Ahad, 20 Disember 2009

..paris, je t'aime..

..dan ini adalah salah satu lagi bahagian yang menyentuh perasaan dalam filem Paris, Je T'aime.

">


Ironik bukan? Wanita itu menghantar anaknya sendiri ke nurseri awam dan membiarkan orang lain menjaga anaknya, sementara dia pula bekerja sebagai pembantu rumah dan menjaga anak orang lain secara 'private'.

Ketika anaknya menangis, dia mendodoikannya sambil tersenyum, dan membuat gaya mesra sambil memandang tepat pada anaknya. Akan tetapi pabila anak majikannya menangis, walaupun dengan dodoian yang sama, namun 'perasa' dan caranya amat berbeza. Tidak jauh juga saya katakan jika perasaanya juga jauh berbeda.

Zaman sekarang, suami isteri bekerja. Mahu beli rumah besar, kereta seorang satu. Suami kerja untuk tanggung keluarga, isteri kerja nak tolong suami. Memanglah, dah rumah hendak besar-besar, jaga status. Kereta pula hendak sorang satu, senang pergi kerja.

Dapat gaji, guna duit bayar orang gaji.

Adakah orang gaji itu menjaga anak kita dengan sepenuh hati seperti kita yang berkerja di pejabat bagai hendak mati?

Hidup ini ironik, dan juga pelik.

4 ulasan:

  1. hah.. ak dah tau solution terbaek kpd masalah ni.. carikan pembantu rumah yang boleh jadi ibu susuan pada anak majikan!... pasti bonding pembantu dan anak majikan lebih nice

    BalasPadam
  2. haha nice one.. wat cm nabi dulu.. tp kn.. sanggup ka bg mnum susu 'orang seberang'.. haish

    BalasPadam
  3. haha.. ak ok ja jika org seberang yg dimaksudkan cun, bijak, immuniti kuat.. biar anak ak inherit features baik ni..haha

    BalasPadam
  4. huzai..... kalo dia bijak... aku xrasa dia mai malaysia kja pmbantu rumah...... kalo dia cun.. mesti dia da mnikah kt sana........

    BalasPadam