..dan saya menarik tali plastik itu, menyimpulkan di hujung dan mengangkat plastik hitam itu. Kemudian saya bergegas ke pintu dan membuka pintu rumah, kemudian membawa beg plastik sampah itu ke luar rumah. Saya mengangkat beg itu dan memasukkannya ke dalam tong sampah bernombor 110 BVR (tong sampah rumah sebelah, kerana tong sampah rumah saya tiada, kedekut punya Samara).
Semasa saya buka pintu tadi, saya perasaan ada 4 orang lalu lalang di hadapan rumah rumah. Satu pasangan, dan dua perempuan bersendirian. Semasa saya membuka pintu, mereka melihat saya. Sebaik sahaja saya membuang sampah ke tong sampah itu, pabila saya melihat mereka, saya dapati mereka melihat saya dengan senyuman, yang lebar.
Dan saya dapati semasa saya menoleh kepada mereka sebelum memasuki rumah, saya dapati mereka masih senyum pada saya.
Saya hairan, dalam kira-kira 1 minit itu mereka berjalan sambil memandang saya dan senyum kepada saya.
Terasa pelik, saya memandang ke bawah dan melihat kaki saya.
Ianya adalah seluar, dan saya memakai seluar.
Tak mungkin mereka senyumkan saya kerana saya tidak memakai seluar.
Lagipun jika saya tidak memakai seluar tetapi berkain pelikat, orang hanya merenung lama kepada saya dan bukan tersenyum (sudah beberapa kali ini terjadi).
Sebaik sahaja kaki melangkah menaiki tangga batu untuk masuk dalam rumah, tangan saya menggapai headphone di kepala yang senget. Ianya senget semasa saya menunduk ketika hendak mengikat beg sampah tadi. Untuk membetulkan kedudukan headphone dan membuatkannya lebih selesa, saya menariknya dahulu dan menanggalkannya dari kepala.
Dan pabila headphone itu tidak lagi menekup telinga saya dengan lagu Bunyi Gitar dari P. Ramlee itu barulah saya perasaan tentang sesuatu.
Bunyi kicauan burung, bunyi angin meniup di celahan rantingan pohon krismas sepasang, bunyi kereta di jalan, dan bunyi orang berjalan kaki.
Headphone itu telah menutup pancaindera saya yang dinamakan pendengaran, dan seraya headphone itu dikeluarkan barulah saya terdengar sesuatu yang saya agak 'familiar'.
Ianya adalah suara berirama, "Oh gitar berbunyi, menawan hati sedang berahi, oh ranchaknya irama, dapat mikat sukma, gadis dan teruna mahu cari teman gembira".
Dan ianya adalah suara saya.
Lalu secara automatik muka saya terasa panas dan mulut terkata, "Oh damn!"
Patutlah mereka melihat saya tadi, rupanya saya sedang menyanyi semasa membuang sampah itu.
Dan tiba-tiba saya terasa sangat bodoh kerana terfikirkan bertapa kuatnya saya menyanyi di tempat awam itu.
Saya teringat kira-kira 5 atau 6 tahun yang lepas. Semasa bersekolah. Ketika di tingkatan 4 dan 5, saya mengalami masalah tidak dapat tidur yang teruk pada waktu malam. Ianya menyebabkan saya tidak dapat melelapkan mata hinggalah pukul 3 atau 4 pagi.
Untuk mengisi masa lapang ketika sedang menunggu mata untuk memberat, saya menghabiskan masa di bilik study.
Sesudah bermain kejar-kejaran dengan En Azemi bin Salim, atau Cikgu Mardis atau juga cikgu Yusri atau Cikgu Fakhrul dan Cikgu Yazid, selalunya masa saya tiba di bilik study adalah pada pukul 12.30 malam. Ini kerana tiada sesiapa pun dibenarkan berada di bilik study selepas pukul 12 malam. Maka selepas warden-warden tadi meninggalkan asrama, saya turun semula ke bilik study.
Pada ketika itu selalunya sudah tidak ramai orang di bilik study. Kalau ada pun mungkin Uj, atau Pitt yang sedang menunggu giliran menggunakan public phone bagi menge'kol' awek.
Dan pada pukul 1 pagi, segalanya akan kosong. Meninggalkan saya, meja, lampu pendaflor, buku rujukan kimia atau fizik, dan senjata keramat saya; walkman.
Dan saya memalamkan earphone ke telinga, mencari siaran 92.8 fm.
Taktala walkman mula bersuara, cengerik mula membisu, maka saya meninggalkan dunia, dan malam mulai shahdu.
Maka dengan segala bunyi-bunyi di sekeliling itu tidak lagi kedengaran, telinga saya hanya dijamu bunyi-bunyian dari walkman. Dan fikiran saya mula menyatu padu pada ayat di buku di hadapan, seraya imaginasi saya mula membayangkan setiap penerangan di buku itu.
Dan segala troli, penimbang berat, trajektori di buku fizik itu akan muncul dihadapan saya, atau setiap butir atom dan molekul kimia dalam buku kimia itu akan berlanggar di hadapan saya.
Dan fikiran saya akan fokus sehinggalah kira-kira pukul 3 pagi. Dan taktala saya baring di atas katil, menekan punat off pada walkman itu, mata saya pun terlelap bersama hembusan angin Behor Pulai.
Ianya adalah kenangan yang saya masih rindukan sehingga sekarang. Kenangan study pada larut malam dengan earphone di telinga.
Dan perangai memasang earphone itu masih lagi melekat pada saya sehingga kini.
Cuma kali ini saya menggunakan headphone. Wireless headphone.
Sori housemate kalau saya melalak tengah-tengah malam. Sumpah tak sedaq!
Orang tua-tua cakap kalau anak dara menyanyi kat dapuq, nanti dapat laki tua. Habih tu tiap kali masak aku menyanyi, tak kan dapat bini tua? Aiyak!
Phillips SBC HC 8445, harga asal 50 pound. Bid kat eBay brand new Januari 2009 dapat 15 pound.
Kenangan 5 tahun yang lepas masa tingkatan 5.
Salah satu lagu nostalgia waktu tingkatan 5.
The cure-End of the World
Selamat mengulangkaji!
Lagi satu headphone itu mempunyai bass yang sangat mantap. Saya memakainya setiap masa di dalam rumah, termasuklah di dalam tandas. Dan saya sangat annoyed dengan spesis manusia yang suka sangat menggunakan function BUZZ dalam YM, ini sangat mengannggu dan hampir memecahkan kepala saya kerana bunyi BUZZ di headphone yang mempunyai bass yang sangat hebat adalah bunyi terakhir yang anda hendak dengar semasa
sedang fokus membuang air besar.