..dan celahannya itu terdapat silau.
Saya cuba menyelak langsir itu lebih rapat jurai kiri dan kanannya. Namun tampak seperti tak berhasil.
Di atas meja yang bersulam kertas-kertas putih bertebaran saya cuba menampung tangan.
Imbangkan badan.
Sementara tangan pasangannya menarik-narik langsir.
Ah, matahari sudah suram semula, mendung diculik awan kedengki.
Kalau tiada matahari di nanti-nanti, kalau sudah diperolehi dimaki pula. Manusia.
Saya merenung matahari redup mencuri keindahannya. Silau walau agak redup, masih mampu membingitkan anak mata. Cantiknya harga silau.
Setiap sesuatu itu punya harganya.
'For every action, there's opposite reaction'
'The law of equivalent exchange'
Barang yang baik mahal harganya.
Setiap sesuatu itu perlu dibayar dengan harganya yang setimpal.
Apa yang saya punya sekarang hanyalah masa, dan saya terpaksa membelanjakannya untuk sesuatu yang telah saya nikmati sebelumnya.
Jumaat, 1 Julai 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan