Eh besok I ada hal dengan kawan I"

"Owh. Ok. Kena keluar ke?"

"Yup. Tapi....."

"Owh ye ke. Tak pe, nanti bila-bila pun kita boleh keluar lagi. I tak pe, U pergilah dengan kawan-kawan U"

"Betul ni sayang? Sedih tau I tak dapat bawa U keluar minggu ni"

"Tak pe sayang. Minggu lain boleh keluar. Yang penting U ingat kat I tau?"

"Tentulah I ingat kat U sayang. Thanks tau sebab memahami. Sebab ni lah I sayang sangat kat U tau."

"Tak pe sayang. I love U"

"I love U too sayang."


*****


4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

"Sayang, siapa Hayati sebenarnya?" Dia meninggikan suara bengang. Dia tak mahu orang berselindung lagi dengan dirinya. Dia tak suka ditipu. Dia tak suka diperdaya selepas dia memberikan jiwanya kepada orang itu. Rahman dirasakan sedang bermain udang dan batu dengannya. Rahman sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

"I ada sesuatu nak cakap dengan U. I rasa, kita tak sepadan. U ni degil sangat. U bukanlah apa yang I nak. Kenapa kita lain dari pasangan lain? U ni kuat sangat memberontak. I rasa sampai sini sahaja hubungan kita" Rahman membunyikan suaranya kali terakhir, suaranya yang penghujung dalam memorinya tentang Rahman.

Setelah memberikan seluruh kalbunya kepada Rahman, kini dia rasa dunianya kelam. Awalnya Rahman ibarat benih yang singgah di hatinya. Hatinya sedia subur menerima Rahman untuk disemai girang, untuk dibaja dengan alunan kasih sayang, untuk disiram dengan bait-bait kata indah menyulam, untuk digembur dengan seloka riang, dan untuk dirawat dengan pujukan tenang.

Dan pohon cinta Rahman itu tumbuh subur dalam dirinya.

Subur, dan besar, dan berakar tunjang jauh menyelinap ke setiap penjuru hatinya. Penjuru yang belum lagi pernah diteroka. Setiap genap hatinya dihuni Rahman.

Dia biarkan pohon cinta Rahman menyelinap dan bersemi dalam hatinya. Dia biarkan hatinya diseluruhi akar kasih Rahman, dia biarkan hidupnya dihujani embun sayang Rahman.

Dia biarkan hatinya dipunyai Rahman.

Tanpa disangka.

Rahman meragut keras kembali pohon itu. Rahman dengan kejam mencabut pohon itu dalam sekelip mata. Dengan ganas, tanpa belas. Rahman ragut jiwanya.

Dan dia menangis. menangis. Dan terus menangis.

Hingga air matanya sudah kering. Kering hingga dirasakan sudah getir. Hatinya genting, dia rasa seperti mahu mati.

Setelah pohon cinta Rahman dicantas, akarnya mati.

Bekas akar itu meninggalkan lohong-lohong kosong.

Sebelum ini lohong itu terisi sesuatu. Ianya padu. Pabila akar pohon Rahman tumbuh, ianya membuka ruang itu. Dan kini, pabila akar itu layu, yang ada hanyalah lubang sayu.

Lubang itu mencipta kekosongan dalam jiwanya. Lohong itu memaksa dia menjadi gila. Lubang itu mesti di isi, lohong itu mesti dimasuki penganti.

Dia menangis lagi. Sebelum bersama Rahman, dia mampu ketawa semula dengan sendirinya. Kali ini tiada lagi Rahman untuk memujuk. Rahman selalu memujuknya dikala dia berduka. Rahman menyelinapkan akar dalam hatinya, kini Rahman mencipta lohong kosong dalam dirinya.

Dan lohong itu perlu diisi.

"Haha, tengok perempuan bodoh ini menangis sebab lelaki" Syamsul tiba-tiba dari belakang mengherdik.

Dia geram seraya menjerit kembali "Bab*!"

Syamsul ke belakang seolah-olah pening. Syamsul tahu kali ini dia memang naik angin.


*****


11 bulan selepas 4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

Zul memandang tepat pada matanya.

Dia renung jitu mata Zul.

Mulut mereka sama-sama tersenyum.

Hati mereka sama-sama terangkul.

Dia sayangkan Zul, dia kasihkan Zul. Begitu juga Zul padanya. Zul cintakannya, Zul belai jiwanya.

"Zul, Zul betul-betul sayangkan saya ke?"

"Tentulah, saya betul-betul sayangkan awak. Ok?"

"Tipu" Dia menjuih mulut muncung, mengerutkan dahi.

"Betul sayang, saya betul-betul sayangkan awak tau. Saya sanggup bersama awak tak kira apa jua berlaku. Saya sentiasa doakan kita supaya sama-sama tau. Saya sayangkan awak sangat-sangat tau"

Dia tersenyum. Hasratnya mahu Zul kembali ulang ayat itu tercapai, dan tanpa disangka Zul juga mengulang sumpah setia. Dia gembira. Dia sayangkan Zul.

Kini dia rasakan sesuatu telah terjadi, sesuatu di dalam diri, sesuatu di lubuk hati.

Dia rasa dia menemui pengganti. Akar itu sudah kembali. Lubang dalam hatinya sudah dihuni, lohong itu sedang digenangi.

Zul telah berjaya menembusi jiwanya. Kini, Zul lah pemilik cintanya.

Dia terasa dirinya kembali bernyawa. Zul telah hadir dalam dirinya, dia tahu sejak pertama kali dia melihat Zul dan menatap wajah Zul yang penuh dengan kesempurnaan itu, kesempurnaan yang memberi isyarat pada jantungnya supaya berhenti berdegup dan pada masa yang sama berdegup kencang, sekencang-kencang angin taufan, sederas-deras tsunami, sekuat-kuat gempa bumi di Haiti.

Zul mengisi lohong kosong dalam dirinya.

Dia menjadi gembira kembali.


*****


4 bulan selepas 11 bulan selepas 4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

Semenjak semalam dia menangis.

Kali ini hatinya betul-betul terasa. Kegembiraan. Zul akan menyambung ijazah ke luar negara kerana berjaya dalam permohonan program berkembar dengan universiti luar negara. Zul akan bertolak dalam masa 3 bulan lagi. Ini bermakna dia punya masa 3 bulan lagi dengan Zul

"Akan aku penuhi masa ini bersama-sama dengan Zul"

Tapi kegembiraan itu juga datang dengan kesedihan. Kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Zul. Dan sebenarnya kesedihan itu lebih besar dari kegembiraan. Sangat besar sehinggakan gundah hatinya memikirkan tentang pemergian Zul dalam masa 3 bulan lagi. Dia rungsing, bingung, dan keliru. Entah apa yang dia fikir, kusut. Tak tahu hendak buat apa.

"Apa aku perlu buat?"

Dia betul-betul hampir gila. Biarpun Zul sudah berjanji setia dengannya, dia masih lagi risau. Entah apa yang dirisaukan pun dia sendiri tidak tahu. Terlalu serabut.

Zul menelefonnya setiap malam bagi menenangkan hatinya. Zul memujuknya supaya kembali gembira. Zul merayunya supaya memahami dan bersedia. Zul juga berulang kali menyebut 'Cinta'.

Hatinya masih gundah. Jiwanya masih gulana. Berderau-derau darahnya di saat dia melihat kalendar dan menghitung hari ke masa yang hanya bersisa beberapa minggu itu lagu. Jantungnya berdegup mengikut rentak saat jam kiraannya, jam hatinya yang menghisab baki masa Zul bersamanya.

Dan pada hari itu, sekian bersama lepasnya Zul melintasi pengawal passport, air matanya tumpah selama satu hari satu malam.


*****


7 bulan selepas 4 bulan selepas 11 bulan selepas 4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

Dia log-on, dan log-out kembali Skype.

Cuba-cuba mengintai kalau-kalau Zul online.

Zul janji mahu berbicara dengannya malam itu. Zul sudah berjanji. Dia akan setia menunggu. Dia akan senantiasa menanti.

"Hoi tembam, apa kerja kita besok?" Tiba-tiba sapaan Yahoo Messengger dari Syamsul Binatang itu melenyapkan rasa rindu. Terus diganti dengan perkataan mencarut.

"Bodoh, salinlah sendiri lain kali" Dia membalas pendek, dan terus tekan butang 'invisible'.

"Hekeleh, invi plak. Owh, nak pandai, pandai sorang-sorang. Selfish" Syamsul membalas.

Hatinya menyumpah berkata "Bodoh punya budak. Dah la gelap, muka buruk, pemalas. Mulut macam sial. Perangai memang tak layak hidup kat dunia. Mati pun kena tendang keluar neraka. Orang macam kau layak jadi sperma yang terbuang dalam lubang tandas sahaja. Bodoh. Kecik-kecik tak nak mampus. Besar-besar menyusahkan orang. Entah macam mana la awek engkau boleh tahan dengan perangai engkau yang macam jembalang nih. Mesti engkau pakai minyak guna-guna" Ayat biasa sumpahannya.

Dan malam itu, bersama bingit hatinya bengang pada Syamsul, hatinya sayu berakhir kecewa dengan Zul.

"Mungkin dia sibuk"


*****


4 bulan selepas 7 bulan selepas 4 bulan selepas 11 bulan selepas 4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.
Kelu.

Tidak mampu berkata apa-apa. Hatinya kosong tidak berirama. Zul sudah mengecewakanya. Dia menghabiskan beratus ringgit menelefon ke luar negara. Membuat panggilan kepada Zul yang sudah tidak sudi melayannya.

Dia sekali lagi kecewa.

Zul memberi kata pemutus baginya. Zul meninggalkannya kerana sudah menemui seseorang di sana. Zul mengatakan bahawasanya dia tidak akan paham keadaan di sana. Dia jauh dari Zul, tidak dapat berkata-kata dengan dekat lagi. Dia di sini, Zul di sana. Hatinya kembali sunyi, Zul tetap gembira.

Rimba kasih sayang yang Zul semai dalam dirinya kembali ditarah.

Ditarah sehingga tiada secebis pun pohon yang tinggal.

Rimba cinta Zul lebih banyak akarnya dari pohon cinta Rahman.

Dan kini, derita yang Zul tinggalkan lebih besar dari duka Rahman.

Akar rimba Zul layu, mati. Kering, reput. Luluh, ditiup. Akhirnya angin menerbangkan sisa-sisa debu Zul dalam dirinya. Dan kini, lohong itu kembali merajai. Lohong kosong yang mebuka hatinya lebih besar, mengoyak jiwanya lebih kasar, dan mencarik-carikkan kembali perasaan sayangnya pada dirinya yang kembali semula semenjak kali pertama Zul memberi salam di malam itu.

Dirinya kosong.

Layu tidak bermakna, kosong tidak bernyawa, lohong tidak bercinta.

Dia kembali pada dirinya yang lalu. Oh tidak, bukan pada dirinya yang dilahirkan, dia kembali pada dirinya semenjak kali pertama putus cinta.

"Hoi, kau ni apasal muka macam teran berak je?" Syamsul berkata semasa melintasi sebelahnya.

Cis, bedebah itu kembali. Tak habis-habis mahu cuba membunuh jiwanya lagi. Biarpun emping jiwanya itu sudahpun hampir lunyai dilanyak-lanyak ayat-ayat pedas si Syamsul, dia kira sabar di dadanya masih kira mampu ditahan. Masih belum jadi Krakatoa.

"Apa kau mahu lagi, ha bangang?" Tanyanya.

"Tiada apa-apa, salahkah aku melintas dijalan ini? Ada ini jalan bapak engkau yang punya, perempuan jembalang?" Syamsul membalas, kencang.

Aduh, sudah parah kejahatan si Syamsul Binatang itu.

Dia mencebik muka masam. Malas melayan.

Syamsul ketawa sebentar. Kemudian dia beredar, puas mungkin pabila orang mencemuh dirinya.


*****


9 jam selepas 4 bulan selepas 7 bulan selepas 4 bulan selepas 11 bulan selepas 4 bulan selepas 3 bulan selepas setahun sebelum 3 bulan selepas itu.

"Hoi perempuan berwajah buruk, mana kau download jadual tu?"

"Hoi-hoi ape ah bangsat? Botol kicap pun ada nama tau!"

"Amboi sombong, tak padan dengan hodoh nak sombong-sombong. Kedekut"

"Biar lah kat aku. Kau tu dah la lembik, perangai macam jin. Tengok kau ni pun da menyedihkan, ada hati nak kutuk aku"

"Thanks. Rilek-rilek sudah. So mana kau download jadual tu hah nenek kebayan?"

"Hoi binatang, cari sendirik la!"

Syamsul membuat darahnya menyirap. Kali ini betul-betul. Darahnya yang merah pekat dan likat itu menjadi cair dan mengalir laju seperti air sirap oleh kegampangan mulut Syamsul itu.

Malam itu puas hatinya memaki hamun Syamsul.

Namun setelah gembira kerana berjaya memaki hamun Syamsul, dia terfikir. Tiap-tiap malam selepas memaki hamun Syamsul, dia tersenyum puas.

Dia terfikir akan Syamsul.

Beza Syamsul dengan orang lain adalah kerana Syamsul itu kerap menyakiti hatinya. Benar, Syamsul itu sangat menjengkelkan hatinya.

Namun tak seperti orang lain yang suka bercakap manis dengannya, yang selalu berakhir dengan kekecewaan.

Mereka menanam benih kepalsuan dalam dirinya. Dan bila benih itu bercambah dan mencengkam kuat hatinya, mereka meragutnya dengan penafian. Segalanya bermula dengan kegembiraan dan berakhir dengan kekecewaan. Segalanya bermula dengan janji kesetian dan berakhir dengan kedustaan.

Akan tetapi Syamsul selalu menyakiti hatinya, tetapi juga pabila dia mencemuh kembali Syamsul dia berasa puas hati. Puas kiranya kerana dapat melepaskan tekanan hidup pada seseorang. Kiranya kalau dia berasa tak puas hati tentang sesuatu, berasa tertekan dengan sesuatu ianya akan terlepas pabila dia mencemuh Syamsul.

Biarpun tekanan dan kegeraman itu senantiasa dilembutkan dengan pujukan teman lakinya, baru dia sedar bahawasanya itu sebenarnya masih belum cukup memuaskan hatinya.

Mungkin, kerana bukan sahaja ianya baru bermula. Mungkin kerana sudah lama lagi prinsipnya dibina. Mungkin kerana dari awal lagi, prinsipnya begitu.

Biar buku bertemu ruas, biar gerutu di balas keras.

Dan sedikit sebanyak dengan gangguan Syamsul itu, hatinya tenang.

Mungkin selama ini segala yang bermula dengan kegembiraan itu berakhir dengan kekecewaan. Dan mungkin juga, segala yang bermula dengan kebencian itu akan berakhir dengan kasih sayang.

Dia sudah menemui isi untuk lohong kosong dalam dirinya itu.

Bermula malam itu, baru dia sedar. Nama lelaki itu di hatinya bukan lagi Binatang malang, tetapi sudahpun menjadi Bintang malam.





Amaran: Cerpen rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara hidup dan mati. Diinspirasikan dari kisah kucing penulis bernama Jojo yang kerap syok sendiri.

Jumaat, 22 Januari 2010

..schizophrenia..

..dan selepas itu, terus saya terfikir, adakah saya juga menghidap schizophrenia seperti John Nash dalam filem itu?



Saya tak nafikan, mungkin A Beautiful Mind itu seperti 'exegrate' tentang simptom schizophrenia.

Tapi kadang-kadang saya juga lihat apa yang orang lain tak dapat lihat. Akan tetapi peliknya, tak seperti dalam cerita A Beautiful Mind, objek yang saya nampak ini tak pernah bercakap dengan saya. Objek yang selalu saya nampak adalah:




Minah ni selalu dalam tandas. Tak padan dengan dah beranak, kuat skodeng laki mandi betul. Masa Mukhlis 'sound2' itu hari pasal suruh kutip rambut dalam tandas, saya tahu ini mesti kerja minah ni, sebab rambut saya lurus dan perang berkilat.




Yang ni suka bertenggek atas almari. Kalau tidur, dia bertenggek atas meja pula. Tapi kalau saya buka lampu, dia tak ada. Jadi kadang-kadang malam-malam saya tidur buka lampu. Ces, alasan. Kalau dia tak ada, saya tahu itu malam mesti dia lepak bilik Mukhlis tak pun Ihsan.



Brader ni selalu lepak belakang bilik saya. Dia usha dari tingkap ke bilik saya. Kadang-kadang dia datang tiba-tiba dan berdiri sebelah masa tengah tengok muka dekat cermin. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. Tapi saya dapat cara nak jumpa mamat ni. Kalau nak jumpa ataupun nampak brader ni, pandang skrin laptop atau komputer dan sebut "Hai mamat, hai kain, hai yang mana ikut Hazrul, hai mari ke sini sebelah aku ikut aku pula sampai aku mati"















Ini yang misteri juga. Saya selalu jumpa dia dekat lecture hall, kadang-kadang dekat library. Orang cakap Hanafi yang tinggal seorang diri dalam rumah tu 'membela', tapi saya tak tahu kaitannya dengan yang ini. Ada mamat Pakistan cakap, dekpa selalu jumpa dia beli Lamb 'rick' dekat Mi'raj, alah, macam dalam cerita Sundal Bolong makan satay tu la.



Semua gambar di atas saya cilok dari internet.

Selasa, 19 Januari 2010

..mandel..

..and it happens to be that out of 4 in my siblings (including me), I am the only one that have dark skin colour.

If it follows the Mandelian Inheritance taking into account that the dark skin colour is recessive, then it will be 1/4 offspring will have dark skin colour, and it is me.

Lucky I got myself a bright skin wife to be.

To test whether this dark skin colour is a recessive trait, I'll become the own subject of my own 'soon to be made' experiment.

And they say that the bigger the sample size, the better the result will be.

Therefore I plans to have 16 childrens. Thats a lot of work Nur 'Atikah Huda, but I'm willing to sacrifice myself for the sake of knowledge.

But maybe I need to rethink that, because apparently my father has dark skin colour same as me. Hmm...

Ahad, 17 Januari 2010

..celupar..

..and they also asked "kenapa mulut ko celupar sangat?"

Its a question, but unlike any other questions, this question is heard by my heart. Why, in this world, that I have the inclination of saying bad things about my friends, pointing out their 'defect' to be made as joke?

I thought about this before.

And like myself before, I will point out at my friend. My answer most of the time will be its because of where I grew up, that is how peoples make jokes.





Minute 2:25 : "Melawak orang Kedah, jangan cepat terasa"

And I talked too about how am I raised in my family in which we will laugh at everything. My mom laughed at me when I said I lost my laptop. No hard feeling. It will erase all of the sadness that I feel. We have done that since the day I knew how to speak. Sometime, we will smile just because the person that we love is smiling, and laugh too. Maybe that is too the reason why my friends always say that I'm a laidback type of guy.

But sadly, I knew thats not the real answer to this evil mouth of mine.

I knew, the real answer to this question relies on the imperfection that I have in myself. The answer to this question is, my life. I cannot write everything in here. It won't fit. The story of my life is, like yours, is very long.

Everybody has a story to tell.

And just take it as the real answer to this question is because in my life there is a missing part. A hole. Faulty. Defective. Something that is build upon my life experience when I grew up. And that imperfection is like a gap, in which I did not understand, simply because I didnt have that bit that everybody else has. And to fill in that bit, I try to make up my own way. And of course, things that are imperfect only brew imperfect things. And that imperfection you can see is that I am very 'celupar'.

The 'me' that I potrayed to everybody else is a fake. I am just a pathetic guy. But I know, most of us are. And most of the people is faking their real self.

Nobody is actualy want to hear to your story, they too have their own.

Its not that only you have a problem. Everybody has their own problem.

And when people asked me why my mouth is very 'celupar', ironically what they are asking is "why your life is very pathetic". It took me a very long time to think what to answer, what to tell people what they want to hear. An answer. And not my life.

And the easiest way to do that is to point out thats not my fault, its somebody else. That is what they want to listen. The other part? I'll just keep it to myself.

Maybe next time I'll add "That is the real me"

But like what I used to say to my girlfriend, When you are saying that 'thats the real you', are you saying you are listening to your heart? From what I knew, there maybe our Roh thats speaking to us, or Qarin, but the most dangerous of all is Syaitan. How can we distinguish who is speaking what? I don't know. I best most of you too. And I found that when something is so foggy that we cannot determine which is what, the last rope to hold on to is only our religion, Islam.

Life is ironic. I'm trying to live with it.

..madame tussauds..

..dan saya telah beperluang melawat Madame Tussauds untuk melihat model-model lilin orang terkenal. Saya sempat bergambar dengan model lilin kawan saya, Hazman seperti gambar di bawah.


Amaran: Gadis tidak rupawan dilarang merenung lama gambar ini kerana penulis hanya punya 3 kuota kosong sahaja lagi untuk gadis jelitawans.

Jumaat, 15 Januari 2010

..kena batang hidung pala otak ang..

..dan jangan salah sangka, tajuk di atas tidak bermakna saya sedang marah. Cuma ingin 'provoke' sedikit kali ini.

Sebagai seorang yang suka baca blog (sebab itu anda sedang membaca post ini), mesti anda pernah membaca banyak artikel, atau komen persendirian, yang bagai memperli dan acap kali bagai 'target' nya adalah umum. Ianya bersifat provokatif, buat anda rasa marah. Tapi disebabkan anda juga taik pemalaih macam saya, anda memilih untuk 'ignore' benda itu. Dan tidak kurang juga saya katakan kebanyakannya juga adalah dalam bentuk email, atau mesej.

Trendnya begini:

-Email provokatif, tak kena dengan salurannya, orang marah, penulis me'reply' "kena batang hidung sendiri ke?"

-Posting blog, kutuk orang, tapi tak 'specific', bila dikomen tak baik buat begitu, di balas "siapa makan cili terasa la pedasnya"

-Blog yang mengutuk dan me'generalise' satu pihak, dan jika pihak minoriti yang di'generalise' itu menegur, akan di balas "saya tak kata semua macam itu, tapi kalau panas punggung baca artikel ini, mungkin kena batang hidung sendiri lah tu"

Atau posting lain, yang bersifat provokatif, tidak appropriate, mengklasifikasikan pendapat sendiri tentang apa yang ditampak kepada keseluruhan populasi, pabila ditegur pendapatnya salah, akan dibalas "kena batang hidung sendiri ka?"

Mungkin anda pernah lalui, mungkin tidak lagi, tapi percayalah saya, anda bakal hadapi.

Setakat pengalaman saya membaca blog dan artikel, sudah banyak peristiwa ini yang saya lihat terjadi. Hampir sahaja seminggu sekali. Dari pada blog pemimpin, pondan, orang hebat, hatta ustaz terkenal pun, ada sahaja post begini yang dibalas penulis dengan 'kena dengan batang hidung sendiri ke?"

Bagi seorang yang cuba mengenepikan 'emosi', 'preconception', 'biasness', 'overgeneralisation', perbincangan yang tak menjurus pada penyelesaian, ketaksubaan, dan perasaan 'saya sentiasa betul' dan 'saya banyak ilmu lagi dia maka dia tak patut cakap', saya akui saya juga kadang-kadang merasa sikap ini amat tidak matang.

Sikap 'kena batang hidung sendiri ka?' ini saya rasakan adalah sikap paling tidak matang dalam menjana pemikiran orang lain. Dengan hasil penulisan sendiri yang bersifat tidak matang, menyebabkan orang merasa marah dan bukannya merasa untuk berfikir, sememangnya hanya akan membuahkan hasil yang tidak matang jika debat dimulakan.

Ianya membunuh pemikiran, membina kemarahan. Kerana salah utamanya adalah melampau-lampau, gaya bahasa yang kurang ajar, atau mencoretkan pemikiran yang dengkel untuk dibaca.
Dan pabila ditegur kesalahannya itu, akan bermulalah debat.

Dan sudah tentulah, modal terakhir golongan tidak matang ini akhirnya adalah 'kena batang hidung sendiri lah tu'.

Saya juga tidak matang, sebab itulah saya 'generalise'kan golongan ini sebagai golongan tidak matang.

Tapi, seperti yang saya cakap, saya cuba membuang sikap 'saya lagi pandai dari kamu maka saya lagi berhak cakap', saya faham, orang yang baca posting ini juga akan berfikir sebegitu juga.
Namun, bagi menghormati sifat keterbukaan minda untuk berfikir, saya juga mengakui saya juga tidak sempurna, dan anda juga tidak sempurna, maka marilah bersama-sama berbincang mencari kesempurnaan.

Sikap ingin sentiasa menang, dan sikap ego, sikap tak mahu mengalah dan sentiasa betul.

Dan saya rasa sudah jadi lumrah mentaliti orang kita akibat dijajah 400 tahun, sifat ini semakin menjadi-jadi terutama di zaman internet yang serba bebas ini.

Ingatlah, walaupun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, bersifat rendah diri, maaf, berani mengaku kesilapan sendiri dan terbuka itulah yang mampu mengendurkan ketegangan kata.

Maka di sini saya sarankan, jika anda membuat komen sesuatu artikel dan di balas 'terkena batang hidung sendiri ke?', balaslah lah balik dengan meng'hyperlink' ke post ini sambil berkata:

"kena batang hidung pala otak ang"

Selasa, 12 Januari 2010

..kuchaeeng..

(tajuk di atas adalah cara sebutan 'kucing' dalam loghat KL seperti yang diterangkan ex-rumate saya, Danial)

..dan saya merenung tepat kearah kucing itu.

Berani benar dia.

Duduk melepak atas bumbung kereta Proton Wira bapak saya yang baru keluar kilang sebulan. Saya rasa plastik kusyen pun abah tak buang lagi. Dalam bonet apatah lagi, memang bau kilang yang macam bau gam budak-budak jalanan blakang kedai Nya PJ1. Kadang-kadang budak-budak tu lepak belakang bank CIMB, lari sikit dari belakang dapur Restoran Gembira (harap maklum saya tak hisap gam).

Kebetulan abah baru balik kerja. Tak sempat tutup kereta baru itu dengan penutup kereta lagi(yang juga berbau kilang, tapi kali ini bukan gam). Kucing tu memanjat angkuh ke atas bonet depan. Kaki langkah pijak cermin depan. Naik atas bumbung.

Kaki depan tegang, kaki belakang juga. Mengeliat. Sambil mulut nganga luas bagai orang menguap.

"Ha, nak tidoq ataih kheta la tu"

Hati ni dah naik panas.

Kucing itu memang samseng!

Abah buka pintu, jerkah kucing itu. Kucing samseng terjun bercempera lari. Sialan, memang nak mati.

Memang, kucing itu memang mahu mati.

Petang itu saya dan adik keluar dari umah. Cari kucing itu. Saya ingat lagi warnanya hitam putih. Banyak putih dari hitam. Jadi saya kira kucing itu kucing putih tompok hitam. Masa dia mengeliat tegang kaki saya intai dari belakang, tak nampak pun telurnya (kepada yang 'innocent', ganti telur=testis). Jadi mesti betina. Amboi, yang betina pun dah buat perangai samseng, kalau yang jantan laki dia ni apa lagi, mesti dah tahap orang yang bagi guna C4 bom mayat orang.

Saya cari-cari sekitar rumah.

Alhamdulillah, jumpa.

Senang pula nak jumpa kucing ni masa ni. Kalau tidak susah. Saya rasa sebab saya cari kucing tu dengan niat jahat, sebab tu senang jumpa. Mesti Setan tolong saya masa ni. Mungkin setan kaburkan mata kucing tu supaya tak lari ke mana-mana, macam setan kaburkan mata ahli politik yang senang dapat projek Ali Baba. Mungkin juga setan tonjolkan imej saya baik di mata kucing tu supaya tak lari kemana, macam kebanyakan peminat Faizal Tahir kena.

Lepas tu pula, nak dijadikan cerita, mahu pula kucing tu datang dekat dengan kami walaupun baru lepas kena jerkah dengan abah saya. Dah la tu, senang pula terpedaya dengan 'trick' "ch ch ch" (teknik memanggil kucing), senang pula dia datang rapat dengan kami kerana terpedaya dengan alunan jari saya yang seolah-olah berisi makanan. Oh apa sihir yang setan pakai ni. Ini lagi teruk dari ahli politik mahupun Faizal Tahir, ini dah macam misai Datuk K!

Adik saya pegang kucing itu kemas-kemas. Dia pegang kaki depan kucing itu, sambil menekap kuat dan tegar pada kepala kucing itu. Kepala bahaya kerana ianya boleh tokak, kaki depan pula senjata utama untuk cakar. Tapak kaki saya pijak belakang badan kucing itu, kuat-kuat pada perut sampai kaki belakangnya mengelebeh keluar seolah-olah terkangkang sehingga di berjaya pula dipijak jari kaki dan tumit saya. Kaki belakang penting kerana ianya akan mencakar orag yang memegang kaki depan dan kepalanya.

Sekali sekala saya menekan kuat sikit sampai rasa tulang belakangnya sudah cecah tanah lepas dari isi perut dan ususnya. Buat begitu supaya keluar bunyi kucing itu, merdu seolah-olah motor menderam. Oh azabnya jadi makhluk lemah dan tidak berkemampuan

Dengan tangan yang tidak bisa memegang apa-apa lagi ini, tangan kiri saya seluk kocek seluar. Ambil kotak. Tangan kiri kanan seluk kocek, ambil lighter.

Kotak dibuka, sebatang dikeluarkan.

Sebatang itu disentuh perlahan-lahan di kawasan junction antara dua jenis cell ephitelium. Kemudian dimasukkan ke dalam lubang itu.

Oh tidak, bukan junction yang atas, ianya junction yang bawah, yakni bawah kucing itu. (untuk yang innocent:lubang bontot kucing itu)

Lighter dinyalakan, dan sumbu dihidupkan.

Mercun mancis itu menyala.

Seraya kucing itu dilepaskan kedalam lubang 'piling' tapak 'construction' yang dekat dengan rumah saya.

Dan peristiwa seterusnya mengambil masa kira-kira 5 saat.

Lubang itu sangat dalam. Saya kira jika saya yang ketika itu darjah 6 masuk, mesti tak dapat panjat keluar. Mesti lubang itu akan terus jadi kubur saya. Tapi untuk dewasa memang boleh panjat keluar.

Sesudah dilepaskan ke dalam lubang itu, kucing itu jadi panik, dan takut. Dia panik sebab ada dalam lubang mungkin. Dia takut. Mungkin kerana sesudah dipijak dan dikilas kepala oleh adik saya, dia terus fobia. Tambah pula cuba anda bayangkan jika anda berada dalam lubang, kemudian pabila anda memandang ke atas cuba keluar ada dua orang yang pada sangkaan anda baik, rupanya 'nakal'. Dan dua orang itu pula sedang mentertawakan anda yang sedang bergelut dengan kematian. Seperti Pat Harkin dan tutor SSC anda sedang ketawa di malam dateline SSC submission anda ketika anda bersengkang mata habiskan kopi pekat tanpa susu di depan laptop, menaip SSC sambil layan Facebook.

Kerana faktor di atas, kucing itu cuba keluar dari lubang itu.

Dia lompat sekali.

Agak tinggi lompatannya itu. Tapi malang, hanya tinggi kira-kira separuh dari lubang itu. (seperti tinggi budak darjah 6). Kucing itu jatuh semula ke dalam lubang.

Dia lompat sekali lagi.

Sayang, cubaan kedua pun gagal.

Maka 5 saat pun habis.

Sumbu mercun mancis di dalam lubang rectumnya habis terbakar.

Dan seperti kebetulan takdir tuhan, pada ketika itulah dia mencuba untuk kali ketiga. Dan tepat kiranya kali ketiga itu, campuran nitrat, ferum, karbon, oksigen di dalam rektumnya itu bernyala pantas.

Paapp!!

Seraya dia melompat untuk kali ketiga.

Alhamdulillah, kali ini dia berjaya, dan tanpa disangka, lompatannya itu tinggi ke udara. Hampir-hampir menyamai tinggi kepala saya yang berada di atas itu. Yakni dia melompat dari ketinggian -2 orang budak darjah 6, ke ketinggian +1 orang budak darjah 6. Matematiknya begini:

Beza, = ketinggian akhir-ketinggian awal

=1 budak darjah 6 - (-2 budak darjah 6)
=1 budak darjah 6 + 2 budak darjah 6)
=3 budak darjah 6

Dia melompat setinggi 3 budak darjah 6!

Saya tahu dia melompat tinggi. Kerana semasa lompatannya itu menyamai paras mata saya, saya dapat lihat asap roket beserta 'fuel' warna merah keluar dari 'thruster' kucing itu.

Selepas itu dalam masa 0.5 saat, kucing itu lesap entah ke mana. Saya tahu 0.5 saat kerana saya hanya dapat melihat percikan bendalir merah itu sahaja yang tinggal di awangan, dan saya kira ia ambil masa 0.5 saat untuk jatuh ke tanah.

Kemudian, kami tak pernah jumpanya.

Hah! Samseng sangat! Samseng longkang ada la..






Pat Harkin: Sub-Dean School of Medicine University of Leeds
SSC : Sejenis assignment

Ahad, 10 Januari 2010

..red malay..

..dan pula dikatakan orang Inuit atau Eskimo itu asalnya dari orang Red Indian yang tersesat ke kutub utara kerana mengejar beruang polar.

Saya dapati juga sebenarnya orang Red Indian itu berasal dari keturunan orang Melayu.


Gambar prasejarah. Perhatikan warna kulit dan rambut yang diikat


Gambar prasejarah. Perhatikan persamaan senibina Igloo/Istana ini dan bandingkan binaannya dengan Igloo dan binaan di Batu Pahat, Merbok, Kedah, serta khemah Teepe.


Nantikan seterusnya, Bangsa Lain Yang Berasal Dari Keturunan Orang Melayu.


Satu lagi dari bangsa yang berasal dari bangsa Melayu

Selasa, 5 Januari 2010

..negara sarang semut..

..dan kerajaan turunkan subsidi gula, maka harga gula akan naik

Ramai orang marah.

Orang miskin berkata beban mereka bertambah bila gula naik harga.

Tapi, apa itu gula?

Gula adalah karbohydrat. Nasi adalah gula, roti adalah gula, roti canai adalah gula. Tepung itu gula. Kerana struktur kimianya berbeza, nasi tidak rasa manis. Gula adalah ibarat blok Lego. Gula yang kita letak dalam air kopi itu seperti blok-blok Lego yang mampu merangsang 'taste bud' kita, beri rasa manis. Namun blok-blok Lego itu disusun-susun sehingga besar, ianya jadi roti, tepung, roti canai, dan tak mampu rangsang deria di lidah kita. Maka rasanya tawaq hebiaq.

Jadi betulkah kurangkan makan gula, kita kurangkan diabetes?

Tak semudah itu jawapannya

Diabetes ada banyak sebab.

Boleh jadi kurang bersenam, boleh jadi obesiti, boleh jadi genetik, dan sampai sekarang sebab diabetes itu masih lagi menjadi kajian di universiti di sini!

Tapi saya terkesan dengan budaya kita di Malaysia. Terkesan dengan iklan Colonel Rice di KFC berbunyi:

"Kalau kita tak makan nasi, macam mana hendak panjat tangga?

Bunyinya begitu. Memang, dari kecil lagi saya pernah mendengar orang tua-tua berkata;

"Duk makan cikedis ja kheja, nasik tak makan, macam mana nak larat"

"Nampak tak larat ja ni, nasik makan dak lagi?"

"P la makan nasik dulu, nanti nak buat kheja tak larat"

Memang. Guna utama karbohydrat adalah untuk tenaga. Sama seperti kita bakar kayu, bakar arang, bakar minyak, ianya adalah bakar karbon untuk tenaga. Dan karbon dalam nasi itu diikat oleh air supaya dapat larut dalam cecair sel dan akhirnya dibakar dalam sel untuk tenaga. Karbon yang diikat oleh air itulah diberi nama karbon+air, atau karbon+hydrat, atau karbohydrat.

Jika badan sudah tak ada karbohydat, ianya akan bakar lemak, yang memang 'pure' rantai karbon dan hidrogen. Jika dua-dua habis, akan mula bakar protein, yang hanya ada sedikit karbon.

Tapi jika kita selalu makan karbohyrat tanpa membakarnya, karbohydrat itu akan disimpan dalam badan. Tapi badan kita punya tahap tertentu untuk simpan karbohydrat sebagai 'buffer', di mana selepas takat itu dicapai, ianya akan ditukar dan disimpan sebagai lemak. Dan untuk 80% populasi manusia, mereka hanya ada 'small quota' untuk simpanan karbohydrat itu, i.e 80% manusia mudah gemuk kalau makan berlebihan.

Dan sudah tentulah, kalau kita makan lemak (cthnya burger McD), ianya akan terus disimpan sebagai lemak.

Akan tetapi jika kita makan protein, ianya akan disimpan sebagai protein.

Orang zaman dahulu, kalau nak makan kena keluar memburu. Makan pula arnab liar, rusa liar, burung liar, dalam erti kata lain- protein. Maka sifirnya adalah:

lapar+keluar memburu+makan protein = badan sihat

Orang zaman sekarang?

tak lapar+duduk atas sofa+makan nasi+makan lemak= gemuk

Dan gemuk itu salah satu penyebab kencing manis.

Maka adakah kurangkan subsidi gula akan kurangkan diabetes?

Saya tak rasa begitu.

Kita masih lagi makan banyak nasi.

Tapi, saya tak rasa subsidi gula itu perlu. Kerana saya lihat budaya orang Malaysia itu memang suka makan gula. Dan ianya adalah budaya yang tiada apa-apa. Ianya adalah tiada keperluan untuk buat begitu. Tiada kewajipan. Tiada jaminan untuk kesihatan. Ianya hanyalah untuk kepuasan! Dalam erti kata, kalau tiada gula dalam air pun tak menghilangkan kewarasan.

Saya suka cara tentera di dalam hutan. Mereka masukkan gula sedikit sahaja dalam air minuman. Supaya ujar mereka 'hanya manis-manis buah'.

Ya, buah itu tak semanis melecih seperti air di warung, atau semanis kelepiang air tin Coca Cola.

Tapi buah itu tetap manis, dan manis buah itu sungguh lazat.

Jadi saya menyokong pengurangan subsidi gula. Tak guna bazir duit untuk kepuasan hidup semata-mata. Kita belum negara kaya lagi untuk kejar kepuasan hidup.

Tapi, sudah tentulah Najib, jangan songlap duit subsidi tu pula nanti.

Guna duit itu bela lembu. Kita perlukan protein.



Gambar saya cilok dari internet

Ahad, 3 Januari 2010

..alif lam lam ha..

Amaran:Mengandungi perkara yang sangat serius

..dan saya mengukir isyarat jari telunjuk membentuk tulisan jawi di belakang kerusi itu. Huruf 'Alif', huruf 'Lam', huruf 'Lam' dan akhirnya huruf 'Ha'. Seraya mulut ini berpantun kuat kepada teman-teman yang memandang geram.

Alif Lam Lam Ha,
Siapa duduk dia berdosa!

Saya tak tahu kenapa saya buat begitu. Juga saya tak tahu apa maksud huruf-huruf itu pada mulanya. Tapi saya mengikut orang membuatnya. Untuk satu tujuan; supaya tiada orang duduk di kerusi itu.

Ianya adalah ketika kira-kira 14 tahun dahulu semasa saya sekolah rendah. Saya tak tahu kenapa perlu di buat begitu, tapi saya tahu tujuan saya buat begitu. Minda kanak-kanak. Mentah. Mengikut orang.

Perbuatan itu dipanggil 'kawai', atau bahasa bakunya 'kawal'. Ianya menandakan kerusi itu saya duduk. Dan mungkin kerana saya perlu bangun seketika untuk minum air, yang kemudian saya akan duduk semula di situ. Tempat itu mestilah 'hot spot', jadi supaya tiada orang mencuri tempat saya semasa saya bangun, saya melakukan isyarat itu. Saya buat begitu. Kawan saya buat begitu. Kakak dan abang saya juga buat begitu. Dan kawan-kawan mereka juga buat begitu. Tapi, siapakah yang memulakannya dahulu?

Di minda seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun (saya rasa saya pernah melihat kawan-kawan saya buat begitu semenjak tadika lagi), apa yang kanak-kanak tahu melainkan ikut-ikutan? Ikutan, contoh, tiru, dalam tv buat, kawan buat, semuanya ikutan. Tetapi bukan itu yang saya hendak tekankan. Apa yang menjadi isu sekarang di minda kanak-kanak mereka masih lagi belum mampu berfikir dengan matang.

Saya masih ingat ketika kecil, akibat terlalu banyak menonton televisyen dan iklan Krismas, saya pernah menunggu untuk mengintai Santa Klaus pada malam Krismas!

Apa yang saya tahu ketika masih tadika lagi?

Dan apa yang anak-anak kita akan tahu apabila mereka menonton TV?

Dan apa yang mereka akan tahu, apabila melihat di palang gereja tertera 'alif lam lam ha'?

Dan adakah mereka akan keliru pabila membaca 'alif lam lam ha' itu Isa?

Atau mereka akan berfikir, 'Oh Allah yang Ustazah ajar dalam kelas PAFA itu juga dikenali sebagai Buddha'?

Saya dibesarkan di kawasan luar bandar dan bersekolah di sekolah luar bandar. Walaupun Sekolah Kebangsaan Jitra yang dibina pada tahun 1905 itu betul-betul di tengah pekan Jitra, namun statusnya tetap sekolah luar bandar. Pemikiran pelajarnya masih luar bandar. Dari 8 kelas (atau lebih?) kelas darjah 6, hanya satu kelas yang cikgu pertaruhkan untuk lulus semua mata pelajaran. Pemikiran saya dibesarkan dalam keadaan luar bandar, kampung, kolot, konservatif, tradisional, panggil saja apa yang anda suka.

Dan saya tahu, sebesar-besar Malaysia itu, hanya beberapa kerat sahaja kawasan bandar.

Dahulu saya suka berteori. Orang kenal saya dengan teori pelik-pelik saya. Tapi sekarang saya sudah berpijak di bumi nyata. Saya juga semakin sukar mempercayai keberkesanan teori-teori kontroversi yang konon menongkah arus pemikiran majoriti supaya menjadi lebih terbuka. Sekarang saya lebih suka berfikir secara fitrah. Teori saya sekarang berkonsep 'mudah'.

Saya tak pandai bahasa Inggeris. Blog ini pun hanya ada satu dua post bahasa Inggeris.

Tapi dari apa yang saya faham,

'god' itu adalah 'tuhan'

Dan dari bahasa Hebrew itu tiada 'capital letter' atau 'small letter', sama seperti bahasa Arab, bahasa datangnya ajaran Islam.

Maka jangan mengada-ngada hendak letak 'god' dan 'God' sebagai dan mengatakannya sebagai 'translation from the original script'

Maka jangan sekali-kali mengada-ngada hendak letak 'tuhan' dan 'Allah' untuk di 'claim' sebagai 'terjemahan asal'

Letak sahaja Tuhan. Ianya adalah terjemahan BAHASA MELAYU untuk 'God'.

..tanya sama hati..

..dan semasa kecil, kita akan bercakap tentang pokok, angin, langit, hujan, awan, dan bayang-bayang.

Namun pabila besar, hanya ada cinta, rindu, dan sayang.

Untuk Nur 'Atikah Huda,



Tanya pada pokok,
Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Tanya sama langit,
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit,
Tanyalah awan.

Awan nanti kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
Aku pun cair.

Tengok dalam air,
Nampak bayang-bayang,
Campak satu batu,
Bayang pun hilang.

Tanya sama hati,
Apa asal sayang?
Adakah tandanya,
Nampak dipandang?

Kumbang rayu bunga,
Bulan nanti tanya,
Punya tanda-tanda,
Hubungan mesra.

Tanya sama hati,
Pernahkah merindu?
Ingat masa lena,
Apa mimpimu?

Masa berjauhan,
Apa nan dikenang?
Bila difahamkan,
Itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang.

Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati,
Pernahkah merindu?
Ingat masa lena,
Apa mimpimu?

Masa berjauhan,
Apa nan dikenang?
Bila difahamkan,
Itulah sayang...

Jumaat, 1 Januari 2010

..malam sebelum D-Day..

..dan hari ini 31 Disember 2029 adalah hari yang saya rasa adalah hari terakhir dalam hidup saya. Saya teringat kembali hidup saya yang lepas semasa memanjat setiap anak tangga di lapangan kosong itu. Setiap anak tangga itu bagaikan setiap tahun dalam kehidupan saya, dan juga bagaikan setiap kisah dalam hidup saya. Setiap anak tangga itu tercoret kisah-kisah hidup saya. Saya teringat kembali kisah kira-kira 20 tahun dahulu. Agak kelakar pabila saya teringat kembali kisah semasa saya belajar di universiti, tentang semua kawan-kawan saya.

Melihat tubuh sasa lelaki beruniform hijau memakai beret merah di sebelah tangga itu, saya teringat kawan saya bernama Mukhlis dan Fer. Kelakar rasanya gelagat mereka berdua ini. Fer seorang kasanova yang penuh dengan sifat kejantanan. Dia 'athletic', tinggi, wajah bersih berkulit cerah, bertubuh sasa seperti lelaki beruniform itu. Tapi biasalah, tiada yang sempurna. Fer agak 'struggle' untuk lulus dalam semua peperiksaan. Dia punya ramai teman wanita yang setiap satunya itu adalah gadis paling 'hot' di uiversiti. Dia simbol kejantanan. Mukhlis pula agak berlawanan dengan Fer, dia agak 'lembut' dan selalu lepak dalam biliknya. Kerana Fer itu kuat, dia selalu buli Mukhlis yang 'lembut' itu. Memang kelakar.

Juga teringat di rumah paling buruk di tempat saya bersama penghuninya Amilia dan Jannah. Saya sedikit kasihan dengan Amilia. Bukan apa, kasihan lihat dia terpaksa bekerja keras semata-mata untuk dapat D dalam peperiksaan. Juga kasihan melihat dia terpaksa pulang ke universiti setiap tahun pada bulan 8. Nak buat macam mana, rezeki orang lain-lain. Jannah sahabatnya seorang yang comot. Berkulit gelap, hidung kemik. Suka mengelap hingus di khalayak ramai. Tapi syukur, perwatakannya bagus penuh dengan kelembutan wanita. Mungkin itu kurniaan tuhan kepadanya.

Lamunan saya terhenti ketika juruterbang membuat pengumuman.

'Selamat pagi Tun, kita akan belepas ke Tehran dalam masa 5 minit'.

Saya mengambil surat khabar dihadapan saya, terus menatap halaman belakang. Saya tahu saya pasti membaca berita tentang kawan saya di bahagian belakang.

Tersenyum lihat kejayaan Hazman menggondol dua lagi pingat emas dan seterusnya merangkul kembali gelaran Mr. Asia yang pernah dipegang Malik Nor dahulu. Sudah lama rasanya saya tidak bersembang dengan Hazman, atau lebih tepat dipanggil Mr. Muscle oleh media. Teringat juga gambar kami berdua di ruangan sukan semasa remaja dulu dengan tag 'Mr Muscle dan Mr Perfect Six Packs bakal menjadi simbol kebanggaan Malaysia'.

Hazman dahulu tinggal bersama 3 orang sahabatnya, Auni, Munzir dan Remy. Auni orang Johor. Dia seorang yang pemarah dan kurang pandai bergaul dengan orang. Saya ingat dahulu dia seperti cuba meracun kami dengan memasak kari bercampur coklat. Oh, masakan Auni memang memualkan perut. Munzir pula seorang yang pendek. Dia selalu ditertawakan oleh Amilia ketika bermain volleyball kerana Munzir ini tangannya cengkol, Amilia pula pernah menjadi Kapten pasukan volleyball kolejnya. Saya selalu ketawa melihat gelagat Amilia memerli Munzir dengan membuat gaya mengayuh basikal sambil terbaring atas court, ianya bagai memperli Munzir yang 'serve' perlahan dan bola pula jarang lepas net. Remy juga selalu menjadi bahan gurauan Amilia. Remy belajar sastera. Dia seorang yang tidak senyum sedikit. Saya selalu ke rumah mereka berempat, walaupun masakan mereka tidak sedap.

Oh di bawah juga ada berita kejayaan Mariam, atau mesra dipanggil Kak Mary oleh kami. Kak Mary berjaya bawa pulang 5 pingat emas dalam acara badminton wanita dalam Sukan Olimpik. Kak Mary juga sperti Auni pernah cuba meracun kami dengan memasak tomyam berwarna biru. Rasanya payau-payau dan saya muntah hijau hanya dengan mengambil aromanya. Itu belum menjamahnya lagi.

Dan saya menyelak ruangan tengah akhbar itu pula, terus ke bahagian 'Kesihatan'. Mahu membaca apa pula tips kesihatan dari Professor Dr. Hanafi, dan juga catatan perjalanan kembara misi menyelamat mangsa gempa bumi oleh Dr. Ihsan. Duo School of Medicine universiti kami ini diceritakan bakal memenangi hadiah nobel tahun depan kerana mencipta penawar HIV.

Itu cerita 20 tahun yang lalu. Saya teringat kembali ketika tanpa sedar saya terjumpa koleksi Futurama yang terkenal pada suatu ketika dahulu ketika saya di universiti. Saya tak minat siri itu, ceritanya tidak matang. Namun kawan-kawan saya suka menontonnya.

Dan dalam satu episod itu terdapat episod di mana Fry dan kawan-kawannya masuk ke dalam kotak dimensi lain, di mana semua perwatakan karakter dalam dimensi itu berlawanan dengan perwatakan Fry dan kawan-kawannya. Saya tertanya-tanya, adakah ada dimensi lain di dunia ini? Di mana semua sifat orang yang saya kenal berlainan dengan apa yang saya kenal dalam dunia ini?

Mungkin ada Mukhlis yang 'athletic', atau Amelia yang pandai dan mendapat semua 'A' di dalam semua peperiksaan, atau Remy yang belajar Biotech, atau Auni yang peramah dan pandai masak, juga Kak Mary yang terkenal dengan masakan tomyamnya yang serba hangat. Mesti kelakar bukan? Nur 'Atikah Huda dalam hidup saya juga mesti seorang wanita yang sangat sempurna, dan di dimensi itu juga saya rasa mesti saya seorang yang kuat tidur, bercakap banyak tapi langsung tidak buat kerja. Berlawanan dengan dunia ini, saya rasa saya di dunia itu mesti seorang yang sangat kacak.

'Selamat petang Tun, kita akan tiba di Tehran dalam masa 2 jam'. Suara juruterbang saya yang berbunyi seperti dari walkie talkie itu mengejutkan saya.

Ini adalah post saya yang terakhir pada malam ini. Syukur pemimpin OIC memberi sokongan pada saya. Anda akan mengenang malam ini sebagai malam sebelum D-Day. Setibanya saya di Tehran nanti, saya akan bertemu dengan para pemimpin OIC. Dan besok, bermulalah serangan tentera kita di bawah arahan saya. Kita akan menyerang Amerika.



Ini adalah karya sastera semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah mati, ataupun yang mati atau yang sudah hidup.