Jika anda merasakan bahawasanya orang utara itu bercakap satu loghat sahaja, anda betul, tapi sedikit kurang tepat. Kerana loghat Kedah itu juga terdapat dialeknya. Bagi mengurangkan bias, saya akan mula menggunakan Loghat Utara menggantikan Loghat Kedah (walaupun pada dasarnya Perlis dan Pulau Pinang itu sebahagian dari Kedah)
Pada pengamatan saya, Loghat Utara itu terbahagi kepada beberapa bahagian.
1.Perlis
3.Kedah Barat
4.Kedah Timur
5.Pulau Pinang
6.Taiping
Beza di antara dialek-dialek di atas adalah antaranya pada susunan kata, tatabahasa, kosa kata, dan cara sebutan. Tetapi beza yang paling jelas adalah pada kosa kata dan cara sebutan perkataan.
Dialek Perlis dibahagikan pula kepada beberapa bahagian. Antara yang saya dapat kenal pasti adalah
1.Utara (Padang Besar)
2.Tengah(Kangar dan sekutu dengannya)
3.Barat (Kuala Perlis)
4.Kampung Abi
Dialek Perlis di sini adalah dialek yang asli. Yang saya kira tak ramai juga orang Perlis sekarang bertutur. Hanya dari sebutan orang-orang tua saya dapat kenali dialek ini. Antara beza yang jelas adalah cara sebutan perkataan yang punya 'u' di hujung menjadi 'ui' bagi sesetengah perkataan. Contohnya:
pulut--> puluit
kasut-->kasuit
Dan juga cara sebutannya perkataan lain sedikit berbeza.
Seterusnya adalah Dialek Kedah Barat. Ianya adalah Dialek Kedah yang saya rasa paling luas dipertuturkan. Terbahagi kepada kira-kira 5 bahagian:
1. Utara (Kodiang, Jitra, Alor Setar, sebahagian daerah Kubang Pasu)
2. Barat (Kuala Kedah dan sekutu dengannya)
3. Langkawi
4. Tengah (Sungai Petani dan sekutu dengannya)
5. Selatan (Kulim, Bandar Bharu)
Dan pertuturan yang saya gunakan adalah yang diguna oleh orang Jitra/Alor Setar.
Sila fahami bahawasanya Kodiang dan sebahagian daerah Kubang Pasu diletak di sini kerana di kawasan kampung, dialek masing-masing berbeza tetapi saya boleh fahami. Contohnya saya boleh faham apa yang dicakap orang Kodiang dan sebahagian Daerah Kubang Pasu walaupun cara sebutan mereka sedikit berbeza.
Apa sahaja Loghat Kedah yang anda dengar saya pertuturkan, ini adalah dialek Kedah Barat bahagian Jitra/Alor Setar.
Sekarang sebelum kita bincang tentang Dialek Kedah Timur, mari kita lihat Dialek Penang dan Taiping.
Penang pada asasnya terbahagi kepada bahagian pulau dan seberang. Di mana dalam kedua-dua ini terdapat pengaruh anak mami dalam dialekn. Inilah yang membezaka Dialek Penang dengan dialek lain. Dan di bahagian pulau itu sendiri terbahagi kepada beberapa bahagian, dan di seberang itu juga terbahagi kepada kira-kira 2 bahagian utara dan selatan. Saya kurang arif tentang Dialek Penang ini, kerana kurangnya orang tua Melayu yang saya jumpa di situ. Tapi saya sedar cara pertuturan orang-orang umur pertengahan di sana yang agak lain bunyinya.
Seterusnya adalah Taiping. Ianya adalah kawasan dalam negeri Perak yang menuturkan Loghat Utara. Ianya ada berbunyi tersendiri, tapi pada asasnya mengekalkan sistem asli Loghat Utara pada tatabahasa dan sebutan huruf.
Sampai kita pada ketika ini adalah untuk membincangkan tentang Dialek Kedah Timur.
Pada asalnya semasa ingin mengklasifikasikan dialek-dialek dalam loghat utara ini, saya hanya ingin membahagikan kepada dua bahagian iaitu Dialek Barat (semua dialek kecuali dialek timur) dan Dialek Timur.
Ini kerana, dalam semua 6 dialek utara di atas, saya hanya memahami 5 dialek, dan kurang memahami dialek Kedah Timur ini.
Dialek Kedah Timur ini merangkumi bahagian
1.Sebahagian lagi Kubang Pasu,
2.Kuala Nerang dan sewaktu dengannya,
3.Naka dan sewaktu dengannya,
4.Baling,Sik.
Ini kerana dialek di kawasan ini, sesuai dengan kawasannya di sempadan, bercampur di antara Loghat Utara, Bahasa Siam dan Loghat Kelantan.
Jika anda merasakan 'tubit' (terbit, keluar), 'bente' (papan tanda jalan) itu hanya digunakan dalam Loghat Kelantan, anda salah. Ini kerana semasa saya bercakap dengan orang-orang di kawasan Naka, itulah antara perkataan 'asing' yang saya faham kerana mengetahui ianya adalah dari Loghat Kelantan.
Dialek Kedah Timur ini pada asasnya agak sukar difahami oleh orang luar. Seperti bahasa lain. Ini kerana saya juga kadang-kadang tidak faham. Hanya beberapa sistem asas Loghat Utara yang difahami dan sesetengah perkataan. Tetapi tidak semua.
Sistem asas Loghat Utara antaranya adalah:
Cara Sebutan.
1. huruf 'r' di awal dan tengah disebut seperti huruf 'ghein' dalam huruf arab
2. huruf 'r' di hujung disebut dengan huruf 'q'
3. huruf 'i' disebut dengan bunyi 'i', tak seperti Loghat Selatan yang seperti bunyi 'ei' (sila sebut 'kucing', anda akan dapati perbezaannya
4. 'ul' dihujung menjadi 'oi'
5. 'as' dihujung menjadi 'aih'
6. Kurang imbuhan kata.
7.'al' di hujung jadi 'ai'
Kosa kata asa
1. 'yang' diganti dengan 'hat' (dalam Kelantan sebagai 'hok')
2. tiada penghubung kata cthnya:
pergi ke jitra --> pi jitra
(walau bagaimanupun di sini, saya rasakan 'ke' itu tidak atau sangat jarang diguna)
3. 'di' bagi menunjukkan lokasi diganti dengan 'kat'
Contoh Loghat Utara:
Kamu pergi ke mana?
Hang pi mana?
Saya pergi ke Jitra menaiki bas yang berwarna biru tu.
Aku pi Jitra naik baih hat wana bighu tu.
Bas MARA yang baru itukah?
Baih MARA hat baghu tu ka?
Ya lah. Yang mana lagi? Penuh orang, lemas saya berada di dalam itu.
Ya la, hat mana lagi? Penuh oghang, lemaih aku duk kat dalam tu. (boleh juga buang 'kat')
Bas itu pergi terus ke Jitra pukul berapa?
Baih tu p Jitra teghuih pukoi bghapa? (perhatikan pembalikan kata)
Pukul tujuh. Bas itu tiada hari Isnin. Semalam bas itu kemalangan. Kelmarin ada.
Pukoi tujuh. Baih tu tak dak haghi Senayan. Kemaghin baih tu eksiden. Kemaghin dulu ada.
Oh, kamu naik bas itu di mana?
Oh, hang naik baih tu kat mana?
Kamu jalan hingga ke hujung jalan, di situlah.
Hang jalan sampai kesud, kat situla/ Hang jalan sampai kepala bataih, kat situ la.
Bas itu datang dari mana?
Baih tu mai mana?
Datang dari Alor Setar.
Mai Loq Staq.
(Atau juga 'mai daghi Loq Staq')
Kenapa bas itu lambat sangat?
Awat baih tu lambat nak mampuih?
Lalu di kawasan bandar dahulu, sebab itu lambat.
Lalu belah pekan dulu, sebab tu lambat.
Jikalau begitu, bas berwarna oren/ Jingga itu dari mana?
Habih tu, baih jeghemia tu mai mana?
Yang itu bas Kuala Kedah.
Hat tu baih Kola. (bergantung kepada negeri, Kola di Kedah merujuk pada Kuala Kedah, di Perlis Kuala Perlis)
Berapakah tambang pergi ke Jitra?
Bghapa tampang pi Jitra?
Seringgit lima puluh lima sen.
Sghinggit lima kupang lima det.
Oh mahalnya. Tiada yang murah lagi kah?
Oh mahainya. Tak dak hat mughah lagi ka?
Tiada. Yang itu sajalah ada. Saya pergi dulu, nanti petang kita borak lagi.
Tak dak. Hat tu ja la ada. Aku pi dulu. Petang satni sembang len.
Ok. Nanti hampir sampai rumah beritahulah.
Ok. Satni nak sampai ghumah habaq la.
(Mengangkat tangan dan terus pergi.)
(Bersalaman sambil tunduk, penuh dengan adab kesopanan.)
( 'loghat' dalam Loghat Utara juga membawa makna 'melampau-lampau, mengada-ngada, melebih-lebih, dan sewaktu dengannya)
demo loghat taiping sket.hehehe.
BalasPadamak pn konfius kdg2.
x pekat sgt mcm kedah
Padamnice way to promote loghat...
BalasPadamtp bg ak loghat utara berbunyi terbaek ketika memaki hamun... 2nd melaka...
aku rasa 'r' sbnrnya dibunyikan dgn huruf 'ghein' arab dan bukannay 'qhauf"
BalasPadamapa pendapat hg?
ya aku pon oghang kedah gak..pokok sena..
BalasPadamdialek kami cmpoq2 ada ptani/ada siam/ada logat ulu...haha
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamkasut pon jadik puluit ka? :P
BalasPadammus: dia ada bunyi lain sikit, kna tajam skit telinga nak dengaq =P
BalasPadamMad: terima kasih kerana info yang sangat berguna tu, penah dengaq gak org kata pasai loghat ulu, xigt plak masa ni
Mukhlis n Munz: aku dah tukaq, thanks
Waktu diploma dulu aku belajaq Human Communication. Dialek jadi tajuk untuk report aku. Sebenarnya ada kamus dialek utara. Tapi agak rare. Kat SMSTSP nya library ada kamus tu.
BalasPadamKalau ikutkan, bunyi dialek perlis, penambahan 'i' bukan saja selepas 'u',tapi sebelum 'a' pun boleh jadi.
contoh : hang - disebut hiang.
Lengguk dan irama dia pekat macam orang-orang abi duk bercakap tu.
Dan, banyak perkataan-perkataan lama yang sudah pupus dan tidak diguna pakai oleh pentutur moden.
COntoh : Koliaq = maksud nya conteng.
Kamu jalan hingga ke hujung jalan, di situlah.
BalasPadamHang jalan sampai kesud, kat situla/ Hang jalan sampai kepala bataih, KAT situ la
Sya ni orang penang. dan saya nak komen hat 'Kat situ la'... kalau orang penang... depa nanti guna Tang tu la.....
maaf cakap kedah,penang tk sama ngan cakap langkawi...langakwi cakap tk pekat..
Padamdepa cakap lain ckit..wei depa nk mai bila ni...org dok tungu lama dah buh penampaq sedass hehe..tu contoh perkataan langkawi sya org langkawi...tapi tk pekat mcm kedah semenanjung..
Padamsama tapi saya belah sungai petani ,kami guna tang jugak.
PadamSebagai seorang penutur asli dialek utara, saya mampu membezakan penutur dialek utara dari Penang, Kedah tengah, Ulu Kedah, dan Perlis. Yang paling senang nak beza ialah dari Perlis sebab loghat depa ada lenggok dan intonasi (irama) yang sedap didengar. Kawasan dialek utara ini luas dari Pulau Pangkor, di selatan sehinggalah di wilayah Satun, Thailand yang satu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada kawasan jajahan negeri Kedah asal. Dialek utara juga masih dituturkan oleh keturunan Melayu di wilayah Nakorn Sitammarat, Thailand dan di kawasan paling selatan wilayah Tennaserim (Tanah Seri), Myanmar (Burma). Selain itu, dialek utara juga turut dituturkan oleh penduduk Pulau Jaring Halus, Secanggang, Daerah Langkat, Sumatera Utara, Indonesia, yang merupakan keturunan orang Melayu Kedah yang belayar ke sana pada abad ke 19. Saya berasa bangga bertutur dalam dialek utara yang merupakan dialek ibunda saya!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamLoghat juga bermaksud nazak. Contoh: Jom kita pi tengok Tok Wan, dok tengah loghat tu. Takut tak dan jumpa.
BalasPadammaaf sya nk tnya loghat langkawi mana sama ngan kedah semenanjung cuma lain tk bnyk ja perkataanya tu ,Sya org lngkawi tulisan loghat kedah langkawi standart ja cuma cakap kasaq ckit la org lngkawi tu
BalasPadamcontoh....hg mai mana lak dah buh penampaq sebiji sedas ja haha,,ni langakwi ckit lain,kedah lg pekat .
PadamKedah lg pekat....hang mai mane lok dah boh penampaq sedaihhh ja haha...
BalasPadam