Selasa, 22 Disember 2009

..kisah bulan bernama Pandora..



..dan sementara masih hangat dan panas bersama hati suka, ingin saya berkata Avatar adalah sebuah Cebisan Tuan! (Masterpiece)

Tapi saya tidak akan menulis tentang review seperti filem seperti kesan CGI atau jalan cerita, oh tidak.(Review yang lain boleh dibaca di sini)

Pertama kalinya saya ingin merasakan ketakjuban saya tentang ketelitian James Cameroon terhadap kelogikan filem ini. Bagi saya, filem ini 80% logik (2012 hanyalah 20% logik), cukup tinggi untuk filem fantasi. Bagi seorang peminat sains angkasa, amat mengejutkan kerana kebanyakan tempat di alam semesta ini yang berada dalam 'habitable zone' adalah seperti bulan Pandora (ianya mengorbit planet besar). (kebanyakan planet juga mengorbit bintang kembar seperti dalam Star Wars). Amat tinggi pengetahuan pengarahnya, bukan macam 'director' Tower 13 bodoh yang memaparkan 'meneropong Planet Pluto guna teleskop amatur'.

Kepelbagaian hidupan juga masuk akal. Seperti menggunakan Teori Darwin yang mengatakan 'most of the vertebra is made up of same skeletal framework', jika anda perhatikan tulang monyet, harimau, lembu, burung dan ikan sekalipun, ianya sama dari segi jenis tulang yang hadir, walaupun saiznya berbeza. Maka dalam Avatar juga, anda akan lihat 'harimau', 'kuda', 'monyet', dan burung itu juga punya 6 organ (samada monyet 4 tangan 2 kaki, harimau dan kuda 4 kaki depan 2 kaki belakang, atau burung 4 sayap depan 2 sayap belakang). Wunderbar!

Dan saiz Na'vi yang setinggi 10 kaki itu juga kena dengan graviti planet itu. Seperti kata General itu pada awalnya "The low gravity of this planet makes your body soft", ianya sama konsep kenapa ikan di laut itu saiznya besar gedabak manakala di darat kebanyakannya hidupan kecil (hanya gajah bersaiz besar). Ianya menyebabkan semua hidupan di Pandora itu rata-ratanya bersaiz besar. Dan tentulah, ada obor-obor terbang!

Dan sekarang, yang paling menarik, plot.

Kisahnya mudah. Sebuah syarikat intergalactic ingin melombong di kawasan orang asli, dan dalam proses itu mendapat tentangan orang asli.

Manusia vs Na'vi, buruan= Unobtanium

Macam pernah dengar bukan? Contoh terdekat saya beri:

Manusia = British
Na'vi = Melayu
Buruan = rempah, tanah, emas

Manusia =Israel
Na'vi =Palestin
Buruan =Tanah

Manusia =Orang Malaysia
Na'vi =Orang asli di Sarawak
Buruan =Empangan Bakun

Yeah! Anda mesti sudah dapat beri contoh sendiri sekarang. Dan 'it happens to be' barang buruan itu sebenarnya berada betul-betul di bawah kampung Na'vi. Dan ini menyebabkan konflik seterusnya bermula.

Manusia ingin ambil tanah itu. Aduh! Apakah bodoh, masakan si Na'vi mahu beri tanah tumpah darah mereka pada orang lain.

Manusia fitrahnya aman, dan diplomasi. Maka atas secebis dasar fitrah itulah konflik dimulai dengan rundingan.

Manusia bina sekolah, beri makanan, dan ajar English pada anak-anak Na'vi (kononnya 'eduation', padahal supaya komunikasi lebih mudah dan lebih senang mereka menjarah).

E.g
: Orang Yahudi mulanya mahu membeli tanah Palestin dari Sultan Turki
: British buka sekolah di Tanah Melayu dan meng-Inggeriskan anak-anak Melayu, konon atas nama kemajuan

Kemudian rundingan lidah gagal, maka rundingan seterusnya hanyalah dengan darah dan air mata. Manusia serang Na'vi

Maka pada masa ini, anda sudah dapat mengagak apa kesudahan contoh yang saya berikan.
(Kecuali dalam contoh empangan Bakun, harga konflik ini adalah masa)

Tetapi tidak, belum lagi berakhir!

Konflik ini diteruskan. Dengan manusia serang Na'vi. Na'vi yang tiada teknologi ini bertindak melulu dan bodoh dan enggan mendengar nasihat orang luar, walaupun nasihat itu masuk akal. Na'vi itu penuh dengan semangat, tapi sayang; ilmunya kurang, otaknya pun belum matang. Mereka melawan besi guna kayu, peluru dengan batu. Memang, tidak saya nafikan disini, semangatnya berkobar-kobar. Semangat itu perlu, dan wajib, tetapi semangat sahaja hanya akan membuahkan kebodohan meluru.

Maka diceritakan dalam lagenda, bahawa ketua terhebat mereka menunggang seekor burung yang besar dari jenis Toruk. Dia menyatukan mereka selepas 'The Great Sorrow'. Inilah lagenda mereka tentang ketua yang mereka nantikan. Tapi tiada seorang pun merasakan mereka adalah lagenda itu.

Maka Jake mengambil inisiatif. Dia orang yang dibuang kaum. Tiada siapa yang mahu mendengar katanya. Lumrah manusia untuk tidak mempercayai orang yang dibenci, melainkan orang itu datang dengan keajaiban yang dinanti. Maka dengan taktik perangnya dan pemahaman mendalamnya terhadap startegi:

"The predator always looks below, that they forgot to look what is above them"

Dia menjinakkan seekor Toruk. Kerana dia berani mencuba, dan percaya dia mampu. Dan kerana dia terdesak.

Maka dia pulang ke kaum Na'vi nya. Dengan menunggang Toruk. Mereka terperanjat, dan sekarang percaya padanya. Lumrah manusia kan? Baru percaya setelah nampak tanda di depan mata.

Maka Jake membuat startegi untuk menyerang manusia. Dia sedar mereka kurang dari teknologi, namun mereka menang dari segi bilangan. Maka dia mengumpulkan semua Na'vi dari segenap bulan Pandora untuk menyerang manusia.

Dan, perkara yang terakhir yang dilakukannya sebelum malam peperangan, adalah cuba meminta pertolongan pada Eywa, tuhan alam sekitar mereka. Walaupun tahu ianya tak mungkin berjaya, dan Na'vi sendiri tidak pernah meminta pertolongan Eywa untuk membunuh (kerana Eywa memelihara keseimbangan), Jake tetap melakukannya.

Dan sungguh, mereka berjaya. Semua bangsa Na'vi di Pandora bersatu, dan Eywa juga menolong mereka. Dan mereka berjaya mengusir manusia. Nampak mudah bukan?

Eh, anda terlupa untuk mengaitkan kisah manusia vs Na'vi ini dengan contoh sebelum ini.

Cuba kaitkannya dengan isu Palestin.

Ingatlah,

"The predator always looks below, that they forgot to look what is above them"

4 ulasan:

  1. Huraian yang baik. Jumpa juga aku orang sentuh aspek kelogikan dalam surreal filem ni.

    BalasPadam
  2. mantop.. aku suka review hg.. mmg lain cara genius review.. ada satu bnda bother ak.. ada sebab ka menatang2 dalam tu kaler warna warni?.. lg.. na'vi tu mammal atau kategori lain?.. walaupun ada rambut sikit atas pala...
    kalo hg tgk rating avatar kt imdb.. 8.9.. gla bapak tgi.. just apa yg diexpect dari direktor titanic, alien, terminator 1,2

    BalasPadam
  3. review terbaek..

    movie ni pun best

    so...,kau memang habat la hazrul!!!

    BalasPadam
  4. @jetli-haha aku terkejut sb director movie ni teliti sgt psl aspek sains.. ang jadi direktor nnt kna cmni tau, jgn jadi mcm director tower 13, mcm bodoh, xpon mcm prof a mamak mohaideen

    @huzai - haha yg kaler warna-warni n glow tu, aku rasa 50% ja logik, sb glow in the dark ni feature menatang yg kt tempat xdak cahaya e.g dasar laut, gua. tapi ang tau dak, dalam utan kita pun bny benda glow in the dark? (aku pnah kna tinggai dlm utan oleh tentera utk operasi burung antu, dan memang bny bnda glow in the dark, mcm dlm avatar).. yg rambut tu aku xtau la, siap ada sesungut lg kt ujung rmbut, mcm ngarut la plak lol

    @amal- thanks weh haha

    BalasPadam