Rabu, 15 Disember 2010

..drama Jepun..

..dan pulang pada waktu petang. Kemudian jika tidak letih, saya akan menonton sebuah drama Jepun. Saya tidak ingat lagi tajuknya, tapi saya masih ingat lagu temanya.

Dreams Come True: Love Love Love



Adakah anda pernah melihat drama ini?

Ianya adalah kisah tentang seorang lelaki yang bisu dan pekak dan bekerja sebagai seorang artis kerana berbakat dalam melukis. Oleh sebab lelaki itu bisu, dia tidak mampu meluahkan kata-kata cinta kepada wanita yang dicintainya dan hanya mampu menunjukkan kasih sayangnya kepada wanita itu.

Akhirnya dia telah ditinggalkan oleh wanita itu, hanya kerana dia tidak mampu memujuknya dengan kata-kata seperti lelaki biasa meskipun dia telah berkorban segalanya untuk wanita itu.

Mungkin saya telah lupa banyak tentang drama ini, tapi mungkin apa yang ingin ditonjolkan di sini adalah pentingnya sebuah komunikasi yang berkesan dan efektif dalam perhubungan kita sesama manusia.

Orang selalu berkata, adakah cukup dengan berkata 'aku cinta padamu' (Dalam bahasa Jepun=Aishiteru) tanpa sebarang pengorbanan?

Namun kita sering terlupa, adakah cukup tanda cinta kita hanya dengan pengorbanan, tanpa berkata 'Aishiteru'?

6 ulasan:

  1. people say that action speaks louder than words. kadangkala perbuatan kita sudah cukup untuk membuktikan cinta kita. ungkapan kata-kata mungkin tidak bermakna jika ianya sekadar di bibir..hehe

    BalasPadam
  2. nak tengok korban-korban layan rajnikanth la. ha ha

    BalasPadam
  3. Puas cari tajuk cite ni..dpt juga...penah tgk cite nih..mmg sedeh cgt..tp ending tak smpat tgk... :(

    BalasPadam
  4. Tajuk citer tu.. Say You Love Me atau dlm bhs jepun Aishiteiru to Ittekure.

    BalasPadam
  5. No la bukan tu tajuk ye.kalu xsalah saya tajuk ye .Tell me that you love me.mmg best cite ye saya layan dr mula smpai hbis..

    BalasPadam
  6. akak pon dok cari.balik citer ni..memg best...dia slalu lukis then fax ke gefren dia..sedih

    BalasPadam