Salah satu dari ceritanya yang saya ingat ialah kisah Seberang Perai. Ianya mungkin cerita tokok tambah atau cerita rakyat, ataupun cerita rekaan, tapi cerita ini membawa pengajaran yang besar kepada saya.
Kisahnya bermula apabila Sultan Kedah ingin membuat majlis kenduri kahwin ananda baginda. Apabila disebut kenduri istana ini, sudah tentulah makannya hebat-hebat dan diadakan selama berhari-hari. Namun dialkisahkan juga Sultan Kedah itu tidak cukup duitnya. Telahan saya mungkin kerana perang yang berpanjangan semasa itu atau juga keadaan negeri selepas diserang Siam.
Maka untuk mencari duit itu, Sultan Kedah pun memasanglah niat mahu menjual tanah. Orang yang terdekat yang mampu membeli tanah waktu itu adalah British yang mempunyai Pulau Pinang.Maka Sultan Kedah pun menawarkan kepada British untuk menjual tanah dengan bayaran yang banyak untuk melangsungkan majlis perkahwinan itu.
Maka apabila mendengar syarat British itu, Sultan pun berfikiran, takat manakah bunyi meriam yang hanya panjang dua hasta seperti yang kita tengok di monumen Francis Light itu dapat didengari apabila ditembak? Maka sesudah berfikir semasaknya akan luas tanah yang mungkin didengari apabila meriam ditembak, Sultan pun meletakkan harganya.
Apabila dipersetujui, maka perjanjian dibuat dan orang ditempatkan di negeri Kedah berhampirang Pulau Pinang itu untuk mendengar bunyi meriam British.Maka tanpa disangka oleh Sultan, di Pulau Pinag itu sampailah sebuah kapal. Yang membawa sebuah meriam yang sangat besar, paling besar yang pernah dibuat yang diangkut oleh sebuah kapal sahaja. Meriam itu lebih besar dari meriam biasa, sehinggakan lubangnya sahaja dikatakan sebesar dua hasta.
Maka meriam itu pun ditembak. Maka akibat meriam yang teramat besar itu, bunyinya meluas sehingga menjadi sebesar Seberang Perai itu.Namun di pantai merdeka, terdapat sebuah bukit. Akibat bukit ini yang menampan bunyi itu dari terus sampai ke kawasan yang lebih luas, bukit itulah menjadi kawasan terakhir meriam itu didengari. Maka bukit itupun dinamakan Bukit Meriam. Dan di kawasan bawahnya, hampir masuk ke negeri Perak, dan itulah sempadan Seberang Perai.
..nantikan seterusnya, kisah asal usul peribahasa "macam Belanda minta tanah"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan