Selasa, 5 Januari 2010

..negara sarang semut..

..dan kerajaan turunkan subsidi gula, maka harga gula akan naik

Ramai orang marah.

Orang miskin berkata beban mereka bertambah bila gula naik harga.

Tapi, apa itu gula?

Gula adalah karbohydrat. Nasi adalah gula, roti adalah gula, roti canai adalah gula. Tepung itu gula. Kerana struktur kimianya berbeza, nasi tidak rasa manis. Gula adalah ibarat blok Lego. Gula yang kita letak dalam air kopi itu seperti blok-blok Lego yang mampu merangsang 'taste bud' kita, beri rasa manis. Namun blok-blok Lego itu disusun-susun sehingga besar, ianya jadi roti, tepung, roti canai, dan tak mampu rangsang deria di lidah kita. Maka rasanya tawaq hebiaq.

Jadi betulkah kurangkan makan gula, kita kurangkan diabetes?

Tak semudah itu jawapannya

Diabetes ada banyak sebab.

Boleh jadi kurang bersenam, boleh jadi obesiti, boleh jadi genetik, dan sampai sekarang sebab diabetes itu masih lagi menjadi kajian di universiti di sini!

Tapi saya terkesan dengan budaya kita di Malaysia. Terkesan dengan iklan Colonel Rice di KFC berbunyi:

"Kalau kita tak makan nasi, macam mana hendak panjat tangga?

Bunyinya begitu. Memang, dari kecil lagi saya pernah mendengar orang tua-tua berkata;

"Duk makan cikedis ja kheja, nasik tak makan, macam mana nak larat"

"Nampak tak larat ja ni, nasik makan dak lagi?"

"P la makan nasik dulu, nanti nak buat kheja tak larat"

Memang. Guna utama karbohydrat adalah untuk tenaga. Sama seperti kita bakar kayu, bakar arang, bakar minyak, ianya adalah bakar karbon untuk tenaga. Dan karbon dalam nasi itu diikat oleh air supaya dapat larut dalam cecair sel dan akhirnya dibakar dalam sel untuk tenaga. Karbon yang diikat oleh air itulah diberi nama karbon+air, atau karbon+hydrat, atau karbohydrat.

Jika badan sudah tak ada karbohydat, ianya akan bakar lemak, yang memang 'pure' rantai karbon dan hidrogen. Jika dua-dua habis, akan mula bakar protein, yang hanya ada sedikit karbon.

Tapi jika kita selalu makan karbohyrat tanpa membakarnya, karbohydrat itu akan disimpan dalam badan. Tapi badan kita punya tahap tertentu untuk simpan karbohydrat sebagai 'buffer', di mana selepas takat itu dicapai, ianya akan ditukar dan disimpan sebagai lemak. Dan untuk 80% populasi manusia, mereka hanya ada 'small quota' untuk simpanan karbohydrat itu, i.e 80% manusia mudah gemuk kalau makan berlebihan.

Dan sudah tentulah, kalau kita makan lemak (cthnya burger McD), ianya akan terus disimpan sebagai lemak.

Akan tetapi jika kita makan protein, ianya akan disimpan sebagai protein.

Orang zaman dahulu, kalau nak makan kena keluar memburu. Makan pula arnab liar, rusa liar, burung liar, dalam erti kata lain- protein. Maka sifirnya adalah:

lapar+keluar memburu+makan protein = badan sihat

Orang zaman sekarang?

tak lapar+duduk atas sofa+makan nasi+makan lemak= gemuk

Dan gemuk itu salah satu penyebab kencing manis.

Maka adakah kurangkan subsidi gula akan kurangkan diabetes?

Saya tak rasa begitu.

Kita masih lagi makan banyak nasi.

Tapi, saya tak rasa subsidi gula itu perlu. Kerana saya lihat budaya orang Malaysia itu memang suka makan gula. Dan ianya adalah budaya yang tiada apa-apa. Ianya adalah tiada keperluan untuk buat begitu. Tiada kewajipan. Tiada jaminan untuk kesihatan. Ianya hanyalah untuk kepuasan! Dalam erti kata, kalau tiada gula dalam air pun tak menghilangkan kewarasan.

Saya suka cara tentera di dalam hutan. Mereka masukkan gula sedikit sahaja dalam air minuman. Supaya ujar mereka 'hanya manis-manis buah'.

Ya, buah itu tak semanis melecih seperti air di warung, atau semanis kelepiang air tin Coca Cola.

Tapi buah itu tetap manis, dan manis buah itu sungguh lazat.

Jadi saya menyokong pengurangan subsidi gula. Tak guna bazir duit untuk kepuasan hidup semata-mata. Kita belum negara kaya lagi untuk kejar kepuasan hidup.

Tapi, sudah tentulah Najib, jangan songlap duit subsidi tu pula nanti.

Guna duit itu bela lembu. Kita perlukan protein.



Gambar saya cilok dari internet

2 ulasan:

  1. menu mamak akan datang

    jenis teh

    teh o ais (teh kosong)
    teh ais (tambah susu pekat manis)
    teh o aspar ais (tambah aspartame)

    BalasPadam
  2. haha apsartme mahai oo

    lagi satu bleh jadi cmni-

    dulu2:

    Teh panas: 60sen
    Teh ais : 70sen

    la ni:

    Teh tanpa gula: 60sen
    Teh bergula: 70sen

    BalasPadam