Selasa, 12 Mei 2009

..bukannya tak boleh..



..dan saya baru membaca satu artikel di dalam Utusan Online yang sangat menarik hati, sangat mengujakan!

Ianya tentang Sime Darby (salah satu dari GLC) yang telah berjaya menterjemahkan kesemua kod genetik pohon kelapa sawit. Mungkin ia dilakukan dengan kerjasama dengan syarikat luar, atau boleh jadi Sime Darby sendiri yang melakukan penyelidikan (ada info?). Tapi ianya menunjukkan kemampuan dan kesungguhan kita dalam melakukan penyelidikan.

Dan sememangnya negara kita dirahmati dengan hujan dan panas sepanjang tahun, maka usaha membangunkan industri pertanian adalah perkara yang terbaik dapat dimanfaatkan kita.

Diharap selepas ini kajian terhadap genetik padi dapat dilakukan. Manusia semakin ramai, makanan semakin sedikit. Ini dapat mengelakkan kebergantungan terhadap beras siam. Lagipun kalau negara kita dikenakan sekatan ekonomi, rakyat kita masih lagi dapat hidup dengan hasil dalam negeri. Seperti Zaman Jepun dengan polisi 'cukupkan makan dalam negeri'.

Siapa kata kita tak mampu tandingi negara maju? Amerika mengkaji genetik jagung, soya dan tomato, Belanda juga dengan tanamannya, kita juga dengan kelapa sawit.

Siapa kata kita tak mampu tandingi negara maju? Bukannya tak boleh, kita memang boleh!!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

2 ulasan:

  1. Dalam lecture semalam ada dikatakan bahawa makanan yang dihasilkan di Amerika melebihi keperluan rakyat Amerika. Sangat berguna genetic engineering nie. Mari kita teroka. Huhuhu

    P/s: Dlam BTN Birm, ada disuruh ubah genetik babi untuk....... Hahahahaha. Kuang ajo btol

    BalasPadam
  2. nant mungkin ade budak2 felda kene keje kat us,haha

    BalasPadam