Isnin, 8 Februari 2010

..kisah orang berak..

..dan tanam pokok pon ambil masa nak tumbuh. Apa kau ingat semua benda dalam dunia ni macam pokok taugeh? Tanam hari ni pagi besok boleh makan? Itupun ambil masa satu malam. Itupun yang kita tanam pokok kacang hijau, bukannya taugeh.

Sabar.

Semua benda ambil masa.

Saya ada satu prinsip hidup.

Orang yang dekat dengan saya saja tahu ini benda. Tambah-tambah keluarga saya memang dah hafal kata-kata keramat ni.

Berbunyi:

"nak berak pun kena teran"

Definisi:
1. Setiap benda ambil masa untuk dilakukan
2. Setiap benda punya kepayahan untuk dilakukan, jadi tak ada kerja yang lagi mudah, semua sama susah
3. Hinggakan benda paling asas dalam hidup kita pun (i.e berak, kalau tak buat, mati) perlukan masa, tenaga, kepayahan untuk dibuat, apa kita harap kerja-kerja lain yang tak asas senang nak buat?

Maka sebab prinsip ini, saya tak kisah kerja itu susah atau berat, sebab semua kerja sama saja.

Dan prinsip ini juga melatih kesabaran saya.

Tapi sebab prinsip ini, saya selalu duduk lepak dan membuat kerja dengan lambat.

Contohnya Critical Apraisal.

Saya duk teran lama sangat ni, tapi Critical Appraisal tak siap-siap lagi.

Saya rasa Critical Appraisal ni macam tahi keras.

Lagi biar lama tak terkeluar, lagi banyak air diserap, lagi kurang lawas.

Kesimpulan?

Ada kerja jangan tangguh-tangguh.

Mana semangat tak datang lagi ni!

Aduh!

1 ulasan: