Isnin, 8 Jun 2009

..jangan komplen..





..dan BNP menang dua kerusi di Parlimen Eropah. Salah satu dari kerusi itu adalah mewakili kawasan Yorkshire and Humber, iaitu kawasan saya (ianya seperti negeri di Malaysia).

BNP bermaksud British National Party. Sebuah parti yang saya rasakan berasakan polemik perkauman, dengan 'this is white land' menjadi perjuangan mereka bagi mengusir semua orang berwarna bukan putih, yakni koko dan hitam.

Orang koko banyak dari Pakistan, India, Nepal, Bangla dan sewaktu dengannya (u know white I mean) dan orang hitam adalah bangsa negro.

Golongon koko ini kebanyakannya adalah orang yang pernah berkhidmat sebagai tentera imperial British pada zaman kolonial dahulu dan diberi kerakyatan atau 'permanent resident' untuk jasa mereka itu.

BNP menang mungkin disebabkan keadaan Leeds ini yang sudah seperti Leedskistan dan kawasan lain menjadi Bradfordkistan dan UK ini juga saya rasa seperti UKistan. Maka parti seperti ini wujud bagi mencerahkan kembali warna Union Jack.

Dan saya agak pelik kerana ramai orang koko di kawasan ini. Kenapa parti besar lain seperti Labour atau Conservative tidak menang? Adakah kerana masalah Gordon Brown?

Adakah juga kerana masalah mereka tidak keluar mengundi?

Apa pun, jika masalah tidak keluar mengundi adalah akarnya, maka ianya agak sama seperti apa yang berlaku di Malaysia.

Apabila tiba musim pilihanraya, mulalah keluar cerita pengundi hantu dan macam-macam lagi. Maka orang tidak keluar mengundi kerana merasakan undi mereka tidak berguna, akhirnya sendiri tahulah apa yang terjadi.

Kita tengok apa yang jadi di Penanti baru-baru ini. BN tidak meletakkan calon kerana mungkin tidak yakin akan menang atau tidak mahu membuang masa. Dan timbul ura-ura mereka mengarahkan orang mereka tidak keluar mengundi.

Akhirnya PKR menang. Tapi tidakkah kita lihat peratusan mengundi itu?

Hanya 46% keluar mengundi. 46%!

Maka ada lagi 54% yang tidak mengundi, bayangkan jika 54% itu keluar mengundi dan mengundi BN kalau BN meletakkan calon, tidakkah terbalik alam keputusannya?

Apa-apa pun, ketahuilah bahawasanya undi anda bermakna.

Sekorup manapun pilihanraya itu, jikalau semua orang mengundi satu pihak, saya yakin sebanyak mana pun tong undi yang dikucar-kacirkan, mereka tidak boleh menipu kalau undi pada pihak itu tersangat banyak bak kata pepatah 'bangkai gajah manakan dapat di tutup dengan nyiru'.

Saya teringat satu ayat, yang saya terbaca di web pilihanraya parlimen eropah sebelum mengundi, ianya berbunyi:

..if you don’t bother, somebody else will - and decide who represents you. Elected MEPs shape the future of Europe for 5 upcoming years. Get the Europe you want! If you don’t vote, don’t complain..

If you don't vote, don't complain!

Sama-sama renungkan

http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/8088381.stm

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. soklan: macam mana kalau semua parti yg ada dlm pilihanraya tu xdak yg hndk disokong
    suma resolusi x kena dgn apa yg kita percaya~

    pliz exclude jwpn nak wat prti sndri.... kurng sesuai utk org yg tgh belajar

    juz nak tau cmna ang view mnda ni... ang kan hebat bab2 ni =P

    BalasPadam
  3. hmm.. saya rasa tepuk dada tanyalah iman. huhu.. mungkin dalam kes ini, kita kena pilih yang paling kurang bawa mudarat kot.. entah la.. tak pon pangkah ja dua2, bg rosak, supaya orang tahu penduduk tu masih minat ngn politik tapi xtau nk pilih sapa hahaha

    eh jgn tanya saya.. xtau nk jawab cmna.. huhu

    (sila tonton southpark season 8 episod 8- Douche and Turd)

    BalasPadam
  4. wow hazrul!tidak ku sangka kamu berhujah sebegitu lebar ya...haha

    BalasPadam