Jumaat, 29 Mei 2009

..jangan keraskannya..

..dan saya teringat semasa saya ke Simposium Imam 2009 yang lalu, Doktor Hadi pernah berkata:

"Apabila buat medik dan jadi doktor ni, kena la jaga hati tu sama. Takut jadi keras. Tiap-tiap hari tengok orang sakit, luka, tengok orang mati, tengok mayat. Kenalah lembutkannya tiap-tiap hari"

Hari ini hari terakhir saya di dissection room. Tak seperti hari pertama saya masuk bilik ini, saya sudah tidak merasakan apa-apa apabila melihat mayat-mayat di atas meja itu.

Saya memegang, menguli, merobek, membelek, membelah, dan memicit mayat itu sesuka hati.

Saya membuatnya tanpa langsung ada rasa yang di atas meja itu adalah seseorang yang pernah hidup.

Saya juga ketawa, dan bermain-main dengan organ itu sesuka hati.

Tanpa beringat kepada kematian apabila melihat mayat itu.

Ya Allah aku memohon padamu supaya hati ini tidak menjadi keras dari sifat-sifat kemanusiaan dan daripada mengingatkan kematian.

3 ulasan:

  1. 'Keras'kan mana yang patut...

    'Lembut'kan mana yang patut...

    Jangan 'lembut' kan mana yang patut 'keras'..

    Dan jangan 'Keraskan' mana yang patut 'lembut'...

    haha...

    BalasPadam
  2. oh! bukak liver macam nak bukan durian, bagus!hehe

    BalasPadam