Isnin, 25 Mei 2009

..kisah besi yang kuat..

..dan saya baru sahaja lepas membaca entri terbaru Tun Mahathir di blognya.

Saya berasa kecewa. Dalam banyak idea radikal Tun yang saya sokong sperti Proton dan Jambatan Bengkok, ideanya kali ini yang saya paling tidak sokong. Ianya adalah tentang Tun mempersoalkan kewajaran penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.

Memang tidak dinafikan, reaktor nuklear itu punya banyak keburukan. Ya, sisanya sangat merbahaya dan sukar untuk dihapuskan. Tapi kita punya banjaran Titiwangsa, tebuk sahaja lubang dalam ke gunung itu, tuang simen supaya jadi konkrit tebal dan letakkan sisanya ke dalam itu.

Ya, memang kita dapat lihat kesan nuklear pada Hiroshima dan Nagasaki. Tapi itu adalah kesan BOM NUKLEAR, dan bukannya REAKTOR NUKLEAR. Bom nuklear dicipta supaya radiasinya terbebas dengan sebebasnya ke merata-rata, dan supaya tenaga haba dan segala macam impuls terbebas keluar untuk memusnahkan. Reaktor nuklear dicipta supaya tenaga itu dibebaskan sedikit demi sedikit untuk memanaskan air. Seperti api yang dibuat bom dan digunakan untuk membakar rumah atau memusnahkan bagunan orang, ianya beza dengan api yang kita gunakan untuk masak, dan sungguh kadang-kadang jari kita melecur sedikit akibat cuai terkena api.

Ya, kes Chernobyl itu memang kemalangan yang amat memilukan. Tapi hanya berapa kes reaktor nuklear yang pecah seperti itu berbanding dengan banyaknya reaktor nuklear di dunia ini? Adakah kita berhenti menggunakan kereta apabila terdapat banyak kemalangan kereta pada musim perayaan?

Dengan pencemaran akibat asap kenderaan dari bakaran petrol yang terbebas ke pelusuk dunia, dan juga pembinaan empangan hidroeletrik yang memusnahkan alam sekitar, reaktor nuklear sebenarnya hanyalah mengumpul semua kerosakan-kerosakan itu untuk diletakkan ke dalam satu tempat.

Ianya sama seperti jika semua rumah mempunyai jamban sendiri namun setiap najis yang terhasil itu dibentungkan di bawah rumah itu yang akhirnya membuatkan semua kawasan itu busuk, atau juga jika setiap rumah mempunyai tempat pelupusan sampah sendiri yang akhirnya menyebabkan kawasan itu penuh dengan tempat pelupusan sampah, reaktor nuklear adalah seperti semua najis itu disalurkan ke satu tempat oleh Indah Water, atau juga seperti majlis bandaran yang mengutip semua sampah dan dilupuskan ke satu kawasan.

Bapa saya pernah berkata kita sudah mempunyai otak negara yakni graduasi yang cukup untuk membuat reaktor nuklear. Cuma kerajaan yang takut. Takut dengan Amerika, takut tak dapat nak buang sisa nuklear, takut macam-macam lagilah yang ada pada orang yang tak yakin dengan kemampuan diri sendiri.

Sesungguhnya berdasarkan kebaikan yang boleh reaktor nuklear bawa untuk menghasilkan tenaga eletrik berbanding, saya tetap berpendapat reaktor nuklear itu perlulah menjadi salah satu sumber tenaga kita pada masa hadapan. Minyak kita tahu akan habis dalam 30 tahun ini. Apa kita tunggu lagi?


لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Al-Hadid: 25

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

6 ulasan:

  1. It's just his opinion. We can always disagree with him. But nice thought from u hazrul. Keep on blogging

    BalasPadam
  2. jangan tebuk titiwangsa dan simpan sisa nuklear di dalamnya. di dalamnya ada uranium juga. takut-takut terjadi letupat nuklear pula dari situ. haha.

    bagaimana dengan 'air panas' yang dihasilkan oleh reaktor nuklear itu? tak mati ke hidupan marin di sekitar nusa?

    BalasPadam
  3. hmm good point.. tp kan natural nuclear chain reaction slalu gak jadi kt bumi, tp proses tu xcukup utk hasilkn letupan, btui dak?

    kita tuang ja semen bwat compartment bawah titiwangsa tu tebal 10meter, pastu simpan dlm tu..

    air panas tu problem sket.. rasa cm kena biaq bagi sejat sendiri ja kalo bleh hahaha

    btw kt langkawi ada gak kn uranium?

    BalasPadam
  4. dalam bumi memang ada setengah hayat bahan-bahan radioaktif ini. Tapi, taklah seaktif nuclear fusion macam dekat matahari tu. Setengah hayat radioaktif nilah yang mengekalkan haba untuk bumi sejak 4.6 billion tahun lampau. Apa yang digusarkan, takut Malaysia terlebih panas pula sebab simpan benda-benda ini bukan ikut sukatan sedia ada.

    Tapi, kalau akau jadi PM, aku ada satu akan buat satu penyelesaian mudah. Aku tanam saja dekat Singapura, dengan alasan, bayaran harga air. Haha.

    BalasPadam
  5. tak, maksud aku nuclear fission yg seperti reaktor nuklear dan bom atom itu juga berlaku dalam kerak bumi,bukan hanya reputan semulajadi.. cuma ianya tak seganas dalam reaktor..

    sedangkan ujian nuklear bawah tanah yang dilakukan pun tak membebaskan radiasi yang membahayakan manusia, inikan pula hanya sisa yang tak boleh digunakan itu.. kan?

    BalasPadam
  6. ..ko jgn tebuk gua musang sudah la hazrul!!

    BalasPadam