Khamis, 4 Jun 2009

..dipanah petir..

..dan pada 11.ooam: the storm is coming

pada 12.10: the storm has arrived, and I'm gonna fly through it

pada 3.00pm: i got struck by the lightning, hope that i can glide and land safely

-Tensen, kantoi banyak soalan tadi. Tak macam spot test sem 2 haritu yang saya kantoi banyak tapi banyak jugak yang saya konpem, kali ini memang tak banyak yang saya konpem. Tensen lagi

-Balik dan tensen. Tapi tiba-tiba teringat, saya tak bawa kad untuk undi pilihanraya Eropah. Kena patah balik untuk undi di uni. Tensen lagi.

-Tengok laptop, baca berita kejap, mana tahu ada apa menarik.

3 lagi kes H1N1 dikesan, jumlahnya 5 sekarang di Malaysia

Tensen lagi

-Skrol lagi berita harian online itu.

As berminat sambung rundingan FTA

Haish tak kan la bengong sangat, tak kan la kta nak buat FTA ngn US. Nanti kita nak buang mana barang kita kalau habis barang US masuk? Tak kan nak makan tomato mutan kot. Orang tak nak FTA tak kan tak paham lagi? Tensen lagi.

-Tiba ke satu bahagian http://www.bharian.com.my/ itu, saya terbaca berita,

Syarikat China mungkin sertai projek landasan: Najib

...BEIJING: Datuk Seri Najib Razak berkata syarikat China mungkin diminta mengambil bahagian dalam menyiapkan sistem landasan berkembar di bahagian selatan Semenanjung Malaysia...

..."Sebuah syarikat China akan terbabit dalam pembinaan Jambatan Pulau Pinang Kedua manakala sebuah lagi akan mengambil bahagian majoriti dalam satu usaha sama berkaitan pembesaran Empangan Mengkuang di Pulau Pinang...

...Najib juga berkata, syarikat China akan dipertimbangkan bagi sektor tenaga di Sarawak yang berkaitan dengan Empangan Bakun dan mereka juga akan dijemput bagi pembesaran sektor teknologi maklumat dan komunikasi Malaysia...

serta merta terpacul dari mulut saya:

BODOHLAH!!

Tensen lagi

Sampai bila kita perlu bergantung pada orang asing untuk bina dan majukan negara kita. Sampai bila kita nak jemput syarikat luar buat bangunan kita. Apa syarikat kita tak boleh buat landasan berkembar tu? Apa kita tak boleh buat ujikaji sendiri untuk bina empangan tu? Baca sahaja sejarah empangan 3 Gorges China itu, macam empangan tu China mintak tolong orang lain, China buat sendiri, generator tu sahaja yang dia beli, itupun dia buat pemindahan teknologi.

Sampai bila la kita nak harap kat orang lain.

Tensen lagi






p/s: mungkin terdapat ayat yang anda anggap kasar dalam entri ini, tapi memang itu yang terpacul dari mulut saya

5 ulasan:

  1. weh, nnti polis cyber cari ang..
    hahahahaa

    BalasPadam
  2. polis cyber??haha,habiskan medic dl oi

    BalasPadam
  3. part china tu mengambil bahagian jer pun..bukannyer monopoli encik hazrul..

    kalau aku la...quality is better then locality..

    BalasPadam
  4. habis tu bila lagi kita nak mula buat semua benda tu sendiri?

    mungkin bahagian empangan tu boleh dipertimbang, tapi kalau bahagian landasan tu memang orang kita boleh buat sendiri

    quality is better than locality? hummmm

    kalau kita tak mula latih dan buat sendiri, guna kepakaran lokal untuk membuat benda, sampai bila kita pula kita boleh buat benda berkualiti?

    even staf kfc tak pun mcd tu pun kena training dulu sblom dapat buat kerja berkualiti.

    kalau korea utara dan iran fikir buat apa mereka bina peluru berpandu sendiri kalau mereka boleh beli yg luar yang lebih berkualiti apa agaknya terjadi? dan sekarang mereka sudahpun membina sendiri peluru berpandu JARAK JAUH.

    quality takes time to develop, and we must develop it locally..

    thanks for the opinion =D

    BalasPadam
  5. nice thoughts...

    like always...

    couldn't argue no more..

    BalasPadam