Khamis, 6 Mei 2010

..biduk berkayuh di langit, senduk terbang meninggi..

Biduk Berkayuh di Langit, Senduk Terbang Meninggi
Pengenalan kepada pencerapan



..dan sangat jelas kiranya melihat langit malam jika berada di hemisfera utara ini, akan 7 buah bintang yang saya kira terang setiap tahun (kecuali ketika awan berarak). Bintang yang sudah lama menjadi penanda arah laluan kepada pelayar di zaman silam. Ianya sangat jelas dan mencuri pandangan kita taktala melihat langit sehingga formasinya diberikan berbagai nama oleh setiap tamadun manusia. Ianya juga dikaitkan dengan baerbagai-bagai bentuk, cerita, mitos, dan lagenda.

Buruj Ursa Major, Big Dipper, Big Bear, Plough dan bermacam-macam lagi sehingga hampir setiap bahasa mempunyai nama tersendiri untuk buruj ini.

Dan tak terkecuali dengan bahasa Melayu. In fact, dalam bahasa Melayu buruj ini punya dua nama; buruj Biduk atau juga dipanggil buruj Senduk.

Biduk?

Ianya adalah sejenis sampan yang digunakan orang dahulu bagi pengangkutan di sungai. Pernah dengar peribahasa 'biduk berlalu kiambang bertatut'? Peribahasa itu dicipta kerana pabila kita berkayuh biduk melalui satu kawasan yang dipenuhi tumbuhan kiambang (sejenis tumbuhan yang hidup di permukaan air), biarpun semasa melalui kawasan itu kiambang-kiambang itu seakan-akan berpecah dua di saat biduk melaluinya, setelah biduk melaluinya pohon-pohon kiambang itu akan bertaut semula seolah-olah melekit. Ianya digunakan bagi menunjukkan perpaduan, di mana apa sahaja yang terjadi kita tak akan berpecah belah, sama seperti kiambang yang bertaut semula pabila dibelah biduk.

Senduk?

Hmmm.. Tiada apa yang hendak diceritakan. Mungkin kerana orang masa dahulu terlalu maju dengan pertanian, sehinggakan makanan menjadi tersangat banyak. Maka dengan kemajuan ini muncul hierarki masyarakat dan masyarakat sudah mula tidak risau akan perut mereka dan mula peduli dengan lidah. Maka dengan ini mereka mahukan makanan yang lazat, dan ini meningkatkan kemajuan dalam bidang masakan sehinggakan semua yang dilihat dikaitkan dengan makanan dan alat masakan, termasuklah buruj di langit, haha.

Ok kita biarkan perkara mengarut itu di belakang dan kita kembali kepada buruj biduk.

Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.

Bagi yang sudah tidak ingat bagaimana rupa buruj biduk yang kita belajar di darjah 5 dahulu, ianya kelihatan seperti ini,



OK, itu rajah bintang yang belum dibuat garisan. Pabila digariskan ianya jadi seperti ini.



Pernah lihat bukan semasa di sekolah? Saya tak jangkakan anda menyangkakan saya akan melukis seekor beruang di atas itu seperti yang ada dalam buku teks, tapi jika anda cari di internet akan ada banyak gambar buruj ini. Buruj ini hanyalah di bahagian ekor beruang itu, yang merupakan sebahagian dari buruj Ursa Major.

Bagi saya jika anda berada di hemisfera utara tetapi tidak pernah menyedari akan kewujudan buruj ini, ianya adalah sangat merugikan kerana anda akan terlepas peluang yang sangat berharga bagi mencerap langit utara. Anda terlepas melihat sesuatu yang sejak beribu tahun menjadi obsesi setiap tamadun dan berbilion manusia.

7 bintang yang sangat terkenal di langit utara.

Jika di Malaysia, ianya sedikit sudah untuk dilihat kerana buruj ini berada di ufuk.

Jika di sini? Pada waktu tengah malam ianya akan berada terpacak di atas kepala anda.

Cara melihat buruj ini yang terdiri dari 7 bintang adalah mudah. Jika anda melihat langit malam kira pukul 11 malam buruj ini berada hampir 90 darjah di atas kepala ini. Bintang-bintang buruj ini juga selalunya berkilau dengan kecerahan yang lebih jelas dari bintang lain. Maka saya rasa tiada sebab untuk anda terlepas pandang buruj ini.

Di Leeds, pada kira-kira pukul 11 malam, buruj biduk kelihatan seperti ini.

(Cara untuk melihat carta di bawah boleh dilihat pada entri saya bertajuk '..equinox..')




Jika anda membuat 'imaginary lines', ianya menjadi begini.




Jika anda masih ragu-ragu atau belum pasti, saiz buruj ini dari satu hujung ke hujung yang lain sebenarnya adalah agak besar iaitu kira-kira 25 darjah.

(Cara untuk mengira darjah di langit juga ada dalam entri yang sama)



Buruj biduk adalah buruj yang paling mudah untuk dicerap, dan selepas ini jika ada entri saya tentang bagaimana mencerap kedudukan bintang lain, atau planet atau galaksi atau nebula, saya akan menggunakan buruj ini sebagai titik rujukan.

Secara ringkas nama bagi setiap bintang dan kategori bintang dalam buruj biduk adalah seperti berikut



α - Alpha = Dubhe
β - Beta = Merak
γ - Gamma = Phecda
δ - Delta = Megrez
ε - Epsilon = Alioth
ζ - Zeta = Mizar
η - Eta = Alkaid


Setiap bintang ini dan garisan yang dibuat antara bintang-bintang ini boleh menjadi penunjuk kepada objek lain di langit.

Saya percaya bahawasanya salah satu fungsi bahasa adalah menunjukkan kemajuan dan pengetahuan bangsa itu. Contohnya perkataan 'ais' kita ambil dari bahasa Inggeris 'ice' kerana di negara iklim khatulistiwa ini tidak pernah wujud apa itu 'ais'. Sama juga dengan 'paddy' atau 'agar' kerana di barat tiada tanaman padi dan juga mereka tidak makan agar-agar.

Dan, wujudnya nama 'biduk' dan 'senduk' untuk buruj ini adalah penanda aras, bahawasanya sejak dahulu lagi bangsa kita adalah bangsa pencerap langit. Mereka mencerap langit mencari penunjuk arah, dan sudah tentulah guna penunjuk arah yang paling ketara adalah pabila tiada mercu bumi seperti gunung atau bukit untuk dijadikan perujuk. Dan sudah tentulah keadaan itu hanya terjadi pabila kita tidak berada dekat dengan daratan, yakni kita berada di lautan. Dan sudah tentulah dengan adanya nama buruj 'biduk' ini, ianya menjadi bukti bahawasanya kita adalah asalnya bangsa yang menjelajah.

2 ulasan:

  1. michelle belagak dan bodoh

    BalasPadam
  2. buruj biduk memang sangat menarik saya akan pelajari buruj yang lain juga .. saya amat teruja dengan pelajaran saya dengan buruj...

    BalasPadam