Sabtu, 16 Mei 2009

..demokrasi, dan ianya benar-benar..

..dan saya menerima poskad pagi tadi. Tanpa saya sangka, ianya adalah poskad untuk mengundi Pilihanraya Parlimen Eropah.

Apa yang menariknya saya bukan rakyat Eropah pun, apatah lagi rakyat UK! Tapi saya tetap diberikan hak mengundi untuk menentukan masa depan negara ini.




Stesen undian saya adalah di Refectory University of Leeds. Dan saya berfikir. Jika saya yang masuk universiti umur 20 (sekarang sudah 21) manakala pelajar universiti ini rata-rata masuk pada umur 18, maka mereka sudah dibenarkan menentukan masa depan negara mereka semuda usia 18.

Dan yang menariknya saya yang tiada kena mengena dengan negara ini pun dibenarkan mengundi. Saya juga pernah mendengar bahawa Student Union atau badan mahasiswa di UK ini juga mempunyai hak untuk bersuara dalam kerajaan, dan pandangan mahasiswa diambil berat di parlimen. Dan ahli Student Union ini juga boleh jadi bukan rakyat British, kerana mereka diundi di peringkat universiti.

Tapi di negara kita dahulu pelajar dilarang berpolitik. Cuma sekarang dibuka sedikit belenggu di leher para pemilik otak-otak segar negara ini, apabila AUKU dipinda. Namun pandangan mahasiswa universiti di negara kita jarang diambil kira oleh ahli politik, masih dilabel sebagai tidak matang dan darah muda, dengan sesekali ayat penghabisan 'masih mentah' menjadi pengakhir debat.

Tapi negara ini mengambil kira pandangan anak-anak muda penerus kemandirian bangsa mereka. Mungkin mereka sedar otak mereka sudah usang dengan idea baru, atau perlu akan pandangan seimbang dari generasi muda.

Dan negara kita pula masih dipersoalkan ketelusan demokrasinya. Masih berdebat tentang tangan-tangan gelap yang mengacau kotak undi pilihanraya umum. Itupun baru satu pilihanraya, belum ada pilihanraya yang lain lagi.

Cuba anda bandingkan demokrasi di sini dengan di Malaysia. Menarik bukan?

http://uk.news.yahoo.com/18/20090510/tpl-govt-urges-commonwealth-citizens-to-5b839a9.html

1 ulasan:

  1. aku sokong...

    kita ni hanya demokrasi pada nama..

    tapi sebenarnya kuku besi..

    BalasPadam