Isnin, 22 Februari 2010

..kasanoba..

..dan juga mereka kata lelaki itu bodoh dan tidak mengerti apa-apa melainkan diri mereka sahaja. Kemudian seterusnya wanita-wanita juga kerap membuat tohmahan bahawasanya lelaki ini tidak memahami hati wanita. Oh tidak! Pendek sangkaan mereka, dangkal otak mereka, cetek jiwa mereka-mereka yang berkata begitu. Kalaulah lelaki tak memahami hati dan perasaan wanita, bagaimana boleh lelaki dapat menawan hati kaum Hawa?

Oh, lupa pula. Saya Pitt.

Dan saya seorang kasanoba. Tidak, bukan 'typo', saya betul-betul kasanoba. Kenapa dieja sedemikian rupa? Kerana saya sangat cekap bermain dengan hati wanita. Seorang kasanova adalah lelaki yang menghamburkan wang dan ruang kepada wanita bagi mempermainkan hati mereka. Saya kasanoba. Saya hanya hamburkan kata-kata. Dan hati, wang serta ruang gadis jelita milik saya.

Saya Pitt.

Malam tadi ada minah A marah-marahkan saya kerana kawan-kawannya nampak saya bersama seorang wanita lain, minah B. Dia kata saya tipu, curang, tidak telus dan dia berang.

Saya Pitt, pantang hidup saya wanita marahkan saya.

Saya marahkannya kembali. Saya bertanya pada dia siapa yang dia percayakan sekarang, saya atau kawan-kawannya. Dia gugup sebentar. Lalu saya bertanya lagi samaada dia sayangkan saya atau tidak. Dia menjawab perlahan "sayang". Sekelip mata dia berkata dia percayakan saya, dan kini giliran saya pula marahkannya kerana menyoalkan cinta saya.

Dunia ibarat roda.

Jika saya berada di bawah, cepat-cepat saya putarkannya semula.

Tidak beri peluang kepada sesiapa pun. Dunia ini kejam, dan sayalah yang membuatnya sedemikian rupa bagi sesetengah wanita.

Saya Pitt.

Minah C hantar SMS pada saya.

"Hi, awak tengah buat apa tu? Rindulah dekat bucuk ni"

Pendek. Dan juga membuat saya menyampah. Apa dia fikir jika saya sedang membuat sesuatu saya akan balas mesejnya? Maaf, saya sedang makan dengan Minah D. Saya baca mesej dengan muka sahaja dan terus delete. Minah D tanya dengan penuh curiga dan syak wasangka, "Siapa itu B?". Saya menjawab sambil memandang terus ke matanya bersama mulut bingkas senyum, "Kawan, ajak main futsal". Saya tahu, ayat saya tidak masuk langsung ke telinganya melainkan hatinya yang telah dipaku oleh jelingan tajam saya.

Oh, perempuan.

Saya Pitt. Pitt Rzeez.

Prinsip saya?

Lelaki memberikan cinta bagi mendapat 'body'. Perempuan memberikan body bagi mendapat cinta.

Tak percaya? Terpulang kepada anda.

Jika dunia ini begitu indah dan mampu diterangkan dengan lunas kata masuk akal, serta tiada kepahitan kenyataan, sudah tentu tiada masalah di IPT dan institut pengajian. Jika dunia begitu mudah difikir dengan logik jiwa, tiada cerita buang anak merata-rata. Jika dunia difikir dengan jiwa wanita, saya fikir sebulan sekali mesti perang dunia. Hahaha.

Oh tidak, saya tidak sekejam begitu.

Saya Pitt, Pitt Rzeez. Saya seorang kasanoba.

Kawan-kawan saya bengang dengan saya.

Kenapa?

Mereka marahkan saya kerana saya tidak mahu mengajar mereka teknik meragut hati wanita. Bukannya saya tak mahu, tetapi saya rasa teknik itu adalah fitrah saya, atau untuk lelaki fitri saya. Ianya adalah genetik saya. Ada dalam kromosom saya. Kromosom Y saya yang panjang sedikit dari lelaki-lelaki lain, bagi menampung informasi tambahan tentang jiwa wanita. Saya ramalkan jika di dunia ini ada kos 'wanitalogi', saya akan menjadi professor fakulti itu dalam masa 5 tahun selepas mendaftarkan diri sebagai pelajar ijazah.

Hazrul paling marahkan saya. Kerana Hazrul tidak pandai berkata-kata dengan wanita. Cis, kasanoma itu sebenarnya tak pandai berkata-kata dengan sesiapa pun.

Saya Pitt. Jiwa wanita dalam genggaman saya.

Petang ini saya akan lepak dengan Kirin, lelaki berlubang hidung besar. Dia masih lagi belum punya teman wanita, apatah lagi memegang tangan dan meraba wanita. Seorang 'looser' jika dirujuk dalam kamus hidup saya untuk makna lelaki sedemikian rupa. Saya merasakan lubang hidungnya besar sangat. Terlampau besar hinggakan jika ada mana-mana hati wanita tersangkut dengan rupanya, akan tembus semula dek besarnya lubang hidung, seperti pengayak halus guna untuk mengayak tepung.

Bulat hilang entah kemana. Keluar dengan awek agaknya. Cis, sebelum ber'couple' senang saja hendak diajak kemana-mana, sekarang macam menunggu musang jadi buaya. Bulat setia pada seorang wanita. Seorang 'bodoh' dalam kamus hidup saya.

Huzai juga ada. Masa yang baik untuk makan Pizza. Lelaki lambat sepertinya dengan rambut seperti tempurung belum cukup mantap untuk mengaut hati mana-mana gadis.

Tak mengapa, seorang kasanoba tak perlu kacak.

Hanya perlu pandai bermain kata-kata. Juga janji setia.

Saya Pitt. Pitt Reez. Saya seorang kasanoba.

Jika anda seorang wanita dan sedang membaca sihir ini, hati anda sudahpun jadi milik saya.




Rupa buruk tidak bermakna anda tidak boleh mempermainkan hati wanita(Gambar hiasan).

(Diterbit atas permintaan khas saudara Kirin)

4 ulasan:

  1. Dasat ang ni~
    hahahaha~
    gelak guling2 ak baca post ni..
    =p

    BalasPadam
  2. astaga..xelok fitnah org cmtu..kalo org tu doa kat hg cmna...ni dah kira fitnah ni...

    BalasPadam
  3. aku suka entry hg yg ni...
    tp fact pasal aku SALAH...
    DAMN..hehe
    harap2 pit baca dengan penuh bangga...

    BalasPadam
  4. pitt reez ini memang dasar jantan

    BalasPadam