Rabu, 17 Februari 2010

..tanya pada pokok..

..dan kemudian saya terfikir seketika taktala mendengar ayat itu, baru saya faham sekarang makna sebenar lagu nyanyian pemikir bangsa itu; P. Ramlee.

Tanya pada pokok,
Apa sebab goyang?
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang.

Seperi kata pepatah, 'Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?'

Tapi bagaimana pula kalau pokok itu tidak wujud?

Hmm..

Lalu lagu itu juga di sambung,

Tanya sama hati,
Apa asal sayang,
Adakah tandanya,
Nampak dipandang?

Adakah kita sayang seseorang itu apabila dia berada di depan kita sahaja? Atau adakah kerana kita selalu nampak sesorang itu, maka akan timbul rasa sayang?

Tak mungkin, kerana kemudian ianya disambung,

Tanya sama hati,
Pernahkah merindu,
Ingat masa lena,
Apa mimpimu?

Masa berjauhan,
Apa nan dikenang,
Bila difahamkan,
Itulah sayang..

Rindu itu, pabila tiada di pandangan, adalah definisi sayang.



Tanya sama hati



Lagu ini pernah disiarkan dalam blog ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan