Sabtu, 30 Mei 2009
..kisah botol roket 4..
Elektrod karbon, atau juga dipanggil graphit itu sangat mudah untuk dibawa keluar, apatah lagi wayar kerana ianya kecil sahaja. Tiada orang syak apa-apa, buat-buat tak tahu sudah.
..di bilik..
Saya susun bateri-bateri yang berpuluh-puluh itu menjadi litar siri dan selari (kira-kira 40 bateri terpakai dari walkman saya). Saya susun supaya menjadi kira-kira 12 volt, dengan ada bateri yang disusun selari supaya lebih banyak tenaga dihasilkan (saya letakkan kulit bateri yang dilipat dua supaya bateri itu seperti saling bersentuhan antara -ve dan -ve, dan +ve dan +ve) dan antara bateri atas dan bawah melalui litar siri. Saya gabung menjadi kira-kira 12 volt.
Bikar eksperimen yang masih ada etanol, asid nitrik dan toluene dari minggu lepas itu saya tuang dalam bekas plastik maggi yang sudah tidak dipakai. Kerana bikar itu akan diguna untuk proses elektrolisis.
Saya tuang asid nitrik dalam bikar, sambung wayar dan bateri, dan lihat apa yang terjadi.
Perlahan-lahan saya dapat lihat buaih-buih di elektrod graphite itu. Iniliah dia kali pertama eksperimen elektrolisis saya lakukan di luar makmal, rasa bermakna hidup ini bahawa saya pernah belajar membuat eksperimen itu apabila dapat mengaplikasikannya sendiri.
Saya tinggal dalam loker. Dan saya pergi makan malam, prep malam, sekali sekala saya tengok bikar itu, saya tidur waktu malam, pergi kelas besok pagi, dan pulang pada waktu petang. Saya buka loker, dan terkejut..
Cecair dalam bikar itu sudah tidak lagi jernih. Ianya berwarna perang, atau koko. Saya angkat elektrod karbon itu. Saya lihat elektrod itu terhakis, ya terhakis! Siapa kata elektrod karbon itu lengai, asid nitrik itu telah menghakisnya. Dan cecair dalam bikar itu menjadi perang saya rasa akibat sisa elektrod yang terhakis itu.
Wah ini satu penemuan yang menakjubkan. Asid nitrik itu menghakis elekktrod karbon yang kita belajar dalam eksperimen sebagai 'lengai'!
Jadi bagaimana mahu melakukan eksperimen ini? Bikar berisi asid nitrik, tabung didih tak boleh digunakan, takut jika meletup akan pecah dan kaca berselerakan. Saya pandang bekas maggi itu. Alkohol dan asid nitrik yang saya tuang semalam sudah tersejat. Sangat bahaya. Yang tinggal hanya cecair toluene, tetapi kali ini saya lihat lebih likat. Hmm kenapa ya? Saya lihat juga plastik bekas maggi itu sudah menipis, bagai dilarutkan toluene. Entahlah.
Jadi bagaimana mahu mencampurkan bahan-bahan itu?
Saya terpandang botol minuman, saya tak pasti ianya botol coke atau f&n orange, tapi saya tahu ianya minuman oren. Mungkin inilah jawapannya. Botol plastik lagi mantap. Boleh digoncang dengan kuat, tak seperti bikar atau bekas yang hanya boleh dikacau.
Saya masukkan asid nitrik yang 'pekat', alkohol dan toluene dalam botol itu.
..bersambung..
Jumaat, 29 Mei 2009
..jangan keraskannya..
"Apabila buat medik dan jadi doktor ni, kena la jaga hati tu sama. Takut jadi keras. Tiap-tiap hari tengok orang sakit, luka, tengok orang mati, tengok mayat. Kenalah lembutkannya tiap-tiap hari"
Hari ini hari terakhir saya di dissection room. Tak seperti hari pertama saya masuk bilik ini, saya sudah tidak merasakan apa-apa apabila melihat mayat-mayat di atas meja itu.
Saya memegang, menguli, merobek, membelek, membelah, dan memicit mayat itu sesuka hati.
Saya membuatnya tanpa langsung ada rasa yang di atas meja itu adalah seseorang yang pernah hidup.
Saya juga ketawa, dan bermain-main dengan organ itu sesuka hati.
Tanpa beringat kepada kematian apabila melihat mayat itu.
Ya Allah aku memohon padamu supaya hati ini tidak menjadi keras dari sifat-sifat kemanusiaan dan daripada mengingatkan kematian.
Isnin, 25 Mei 2009
..kisah besi yang kuat..
Saya berasa kecewa. Dalam banyak idea radikal Tun yang saya sokong sperti Proton dan Jambatan Bengkok, ideanya kali ini yang saya paling tidak sokong. Ianya adalah tentang Tun mempersoalkan kewajaran penggunaan tenaga nuklear di Malaysia.
Memang tidak dinafikan, reaktor nuklear itu punya banyak keburukan. Ya, sisanya sangat merbahaya dan sukar untuk dihapuskan. Tapi kita punya banjaran Titiwangsa, tebuk sahaja lubang dalam ke gunung itu, tuang simen supaya jadi konkrit tebal dan letakkan sisanya ke dalam itu.
Ya, memang kita dapat lihat kesan nuklear pada Hiroshima dan Nagasaki. Tapi itu adalah kesan BOM NUKLEAR, dan bukannya REAKTOR NUKLEAR. Bom nuklear dicipta supaya radiasinya terbebas dengan sebebasnya ke merata-rata, dan supaya tenaga haba dan segala macam impuls terbebas keluar untuk memusnahkan. Reaktor nuklear dicipta supaya tenaga itu dibebaskan sedikit demi sedikit untuk memanaskan air. Seperti api yang dibuat bom dan digunakan untuk membakar rumah atau memusnahkan bagunan orang, ianya beza dengan api yang kita gunakan untuk masak, dan sungguh kadang-kadang jari kita melecur sedikit akibat cuai terkena api.
Ya, kes Chernobyl itu memang kemalangan yang amat memilukan. Tapi hanya berapa kes reaktor nuklear yang pecah seperti itu berbanding dengan banyaknya reaktor nuklear di dunia ini? Adakah kita berhenti menggunakan kereta apabila terdapat banyak kemalangan kereta pada musim perayaan?
Dengan pencemaran akibat asap kenderaan dari bakaran petrol yang terbebas ke pelusuk dunia, dan juga pembinaan empangan hidroeletrik yang memusnahkan alam sekitar, reaktor nuklear sebenarnya hanyalah mengumpul semua kerosakan-kerosakan itu untuk diletakkan ke dalam satu tempat.
Ianya sama seperti jika semua rumah mempunyai jamban sendiri namun setiap najis yang terhasil itu dibentungkan di bawah rumah itu yang akhirnya membuatkan semua kawasan itu busuk, atau juga jika setiap rumah mempunyai tempat pelupusan sampah sendiri yang akhirnya menyebabkan kawasan itu penuh dengan tempat pelupusan sampah, reaktor nuklear adalah seperti semua najis itu disalurkan ke satu tempat oleh Indah Water, atau juga seperti majlis bandaran yang mengutip semua sampah dan dilupuskan ke satu kawasan.
Bapa saya pernah berkata kita sudah mempunyai otak negara yakni graduasi yang cukup untuk membuat reaktor nuklear. Cuma kerajaan yang takut. Takut dengan Amerika, takut tak dapat nak buang sisa nuklear, takut macam-macam lagilah yang ada pada orang yang tak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Sesungguhnya berdasarkan kebaikan yang boleh reaktor nuklear bawa untuk menghasilkan tenaga eletrik berbanding, saya tetap berpendapat reaktor nuklear itu perlulah menjadi salah satu sumber tenaga kita pada masa hadapan. Minyak kita tahu akan habis dalam 30 tahun ini. Apa kita tunggu lagi?
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. Dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Sabtu, 23 Mei 2009
..kisah botol roket 3..
Kali ini seperti sebelumnya, tabung didih dan pemalam getah diculik terlebih dahulu. Lebih mudah rasanya, kerana tak mungkin Cikgu Yaman syak apa-apa.
Uj mengambil buku dan diselak-selak, cuba-cuba mencari sesuatu. Dia ambil buku dan bawa ke meja cikgu, dan menanyakan sesuatu. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu. Ianya hanyalah helah untuk 'distract' cikgu dari saya. Saya menggapai botol etanol, tuang dalam tabung didih. Thariq dan Izwan hanya geleng-geleng kepala melihat. "Gila" mungkin didalam hati mereka berkata.
Sekali lagi, kotak pensel Uj yang besar itu, warna kelabu dengan slogan 'Be Ready'menjadi ibu tumpang untuk tabung didih. Mungkin kerana sudah pro untuk kali kedua, tiada masalah melepasi pintu makmal sesudah tamat sesi makmal.
Pulang ke B208, petang itu juga dimulakan. Tapi mestilah selepas bermain Royal, selepas menyakat Redza atau sembang-sembang kosong dengan Mat Rod atau Banat, atau juga pau discman sony Bad.
Bekas minggu lepas yang masih berisi asid nitrik dan toluene dikeluarkan. Dicampur etanol, dan dikacau. Saya dan Uj melihat.
Kami mengacau lagi.
Dan melihat.
Kacau.
Lihat.
Kacau.
Lihat.
Kecewa.
Tiada cecair 'creamy' terbentuk.
Maka eksperimen ini juga gagal? Kami belum putus asa. Masing-masing memerah kepala yang sudah tepu rasanya. Cuba mengimbas kelas Cikgu Yaman, dan buku-buku kimia, mana tahu ada lagi benda belum lengkap.
..setelah beberapa ketika..
Masih tiada apa-apa yang terjadi. Keadaan masih diam. Masing-masing masih menunggu. Angin petang meniup-niup dan menghempas loker, dan bunyinya bagai mentertwakan kami yang gagal ini. Adakah ianya sudah gagal?
Ya. Kali ini juga.
Saya mencari apa lagi yang belum cukup. Nak kata tak baca bismilah, sudah.
Dan saya cuba meneliti kembali bahan-bahan yang kami ambil itu. Toluene adalah 100% toluene, tak mungkin ianya ada bendasing. Alkohol juga saya ambil yang tulen (selalunya dalam makmal yang tulen adalah 98% alkohol). Dan jari sekarang dituding ke arah asid nitrik.
Ya. Asid nitrik itu. 13M kami rasakan sudah pekat. Tapi entah di mana saya dengar, dalam kategori industri 13M itu adalah cair. Maka air dalamnya juga melarutkan alkohol. Nah, itulah jawapannya!
Maka asid nitrik itu perlu dipekatkan. Tapi bagaimana ya asid nitrik itu boleh dipekatkan? Saya hanya belajar cara melarutkannya, tapi tidak sebaliknya!
Maka satu proses membuang air perlu dilakukan. Ianya tak boleh didihkan, kerana asid nitrik mudah meruap (sebab kenapa botolnya diletak dalam kebuk wasap). Jika didihkan, perlu dalam ruang tertutup seperti radas penyulingan supaya asid nitrik yang meruap itu terkondensasi semula dan dikutip.
Maka apa lagi yang boleh digunakan untuk membuang air dari larutan? Peyejatan? Tak boleh. HNO3 itu juga akan meruap.
Dan dalam angin petang yang menderu itu tiba-tiba saya teringat akan satu proses. Iaitu fakta asas kimia SPM: elektrolisis asid adalah proses elektrolisis air yang memisahkan Hidrogen dan Oksigen dari air.
Jika saya elektrolisis asid nitrik ini, air semua akan keluar menjadi hidrogen dan oksigen, dan asid ini akan pekat!
Ya itulah jawapannya! Tahniah Hazrul dan Huzaifah. Saya pandang keliling. Nampak berpuluh-puluh biji bateri yang saya guna untuk walkman saya. Saya kira jika disambung jadi litar siri akan hasilkan voltan yang tinggi. Tapi masih ada yang belum cukup; elektrod dan wayar.
Oleh kerana ianya asid, maka elektrod karbon perlu digunakan kerana ianya tidak reaktif.
Maka barang yang perlu 'dipinjam' seterusnya adalah wayar dan elektrod karbon.
..bersambung..
Jumaat, 22 Mei 2009
..wake up doctor!..
..toot toot..
Nurse: Hello this is nurse, are u all right there?
Patient: Yes, but i need a little help here
Nurse: Yes what is it?
Patient: Can you come here and wake this doctor up? He's sleeping on my bed
And that reminds me of my homecountry, where the junior doctors still have to work like that for long hours without asleep. But still people likes to say doctor never do their job, especially M Saravanan. Sigh
Hope in 30 years time we don't have to treat our junior doctors like that. Hope there will be enough doctors in Malaysia.
Khamis, 21 Mei 2009
..karan..
Agak mengejutkan. Sebuah negara yang pada musim sejuknya hanya kira-kira 8 jam siang, dan diawal musim panasnya masih lagi bersuhu 10 darjah celcius pada waktu malam, serta matahari masih lagi mengintai malu di balik awan siang pada waktu awal musim panas, negara ini masih lagi mampu memanfaatkan tenaga solar.
Jika dibandingkan dengan Malaysia, siang 12 jam, suhu siangnya menggigit kulit sehinggakan 10 minit anda berdiri pada waktu tengah hari sudah cukup untuk 1 tahun 'tanning', serta sejam berdiri pula mampu menukarkan anda dari Caucasian ke African, tapi kita kurang pula menggunakan tenaga solar. Jika ada pun sedikit sahaja, itupun jenuh dipolitikkan untuk kroni-kroni memasang lampu jalan.
Usah beria-ia menuang dana ke dalam empangan Bakun, ataupun memberi penjelasan pada rakyat supaya jangan takut akan reaktor nuklear. Empangan merosakkan alam, empangan juga bergantung pada hujan, jika kemarau habislah. Nuklear pula 'takut' ditaram US, juga bahaya pada manusia.
Matahari sudah berada lama di situ. Sudah lama menyinari pokok-pokok. Pokok membesar dengan fotosintesis, dan kita pula makan tumbuhan, atau kita makan haiwan yang makan tumbuhan. Dan kita membesar dan beranak pinak pula dengan memakan tumbuhan dan haiwan itu.
Saya tidak kata salah untuk bina empangan dan reaktor, ianya bagus, banyak bagusnya. Tapi apa kata kita cuba terokai apa yang dekat dengan kita, yang percuma dan bertahan hampir selama-lamanya. Ianya adalah alternatif, lagi banyak sumber lagi bagus. Selain dari empangan hidro, ada sumber solar sebagai 'back up'.
Oleh kerana matahari menjadi sumber tenaga untuk tumbuhan, kemudiannya haiwan, dan manusia sekalian, saya rasa kita juga boleh menggunakan matahari sebagai sumber 'karan'.
p/s: 'karan' adalah istilah bahasa utara untuk elektrik yang berasal dari 'current'
Sabtu, 16 Mei 2009
..demokrasi, dan ianya benar-benar..
Apa yang menariknya saya bukan rakyat Eropah pun, apatah lagi rakyat UK! Tapi saya tetap diberikan hak mengundi untuk menentukan masa depan negara ini.
Stesen undian saya adalah di Refectory University of Leeds. Dan saya berfikir. Jika saya yang masuk universiti umur 20 (sekarang sudah 21) manakala pelajar universiti ini rata-rata masuk pada umur 18, maka mereka sudah dibenarkan menentukan masa depan negara mereka semuda usia 18.
Dan yang menariknya saya yang tiada kena mengena dengan negara ini pun dibenarkan mengundi. Saya juga pernah mendengar bahawa Student Union atau badan mahasiswa di UK ini juga mempunyai hak untuk bersuara dalam kerajaan, dan pandangan mahasiswa diambil berat di parlimen. Dan ahli Student Union ini juga boleh jadi bukan rakyat British, kerana mereka diundi di peringkat universiti.
Tapi di negara kita dahulu pelajar dilarang berpolitik. Cuma sekarang dibuka sedikit belenggu di leher para pemilik otak-otak segar negara ini, apabila AUKU dipinda. Namun pandangan mahasiswa universiti di negara kita jarang diambil kira oleh ahli politik, masih dilabel sebagai tidak matang dan darah muda, dengan sesekali ayat penghabisan 'masih mentah' menjadi pengakhir debat.
Tapi negara ini mengambil kira pandangan anak-anak muda penerus kemandirian bangsa mereka. Mungkin mereka sedar otak mereka sudah usang dengan idea baru, atau perlu akan pandangan seimbang dari generasi muda.
Dan negara kita pula masih dipersoalkan ketelusan demokrasinya. Masih berdebat tentang tangan-tangan gelap yang mengacau kotak undi pilihanraya umum. Itupun baru satu pilihanraya, belum ada pilihanraya yang lain lagi.
Cuba anda bandingkan demokrasi di sini dengan di Malaysia. Menarik bukan?
http://uk.news.yahoo.com/18/20090510/tpl-govt-urges-commonwealth-citizens-to-5b839a9.html
..kisah botol roket 2..
.. dan kami memerhatikan bikar itu,
melihat
melihat
melihat
(15 minit selepas itu)
Masih melihat
Tiada apa-apa berlaku, tiada sebarang cecair 'creamy' terbentuk
Tangan saya masih memegang kertas, untuk dicelup di dalam TNT (TNT sukar untuk terbakar kerana bersifat cecair, maka ia dicelup dengan kertas dan dikeringkan, digulung menjadi bentuk sosej dan kemudian dinyalakan)
Cecair didalam bikar masih berupa dua lapisan cecair yang tidak bercampur, toluene dibawah, asid nitrik di atas (tidak seperti minyak yang terapung di atas air, toluene lebih tumpat walaupun rupanya seperti minyak)
Kami mengacau bikar itu, dengan spatula(juga hak kerajaan malaysia). Melihat dari jauh larutan itu bercampur (kerana risau TNT yang terhasil akan meletup disebabkan tidak stabil)
Larutan itu berpusing berbentuk 'twister', dan kemudian kembali menjadi dua lapisan.
Kami melihat lagi
melihat...
melihat..
melihat..
masih tiada apa-apa yang terjadi,
dengan sedihnya,
Dengan ini diumumkan, eksperimen GAGAL!
Kenapa gagal? Kepala ligat fikir, kenapa dua-duanya tidak mahu bercampur?
Kenapa dua larutan itu walaupun sudah dikacau masih tidak mahu bercampur? Adakah kerana kami tersalah ambil bahan atau kami kacau dengan tidak kuat? Kedua-duanya cecair, apa masalahnya?
Sebab musabab cuba dicari. Tangan melakar di atas kertas rupa molekul asid nitrik, dan juga toluene. Bagaimana mungkin dua larutan itu tidak mahu bercampur. Dan juga di dalam 'cerebrum' ini cuba meneka bagaimana kedua-dua molekul itu boleh bertindak balas.
Buku-buku kimia habis diselak, cuba mencari-cari mungkin terdapat petunjuk yang lain. Proses penintratan benzene diamati betul-betul, mungkin jawapannya ada pada sepupu toluene ini.
Setelah gusar memikirkan jawapan tentang persoalan yang seperti mustahil, tiba-tiba jawapan terlintas didalam kepala.
Owh!! Hydrophilic dan hydrophobic! Itu mungkin jawapannya. Mana mungkin anjing bersahabat dengan kucing melainkan ada manusia yang menjaga dan mendidiknya. Maka bagaimana kita boleh bawa kedua-dua molekul itu dekat untuk bertindak balas?
Hampir seketika berfikir, tiba-tiba konsep 'sabun' tiba di dalam kepala.
Sabun yang amphipatic mampu mebuatkan minyak larut dalam air, sabun yang berkepala hydrophilic dan hydrophobic itu. Maka jawapan yang perlu dicari adalah molekul amphipatic, ada ekor hydrocarbon, dan kepala hydrophilic, dan jawapan terdekat di dalam makmal adalah; Alcohol
Maka bahan seterusnya yang perlu disonglap dari makmal adalah alkohol.
..bersambung..
Khamis, 14 Mei 2009
..rumahku..
Kawasan di dalam bulatan merah adalah kawasan yang diserang wabak Chikungunya
Dahulu nyamuk aedes sudah dapat dikawal dengan 'fogging'. Tetapi beberapa tahun yang lepas didapati ianya telah melalui mutasi dan menjadi imun kepada 'fogging'. Maka aedes kembali menyerang, bukan hanya denggi, tetapi membawa sama Chikungunya.
Saya berdoa kepada Allah semoga negeri saya diselamatkan dari wabak ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090513194209/Article/
Selasa, 12 Mei 2009
..bukannya tak boleh..
Ianya tentang Sime Darby (salah satu dari GLC) yang telah berjaya menterjemahkan kesemua kod genetik pohon kelapa sawit. Mungkin ia dilakukan dengan kerjasama dengan syarikat luar, atau boleh jadi Sime Darby sendiri yang melakukan penyelidikan (ada info?). Tapi ianya menunjukkan kemampuan dan kesungguhan kita dalam melakukan penyelidikan.
Dan sememangnya negara kita dirahmati dengan hujan dan panas sepanjang tahun, maka usaha membangunkan industri pertanian adalah perkara yang terbaik dapat dimanfaatkan kita.
Diharap selepas ini kajian terhadap genetik padi dapat dilakukan. Manusia semakin ramai, makanan semakin sedikit. Ini dapat mengelakkan kebergantungan terhadap beras siam. Lagipun kalau negara kita dikenakan sekatan ekonomi, rakyat kita masih lagi dapat hidup dengan hasil dalam negeri. Seperti Zaman Jepun dengan polisi 'cukupkan makan dalam negeri'.
Siapa kata kita tak mampu tandingi negara maju? Amerika mengkaji genetik jagung, soya dan tomato, Belanda juga dengan tanamannya, kita juga dengan kelapa sawit.
Siapa kata kita tak mampu tandingi negara maju? Bukannya tak boleh, kita memang boleh!!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0512&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm
Isnin, 11 Mei 2009
..kereta berapi..
Saya ambil contoh UK (kerana saya belajar di sini, jelas). Negara ini dipenuhi dengan jalan kereta api, berbelirat di sana sini, dan ianya 'double rail'!!. Ianya sangat meluas sehinggakan setiap kampung disini punya stesen kereta api, paling kurang hentian kereta api.
Ianya ibarat di Kampung Telok Malek (kampung saya, harap maklum) itu punya satu stesen, Kampung Budi (kampung rival kepada kampung saya kerana memasang banyak pelita pada malam Ramadhan, jaraknya sangat dekat dengan kampung saya) satu stesen, dan di Jitra itu ada stesen utama, Kodiang itu juga, Alor Setar itu ibarat stesen utama yang tarafnya rendah sikit dari stesen di Kuala Lumpur (yang seperti stesen Victoria atau King Cross).
Dan bayangkan kalau itu berlaku. Orang Kampung Telok Malek dapat pergi ke Jitra tanpa menumpang kereta sesiapa, dan untuk ke Alor Setar tidak lagi perlu bersusah payah menumpang orang ke Jitra untuk naik bas ke Alor Setar. Saya juga dapat pulang ke kampung tiap-tiap hari dengan naik di stesen Tanah Merah (atau Bandar Darulaman).
Dan jika anak-anak bangsa mahu pulang ke universiti setalah habis cuti semester, tak perlu lagi ibu bapa menghantar mereka ke stesen utama, hanya berjalan kaki sekejap sahaja dari rumah ke stesen kecil sebelum ke stesen utama.
Ianya juga murah. Dan kita tak perlu risau pasal minyak. Kita juga tak perlu risau untuk membeli kereta, kerana pengangkutan adalah sangat mudah. Maka tiada alasan untuk anak remaja kita meminta kita membelikan motor untuk mereka (yang mungkin mereka akan salahgunakan untuk merempit). Kita juga tak perlu risau motor kena curi.
Mungkin ada yang sinis dengan kereta api ini kerana teringatkan KTM yang macam siput khinzir itu. Tapi kereta api di sini (walaupun agak mencemarkan alam berbanding komuter) menggunakan diesel (komuter guna elektrik), dan ianya sangat laju. Kereta api dari kampung ke kampung mencatat kelajuan hingga 80 batu sejam (saya guna Garmin dalam handphone saya untuk ukur kelajuan), dan kereta api dari bandar ke bandar ( saya pernah naik Virgin Ekspress dari Cardiff ke Birmingham) hampir 200 batu sejam, WOW!!. Saya kira kita perlu melabur duit untuk membeli lebih banyak kereta api, dan yang lebih moden, ataupun yang pakai diesel.
Tapi saya tahu ianya akan menjadi sangat susah untuk dilaksanakan sekarang. Eropah punya jalan kereta api yang merata-rata kerana mereka sudah lama memulakannya. Mereka mencipta kereta api, sebelum ada kereta. Maka mereka membina banyak landasannya, sebagai jalan alternatif daripada naik kereta kuda. Kemudian baru datang kereta. Maka mereka sudah punya landasan itu.
Tapi negara kita agak lambat. Jalan yang ada sekarang itu pun dibina penjajah untuk mengangkut hasil bumi dan darah negara kita bagi dijamu ke kapal-kapal di pelabuhan untuk disuap ke negara mereka. Dan jalan yang hendak dibina sekarang pun dibelenggu perkara yang sama; politik. Landasan 'double rail' yang hendak dibina pun masih bergoyang dek tsunami politik yang melanda.
Tapi melihat sistem kereta api disini, saya masih tetap merasakan bahawa ianya adalah sistem pengangkutan yang agak efisyen dan perlu diperluaskan lagi di Malaysia sehingga ke kampung-kampung.
Kereta api (antara bandar mungkin)
Kereta api (dari dalam)Saya berada di antara dua gerabak, sedikit bising. Tapi di dalam kabin memang senyap.
Kereta api di eropah (antara Czech dan Austria)
Di stesen Breclav, Czech. Kanan saya adalah konduktor kereta api, kiri saya adalah pekerja di stesen itu, kedua-duanya memakai uniform kemas seperti bekerja di pejabat!. Breclav saya kira sangat kecil, lebih kecil berbanding Jitra, tetapi punya stesen yang lebih besar dari Stesen Kereta api Alor Setar.
Dari dalam kereta api di Czech Republic. Bahagian dalamnya seperti di dalam cerita Eurotrip, tetapi tiada aksi raba-rabaan oleh lelaki France semasa saya naiki.
Sabtu, 9 Mei 2009
..kisah badan panas..
Bila demam ni, kadang-kadang saya risau jugak. Sebab di sini penyakitnya lain dari malaysia, penyakit sini kita tak pernah dengar kat malaysia tapi boleh bawa maut, contohnya meningitis yang selalunya menyerang pelajar uni di sini.
Jadi apabila demam disini, demam yang disertai dengan sakit kepala, memang saya akan ke klinik. Lagi satu sebab adalah sebab saya ambil course medicine, course yang agak susah dan terdapat banyak kelas wajib. Kalau tidak datang kelas wajib ini memang boleh kena tendang keluar dari u. Jadi kalau saya demam teruk dan tidak boleh hadir ke kelas wajib ini, saya akan ke klinik untuk mendapat sijil sakit.
Ramai orang cakap, klinik kerajaan di Malaysia teruk, atau hospital kerajaan di Malaysia teruk. Tapi percayalah, seteruk-teruk di Malaysia tu pun lebih kurang sama sahaja teruknya dengan UK. Malah saya lebih suka pergi ke klinik di Malaysia kalau sakit.
Hari Khamis memang saya sakit kepala teruk, ditambah pula dengan bonus pening-pening lalat. Saya bangun lambat, sebab tak larat, bangun pukul 10. Saya mandi, makan sikit, telan paracetamol, dan pergi ke klinik.
Saya mesti pergi ke klinik disini, yang bernama Leeds Student Medical Practice, kerana saya berdaftar disini. Jika saya pergi ke klinik lain, mereka akan suruh saya ke sini jugak, sebab saya didaftarkan disini.
Kalau di Malaysia? Saya sakit di Kangar, saya pergi ke klinik kesihatan kangar, sakit di Banting, pergi ke Hospital Banting ataupun Klinik Kesihatan Bukit Changgang. Kan senang?
Saya sampai di klinik pukul 12. Dengan pening-pening saya cakap nak jumpak doktor. Receptionist tu tanya,
"Have u made any appointment?"
"No, I havent"
"U need to make an appointment, the available appointment that you can made is Thursday next week"
"So i cant see the doctor now?"
"No, if u want to meet the doctor without an appointment, or it is an urgent case, u need to come before 10am"
Ya rabbi. Saya pun terpaksa balik. Tak boleh jumpak doktor.
Kalau di Malaysia? Saya demam petang, saya boleh jumpa doktor petang, kalau demam waktu malam, pergi ke hospital waktu malam. Bila-bila masa saja boleh jumpa. Kan senang?
Kalau saya jumpa doktor, kalau dia rasa saya perlukan ubat, dia akan bagi preskripsi sahaja. Lepas itu saya sendiri kena pergi beli ubat tu, dalam klinik tu tak dijual. Di mana farmasi? Mana lagi, di town la. Kalau saya sakit akan bertambah sakit la nak pergi beli ubat tu.
Kalau di Malaysia? Doktor bagi preskripsi, turun tingkat bawah terus ada farmasi. Dapat ubat terus. Ubat pun free, tak pun paling tinggi kena bayar RM1.00. Kan senang?
Masa menunggu untuk jumpa doktor tu sama sahaja antara UK dan Malaysia, sama lama, jangan banyak songeh kalau menunggu lama untuk jumpa doktor. Jadi kesimpulan saya disini, semua masa menunggu untuk berjumpa doktor di klinik kerajaan adalah sama dimana-mana sahaja didunia. Kalau masa menunggu kita lagi singkat dari negara maju, maka kita akan jadi negara dunia kekosong.
Ingat ye Encik M. Saravanan? Jangan main masuk saja dalam bilik doktor, itu tak beretika namanya, mana tahu kalau doktor tu tengah periksa pesakit yang tengah bogel. Owh, lupa pula, awak tu ahli politik, awak mana tahu apa itu etika, apatah lagi tentang masa kerja seorang doktor.
Jadi kesimpulan saya disini, bersyukurlah kerana Malaysia dikurniakan dengan Healthcare System yang mantap. Walaupun kita negara dunia ketiga, walaupun kita kekurangan doktor berbanding dengan negara maju, walaupun hospital kerajaan kita tak ada banyak doktor pakar macam negara maju, walaupun kelengkapan kita tak sehebat negara maju, namun kita mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang hampir sama dengan negara maju berbanding dengan kekurangan kita.
Apa lagi yang hendak kita keluhkan?
Isnin, 4 Mei 2009
..nak jadi datok..
Dia tutor SSC saya, Professor perubatan di universiti saya
Dia ketua penyelidikan kanser UK, memang terkenal kalau bab kanser
Nama penuhnya Professor Sir Alex Markham, diulang Professor SIR Alex Markham
dapat knighthood, bawa gelaran 'sir' sebab buat kajian
macam 'datok' la lebih kurang
buat research barah ja pun
kat Malaysia, memang susah kalau nak dapat 'datok' ni
memang kena berjasa betul
kena jadi artis, baru dapat 'datok'
tapi paling susah,
kena jadi 'bukan warganegara Malaysia'
terutamanya India
buat filem sikit-sikit kat Melaka
itu baru betul-betul berjasa!!
Ahad, 3 Mei 2009
..kisah botol roket 1..
Makmal paling best setakat ini makmal kimia tingkatan lima, yang bawah library tu, yang port orang kata tangga berhantu tu. Bukan apa, banyak sungguh bahan kimia kat situ, yang takdak kat makmal tngkatan 4.
Hari-hari akhir tingkatan 5 sangat tension. Orang cakap otak tepu belajar banyak sangat, mcm banyak sangat la. Bila dah nak habis tingkatan 5 ni, macam semua benda yang wajb ada dalam kepala otak kita yang kerajaan wajibkan, semua dah kena sumbat dalam kepala. Benda yang tak payah ada toksah kata la, masuk sendiri.
Buku tu macam semua page dah selak. Tapi buku Sukses Kimia ada benda yang tak sepatutnya dia letak pun dia letak. Saja nak bagi nampak gempak, bagi macam lebih informatif, tapi sebenarnya buat otak letih ada la. Dan buku ni buku kegemaran saya; ada satu bahagian tu yang saya suka, bahagian kimia organik. Kerana apa? Kerana entah tiba-tiba dia letak info kat situ: toluene ditindakbalas dengan asid nitrik pekat untuk membuat trinitrotoluene(TNT), sejenis bahan letupan.
Maka otak budak-budak remaja yang memang suka mencuba ni pun tiba-tiba menjadi geliga. Dan entah kenapa tiba-tiba dalam makmal tingkatan 5 tu ada toluene (padahal tak pernah ada pun eksperimen sekolah yang pakai toluene, sebab karsiogenik!). Asid nitrik? Telah la, bahan wajib tu. Dalam buku cakap asid nitrik pekat, dan tengok dalam lab ada Asid nitrik 13M. 13M!! Wow!! Paling pekat yang pernah saya tengok (sebenarnya dalam kategori industri, 13M tu cair).
Maka otak yang tengah kemaruk nak buat bom ni pun apa lagi, dalam diam-diam mengambil kedua-dua bahan itu. Ada kawan baik saya yang tolong saya sama, namanya Huzaifah, panggilannya Uj, memang otak ngeng macam saya gak la. Asid nitrik 13M, toluene, tabung uji, bikar dirampuk dalam satu hari. Agak peluh jugak la nak lepas cikgu dengan Uj pegang bikar, dalam bekas pensel ada asid nitrik dalam tabung didih yang dipalam dengan pemalam getah.
Sampai bilik, semua barang sumbat dalam loker saya. Buat yang satu dorm dengan saya, memang tahu saya suka menjajah loker, setiap tahun mesti paling kurang 2 loker. Eksperimen mula petang tu jugak (of course la lepas men Royal, permainan wajib budak-budak MU).
Kami masukkan toluene dalam bikar, pastu tuang asid nitrik.
..bersambung..
Sabtu, 2 Mei 2009
Quote of the day 2
"and by using this number, a mathematician can prove that it is impossible for God not to exist, well it depends on whether u believe whether God exist or not"
3 x 10^9 base pair genes
yang dipadatkan dalam sebuah cell
10^13 sel di dalam badan
3 x 10^22 salinan
semua sel di dalam kita diperbaharui setiap 7 tahun
di dalam setiap salinan, hanya 10^5 kesilapan yang berlaku
dan, sel kita akan membaik pulih gene yang 'silap' itu dan membetulkannya semula..
jadi dimana kemungkinan untuk berlaku 'random mutation' yang membawa kepada 'the best gene' dalam 'survival of the fittest' yang dicanangkan Darwin dalam Teori Evolusinya?
Dan dalam hanya 10^5 kesilapan dari berbilion gene itu, semua mutasi yang berlaku hanya membawa kepada barah, tiada satu pun yang membawa kepada ciri-ciri yang lebih kuat seperti yang diwar-warkan dalam Teori Evolusi.
Di mana logiknya?
maka benarlah seperti yang dikatakan, orang kafir itu mengetahui kebenaran, tetapi tetap tidak mahu beriman