Khamis, 25 Mac 2010

..otak sang manusia..

..dan semenjak itu saya semakin banyak berteori. Namun salah satu teori yang saya masih pegang hingga sekarang adalah manusia seperti graf taburan normal.

Pada saya, segala yang ada di dunia ini boleh dibandingkan dengan graf taburan normal. Segalanya, jika kita ambil bilangan manusia di dunia ini dan kita kira jumlah bilangan manusia dan dipadankan dengan perangai mereka yang telah diskalarkan, taburan itu membentuk satu graf taburan normal.

Contohnya perangai manusia. Jika kita bina satu skala untuk perangai manusia dari yang paling teramat jahat kepada paling teramat baik, kita akan dapati tak ramai orang yang berperangai sangai jahat, dan tak ramai juga yang berperangai sangat baik. Kebanyakannya adalah di tengah-tengah atau di 'mean' graf yang terbentuk.

Juga pada kekuatan fizikal manusia. Tak ramai orang saya rasakan sangat lemah sehingga tak mampu untuk berbuat apa-apa, dan tak ramai juga yang menjadi atlet sukan sehingga memegang rekod dunia. Jumlah teramai tetap pada 'mean' graf tersebut.

Dan yang paling terkenal tentang graf normal dan aplikasinya juga sudah tentulah IQ manusia. Dan seperti yang sering kita dengar, orang genius adalah orang yang mendapat markah dalam ujian IQ yang tinggi di mana hanya kira-kira 2 peratus sahaja manusia yang punya markah ujian IQ sepertinya. Kenapa 2 peratus? Kerana dalam taburan graf normal, 2 peratus ini, atau sebenarnya 2.1% dari populasi manusia mendapat markah ujian begini dan ianya merangkumi 3 'standard deviation' teratas dalam graf normal itu. Maka, jika ada 'upper limit' untuk graf normal itu, sudah tentulah punya kumpulan terbawah dalam skor IQ. Jika anda peminat Forrest Gump, mungkin anda sedar pabila Guru Besar di sekolah rendahnya menunjukkan graf IQ yang diterima untuk memasuki sekolah awam, di manakah Forrest Gump berada dalam graf itu dan apakah sifatnya.

Mungkin sesetengah orang yang kenal saya pernah mengetahui bahawa saya seorang yang kerap mengutuk Sains Sosial. Bidang-bidang 'soft sciences' ini saya selalu ibaratkan sebagai bidang bungkus belacan, di mana tesis mereka layak di buat bungkus belacan.

Ianya mungkin bermula dari latar belakang saya yang dibesarkan dengan suasana yang ditonjolkan oleh ayah saya. Oleh kerana ayah saya dahulunya seorang geologis, pernah menjadi jurutera dan akhirnya menjadi pensyarah kejuruteraan, saya dibesarkan dalam suasana 'hard sciences'. Abah selalu bercertia tentang perihal kejuruteraan, geologi dan mesin. Dan saya rasakan dalam kepala saya juga masih lekat beberapa nama batuan yang abah tunjukkan.

Dan pabila di dalam bidang 'hard sciences' ini yang melibatkan segala-galanya adalah sesuatu yang definit, jitu dan jelas, saya kerapa mengutuk bidang 'soft sciences'.

'Hard sciences' adalah bidang-bidang yang melibatkan banyak eksperimen yang melahirkan jawapan jitu dan berkait rapat dengan matematik serta perkara yang jelas, contohnya kejuruteraan, kimia, fizik, geologi, biologi. Jika kita melihat tesisnya, ianya banyak bergantung kepada jawapan yang berdasarkan eksperimen serta melibatkan matematik.

'Soft sciences' pula adalah bidang yang melibatkan perkara yang tak dapat dilihat, contohnya sosiologi, pengurusan. Ianya banyak bergantung pada pendapat manusia, dan jika dilihat tesisnya juga banyak berkait dengan pendapat yang kita sendiri boleh canggahkan, dan banyak juga 'quote' dari orang lain. Itulah kenapa saya kata tesis 'soft sciences' ini adalah tesis bungkus belacan, kerana apa yang ditulis mereka itu adalah petikan kata-kata atau pendapat orang lain. Bidang ini juga mendapat jolokan sains kerana mereka sedaya upaya cuba menunjukkan ke'sains'an mereka dengan membuat eksperimen menggunakan 'Scientific Method'.

Saya rasa anda akan lebih memahami apa yang saya katakan jika anda pernah belajar falsafah, atau paling kurang Theory of Knowledge. Untuk bekas pelajar KMB, anda mungkin pernah membca tentang Umbrelallogy, kan? Itulah apa yang saya fikir awalnya.

Dan sekarang, atau juga saya rasa kira-kira 5 tahun yang lepas, saya mula menyedari kesilapan saya berfikir begitu. Kerana 'soft sciences' ini juga sebenarnya juga adalah bidang sains yang berkait rapat dengan kemanusiaan dan sifat manusia. Ianya juga mengajar saya untuk berinteraksi dengan manusia. Saya masih ingat rasanya apa yang saya belajar dalam Business and Management di KMB. Setiap skil pengurusan, motivasi, kepimpinan itu begitu menarik apabila difikirkan. Sesungguhnya walaupun semua itu sebenarnya adalah skil semulajadi bagi sesetengah orang, bagi saya, ianya sesuatu yang menarik terutama pabila kebanyakannya disokong oleh eksperimen yang dibuat bagi menyokong teori-teori itu.

Dan salah satu minat saya sekarang juga mula berputik kepada neurologi. Oh, mungkin sejak dahulu lagi saya minat kepada bidang neurologi. Mungkin ini salah satu dari bidang yang mengaitkan cita-cita semasa kecil saya untuk membina anggota badan robotik, dengan bidang yang saya ceburi sekarang.

Neurologi secara umumnya berkisar tentang urat saraf dalam badan kita. Sistem kawalan dalam badan kita. Ianya terbahagi kepada banyak bidang, antaranya yang biasa kita dengar adalah berkait dengan otak, berkait dengan saraf tulang belakang, berkait dengan kawalan ke atas pergerakan otot. Bidang ini sangat berkait rapat dengan psikologi. Juga hormon, tindak balas badan dalam badan kita, perkembangan manusia.. kerana otak kita mengawal segala-galanya dalam badan, saya rasa neurologi berkait rapat dengan segalanya. Sudah tentulah, tiada yang berlaku dalam badan kita yang tiada kaitan dengan organ lain. Semuanya berkait rapat antara satu sama lain.

Dan kerana sekarang saya sedang membuat 'assigment' yang saya pilih dalam bidang neurologi, saya dapat rasakan betapa uniknya otak manusia ini.

Kalau dahulu saya mengetahui sel neuron adalah antara sel yang tak dapat diperbaharui dalam badan manusia, atau juga tak akan digantikan jika rosak, saya sering tertanya-tanya bagaimanakah seseorang itu belajar atau ingin menjadi pandai jika sel otaknya tak akan bertambah.

Mungkin ini kerana persoalan saya pada ketika itu hanyalah pada minda seorang budak tingkatan 2 atau 3 mungkin, tapi sekarang segala dogma yang saya pegang sedikit sebanyak telah dibetulkan.

Ini kerana otak sebenarnya adalah sesuatu struktur yang plastik, ianya berubah bentuk. Memang, sel neuron itu tak akan bercambah atau berganti, tak seperti sel-sel lain yang tumbuh semula jika rosak. Tetapi sel neuron punya akar-akar akson dan dendrit, yakni akar-akarnya yang menghubungkannya dengan sel neuron yang lain.

Jika anda inginkan apakah perumpaaan otak manusia itu, saya secara ringkas berikan perumpaan seperti papan litar berwarna hijau yang kita belajar semasa tingkatan tiga dalam Kemahiran Hidup.

Litar itu punya lubang yang boleh kita pasang alat seperti transistor, atau mentol. Jika dalam otak, lubang itu adalah sel neuron. Dan setiap neuron itu berhubung dengan antara satu sama lain. Bebelirat dengan berjuta akson dan dendrit. Semasa bayi, atau tak jauh saya katakan semasa masih dalam kandungan, akson dan dendrit atau 'wayar ini belum atau kurang maka sel neuron belum berhubung sepenuhnya. Bermula dari kandungan dengan mendengar suara ibu atau dodoian mahupun bacaan al-Quran, wayar ini mula dibentuk oleh sel neuron menghubungkannya dengan sel neuron yang lain sehingga menjadi berbelirat seperti papan litar hijau itu.

Dan jika di papan hijau itu kita akan kuatkan aliran, atau perlahankan aliran dengan memasang dan memateri wayar atau memutuskan sedikit litar atau memasang perintang, begitulah juga dengan otak manusia. Jika dalam litar itu, kita akan memutuskan dengan memotong litar, jika dalam otak wayar itu akan 'diputuskan' menggunakan neurtransmitter yang meghalang laluan impulse. Kebanyakannya dari jenis GABA. Untuk kuatkan litar juga, otak gunakan neurotransmitter dari jenis glutamat. Sebenarnya masih banyak lagi neurotransmitter dalam otak, maka wayar dalam otak boleh diputus, dikurang, dikuatkan dengan berbagai tahap kekuatan.

Belum cukup dengan itu, jika papan hijau itu sekali litar diputuskan tak boleh disambungkan, dalam otak wayar yang 'putus' boleh disambung dengan yang membuang reseptor GABA yang membolehkan pesakit strok berjalan atau menggunakan anggota badan mereka semula!

Oh, belum cukup dengan itu. Jika papan hijau itu hanya selapis atau 2D, ketahuilah otak ciptaan tuhan itu sebenarnya dalam bentuk 3D. Sangat kompleks!

Dan semasa kita belajar, setiap apa yang kita simpan dalam memori, apa yang kita alami, pewayaran otak ini akan berubah. Inilah yang dinamakan plastisiti otak. Plastik merujuk kepada berubah bentuk.

Dan, seperti bezanya setiap komputer pada prosesornya, begitulah kita.

Apa yang kita fikir, bagaimana cara kita berfikir, bergantung kepada bagaimana otak kita diwayarkan. Dan bagaimanakah otak kita diwayarkan? Ianya bergantung pada bagaimanakah kita dibesarkan, dan bagaimanakah kita didik, dilatih, pengalaman, segala-galanya yang masuk dalam otak kita tanpa kita sedar atau tidak sedar.

Bagaimana kita berfikir, bergantung banyak pada pengalaman kita.

Namun selain dari faktor pengalaman terdapat juga pengaruh genetik dan perkembangan sel neuron itu sendiri pada mulanya. Sudah tentulah kerana genetik itulah yang membentuk diri kita, berapa banya sel neuron dan kecenderungan pengwayaran otak kita bergantung pada ekspresi protein dalam sel kita, dan ini bergantung pada genetik kita.

Tentang perkembangan sel neuron pula, boleh jadi semasa dalam kandungan ibu atau bayi, atau semasa dari zigot itu lagi, mungkin terdapat sedikit 'glitch', atau sesuatu yang sedikit tidak normal berlaku yang lain dari orang lain. Yang akhirnya mengakibatkan proses pewayaran otak itu terjadi lain sedikit dari populasi dunia majmuk. Maka mereka-mereka ini menjadi sedikit berlainan dari orang lain dari segi pemikiran.

Saya tak merasakan kanak-kanak autism itu sebenarnya mengalami masalah neurologikal, juga penghidap dyslexia. Seperti juga saya katakan manusia ini ibarat taburan graf normal, bagi saya mereka ini hanyalah segelintir dari 2% manusia yang punya pengwayaran otak mereka berbeza dari 98% otak mereka yang lain. Maka akibat sedikit kelainan ini kita memandang mereka sebagai orang yang kurang kemampuan. Saya mendengar berulang kali bahawa pesakit dyslexia punya masalah dalam penulisan dan pembacaan kerana mereka sering tertukar huruf 'b' dan 'd', 'p' dan 'q' dan lain-lain. Dan saya juga mendengar ini kerana mereka melihat dunia secar terbalik. Mungkin ini hanyalah kerana otak mereka diwayarkan sedikit berlainan. Maka tak hairanlah kebanyakan genius yang kita dengar seperti Albert Einstein, Leonardo Da Vinci, Mozart sebenarnya disleksik. Ini kerana mereka melihat apa yang kita tak dapat lihat.

Juga autism. Sifat telitian mereka dalam menyusun barang itu sebenarnya mengambarkan ketelitian mereka dalam membuat sesuatu. Dan tak jauh juga saya katakan sifat ketelitian ini sebenarnya sangat penting dalam bidang 'hard sciences', itupun jika mereka berjaya fikir seperti apa yang kita fikir.

Melihat kepada betapa kompleksnya plastisiti otak manusia, dan kompleksnya pengwayaran neuron dalam kepala, saya tahu setiap manusia itu berbeza.

Setiap manusia itu sememangnya sangat-sangat berbeza. Dari mula ovum disenyawakan sperma, sehingga otak berkembang dan dendrit serta akson menjalar, kemudian dalam pembelajaran semasa kecil hingga dewasa, setiap manusia itu pemikirannya berbeza.

Dari pengalaman, genetik, perkembangan otak, persekitaran, kita tak boleh harap seseorang itu berfikir seperti apa yang kita fikir. Kerana dasarnya memang kita berbeza.

Saya ingin menyentuh sedikit tentang genius. Saya lihat disekeliling saya banyak orang yang sedikit 'pelik' dan lain dari orang lain. Namun mereka ini punya keupayaan otak yang jauh melampui orang lain. Orang dari jenis yang tidak study tetapi masih lagi boleh cemerlang dalam peperiksaan, serta banyak lagi. Namun kerana mereka ini berbeza dan pelik, mereka sering dipinggirkan dari segi sosial kerana tidak mampu bergaul, atau juga kerana perangai mereka tidak dapat diterima orang lain.

Sangat sedih, pabila melihat mereka ini dari kalangan bangsa saya diketepikan. Bukan sahaja secara sosial, tapi juga kepada peringkat tertinggi hingga ke tahap kerajaan. Masih lagi belum mampu menyelamatkan mereka ini. Bagi saya, mereka ini secara neurologikalnya hanyalah seseorang daripada 2% populasi manusia yang otaknya diwayarkan sedikit berbeza.

Saya tahu banyak definisi tentang genius, tapi dalam konteks ini, definisi yang saya ingin gunakan adalah;

'a genius, is someone that can utilise his environment for his own survival'

Dan jika kita masih meminggirkan seseorang itu kerana dia pelik, sesungguhnya kita adalah bodoh kerana tidak mampu berinteraksi dengannya bagi kepentingan masa hadapan kita (walaupun berbuyi sedikit pentingkan diri sendiri)

Dan sekarang dengan lebih banyak mengetahui tentang neurologi, 'soft sciences' saya rasakan semakin menarik. Tentang bagaimana kompleksnya proses pewayaran otak manusia itu membina personaliti seseorang itu.

Mungkin anda pernah mendengar tentang bidang Psychoneuroendocrinlogy, atau juga anda tak pernak dengar sebelum ini seperti saya. Saya juga baru belajar tentang bidang ini semasa sesi Individu dan Populasi minggu lepas. Dari namanya yakni Psycho+Neuro+Endocrin, ianya adalah bidang yang menghubung hormon, otak dan kesannya kepada psikologi manusia. Dan juga ianya berkait rapat dengan sosiologi manusia amnya. Saya rasa bidang itu sepatutnya dinamakan Sociopsychoneuroendocrinology hah!

Ianya amat menarik sebenarnya, melihat kepelbagaian perangai manusia di dunia ini. Mungkin ada yang perangainya periang, ada yang pemalas, ada yang sangat rajin, ada yang suka mencari pasal, ada yang peramah. Seperti yang saya kata, perangai manusia ini ibarat graf normal.

Dan jika kita rasa perangai seseorang itu menjengkelkan kita kerana dalam graf jangkaan kita dia berada di skala paling bawah, ingatlah di skala sesetengah orang lain juga kita berada di paling bawah.

Kita boleh juga berfikir orang lain bodoh, tak berguna. Mungkin kerana kita sudah cukup hebat hingga tiada kecacatan tak salah untuk kita berfikir begitu. Dan jika pun kita sememangnya seorang yang sangat sempurna, memang tak salah untuk kita berfikir begitu. Kerana sesorang yang sudah sempurna punya hak untuk bercakap tentang ketidaksempurnaan, itulah pendapat saya. Tapi adakah semua orang sempurna?

Saya tidak tahu, mungkin kerana setelah melalui segala yang saya telah lalui dalam hidup saya semenjak saya dilahirkan maka otak saya telah diwayarkan sebegini rupa. Ataupun kerana secara genetiknya otak saya diwayarkan begini, atau juga semasa perkembangan otak saya memang begini, beginilah saya berfikir.

Dan, kerana plastisiti otak mungkin, semenjak 10 tahun kebelakangan ini saya dapat rasakan pengwayaran otak saya sedikit sebanyak telah berubah.

Tak ramai yang tahu saya asalnya panas baran, saya punya 'expectation' yang tinggi terhadap orang, dan saya mudah berang apabila seseorang itu melakukan apa yang dia tak patut saya lakukan. Mudah kata saya tidak suka kepada ketidaksempurnaan. Dan saya punya kecenderungan untuk beranggapan orang lain mesti mengikut fahaman dan falsafah saya.

Tapi, kerana apa yang telah saya hadapi atau mungkin sekali saya kata itu sebenarnya dalah proses pematangan dan pendewasaan saya, segalanya telah banyak berubah.

Sekarang, saya rasa saya lebih mudah menerima ketidaksempurnaan dan itu, dan juga mudah menerima apa yang saya jangkakan dari seseorang itu jauh sekali panggang dari baranya.

Bagi saya, segala apa yang ditonjolkan oleh perangai seseorang itu bergantung pada apa yang ada di dalam otaknya, bagaimana otaknya diwayarkan. Ianya agak unik kerana dengan setiap perangai manusia, kita dapat melihat betapa agungnya ciptaan tuhan.

Dan, sedikit sebanyak apabila berfikir begini, saya lebih tetarik dengan manusia serta sifatnya, serta kaitan mereka dengan otak mereka. Bagaimana pengalaman sesorang itu menyebabkan otaknya dibentuk sedemikian rupa sehingga perangainya menjadi begitu. Sebenarnya amat menarik untuk difikirkan. Dan daripada saya berasa sakit hati atau marah dengan seseorang, lebih baik saya berfikir begini. Tidakkah ini juga menambah pengetahuan saya?

Cubalah, manusia ini sebenarnya unik.

Agungnya ciptaan tuhan.

Subhanallah.

Isnin, 22 Mac 2010

..cahaya..

..dan kemudian ianya pun sampai kepada fotoreceptor di dalam mata.

Photon-photon elektromagnet itu pun mengubah konformasi molekul kimia, yang menganjak pada perubahan kecerunan tenaga potensi antara membran.

Seraya diikuti dengan merebaknya tenaga potensi itu di sepanjang aliran bernama akson itu.

Hampir sama seperti wayar elektrik yang mengalirnya elektron di celahan atom tembaga itu, apa yang mengalir dalam 'wayar akson' ini adalah atom itu sendiri. Prinsipnya sama. Cas.

Maka pabila cas itu sampai ke dalam kotak suis I/O otak bernama talamus, ianya dihantar ke bahagian sepatutnya. Maka cas itu sampai di benjolan ossipital di belakang kepala.

Otak manusia, sama seperti litar berwarna hijau yang kita belajar dalam kemahiran hidup tingkatan 3.

Pewayarannya berbelirat dan 3 dimensi. Ada litar yang dikuatkan dengan wayar tambahan atau paterian, atau neurotransmitter glutamate yang mengujakan.

Ada pengwayaran yang diputuskan dengan memotong litar dengan playar, atau penghalangan neurotransmitter asid gamma-aminobutyeric.

Dan dari pengujaan dan penghalangan ini, dari penyambungan dan pemutusan litar elektrik ini, jadilah unit pemproses utama terbesar bernama otak!

Oh tidak, sebenarnya, di otak itulah CPU, RAM, Hardisk dan segala-galanya.

Diproses, dan akhirnya kita menyedari cahaya itu adalah objek bernama dunia.

Kita, melihat di dalam kepala.

Juga mendengar, merasa, menyentuh, segalanya.

Adakah benar jika kita berkata orang bodoh, jahat, tidak berperikemanusiaan, atau hina. Atau sebenarnya ianya hanyalah dalam kepala kita?

Jika kepala kita gelong? Gelonglah dunia kita.


Dan,

apa yang positif,
dan negatif di dunia ini,

adalah apa yang kita lihat,
adalah apa yang kita proses,
adalah apa yang sebenarnya
sudah sedia ada dalam kepala kita.

Apa yang kita lihat, bergantung pada siapa diri kita.






Manusia, hanyalah tindak balas kimia.

Sabtu, 20 Mac 2010

..good good!..

..dan semasa kecil salah satu bunyi yang saya sering takut ketika berada di rumah tok di Kampung Telok Malek adalah bunyi burung gudgud.

Semasa saya kecil, belakang rumah tok masih lagi hutan, sekarang sudah jadi tempat orang tanam apa entah. Depan rumah tok pula seberang dari balik jalan ada alur. Alur, atau juga orang Kedah panggil aloq adalah seperti sungai yang sedikit kecil. Belakang rumah tok pula ada parit. Parit dalam bahasa Kedah yang dituturkan orang kampung merujuk kepada longkang yang bersaiz besar, tapi dalam pertuturan saya parit dan longkang itu sama sahaja (I speak broken Kedah language).

Dan seperti yang sering kita dengar dalam peribahsa 'bagai aur dengan tebing' yang merujuk kepada betapa rapatnya hubungan antara sungai, atau laluan air yang sering menjadi habitat kepada pohon buluh atau aur, begitulah keadaan di rumah tok saya. Di tepi parit, dan alur itu tumbuh merimbun pohon-pohon buluh. Itulah asalnya peribahasa 'bagai aur dengan tebing', di mana sahaja ada laluan air yang besar, di tebingnya terdapat aur, ataupun nama modennya pohon buluh. Ianya sama seperti 'bagai isi dengan kuku', tak dapat dipisahkan.

Dan pohon buluh juga menjadi salah satu penanda terdapatnya laluan air jika anda sesat di dalam hutan belantara. Tapi ini hanya sah di Malaysia kerana buluh di Malaysia tumbuh dekat dengan saluran air dalam rumpun, tapi buluh contohnya di Jepun dan China tumbuh sebatang-sebatang dan jaraknya jauh-jauh. (Saya sudah lupa istilahnya, mungkin dikotomi atau monopod, saya belajar untuk Kuiz Sains Alam Sekitar semasa saya tingkatan 5)

Berbalik kepada burung gud-gud ini ianya agak misteri. Saya tidak pernah nampak burung itu, hanya bunyinya yang menderam dengan penuh misteri yang membuat saya ketakutan. Ianya berbunyi,

'gud gud gud gud gud gud gud gud gud gud gud'

dengan nada serupa hantu yang tinggi pada awal, kemudian beransur perlahan di penghujung.

Setiap kali pulang tadika jika saya terdengar bunyi ini, mesti saya cuak-cuak atau terbayang-bayang ada hantu dalam pohon-pohon buluh di depan dan tepi rumah tok itu yang membuat bunyi itu sambil menjelirkan lidah dan mata terbeliak menjegil pada saya. Ini kerana burung gud-gud ini saya dapati suka hinggap pada pohon buluh.

Tapi saya selamat, kerana rimbun buluh di tepi rumah tok adalah dari jenis pohon buluh yang kecil (ok, saya lupa nama jenis buluh itu apa, tapi ianya dari jenis yang orang membuat batang kail) manakala buluh di depan rumah tok itu adalah dari jenis buluh meriam (juga diguna buat lemang). Buluh meriam tinggi dan rimbun serta besar maka burung gud gud suka hinggap di hujungnya yang lentok.

Ada satu jenis buluh yang mesti anda semua pernah dengar dari peribahasa. Peribahasa 'suara merdu bak buluh perindu'. Buluh perindu adalah sejenis buluh yang apabila angin bertiup melalui celahan rumpunnya, akan berdesir bunyi yang menenangkan jiwa dan aman, lalu menjadilah peribahasa itu. Buluh perindu juga menjadi pilihan untuk membuat seruling pada masa dahulu kerana bunyinya juga lebih enak. Satu lagi jenis buluh adalah buluh betung. Buluh ini memang besar dan saya rasa ianya juga digunakan untuk membuat meriam buluh.

Berbalik kepada burung gud-gud. Semasa saya sekolah rendah saya pernah terjumpa bangkai seekor burung yang sangat besar di tengah jalan. Saya sangkakan burung helang kerana saiznya lebih besar dari burung gagak dan warnanya koko dengan bukaan kepaknya hampir sehasta saya. Namun pabila diberitahu abah, baru saya tahu ianya adalah burung gud-gud. Dan selepas itu saya rasa, barulah saya mula dapat lihat burung gud-gud di pohon-pohon buluh itu.

Sekarang sudah tiba musim bunga. Hari ini equinox, menandakan siang dan malam sama panjang. Tanpa 'day light saving', pukul 6.15 pagi sudah mula cerah manakala 6.15 petang sudah mula gelap. Dengan day light saving nanti, ianya akan menjadi seperti di Malaysia; cerah pukul 7.15 pagi, malam 7.15 malam. Sekarang masih beza 8 jam dengan Malaysia, nanti akan beza 7 jam.

'Day light saving' bermula pada Ahad terakhir bulan March, dan tamat pada Ahad terakhir bulan September.

Di Malaysia, saya sering terjaga di waktu pagi kerana bunyi kicauan burung. Bermula semasa saya di sekolah rendah dan tinggal di Taman Mahsuri Fasa 2D, di Taman Suria 2, di sekolah asrama Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, di Kolej Mara Banting.

Dan kini, setelah habis musim sejuk, burung-burung keluar dari hibernasi dan ada yang sudah mula berhijrah pulang ke UK.

Kicauan burung mengejutkan saya setiap pagi.

Mungkin ini hanya perasaan saya, tapi saya rasakan burung selalunya mula berkicau kira-kira 2 jam sebelum matahari naik, yakni ketika masuk subuh.

Dan saya sudah mula terjaga pukul 4.30 pagi kerana bunyi kicauan burung.

Saya rindukan bunyi burung teras nangka berwarna kuning yang saya selalu dengar dari sekolah rendah, sekolah menengah dan juga di Taman Mahsuri Jasmina. Di rumah saya di Malaysia, burung teras nangka selalu hinggap di pokok palma depan rumah saya. Memang cantik.

Dan burung gud-gud pula, membuat saya rindukan kampung saya.

Apa signifikasi burung gud-gud kepada saya di sini?

Mungkin kerana semasa saya di tadika, abang pernah cerita kepada saya bagaimana burung gud gud mendapat nama.

Cerita bermula pabila seorang Orang Putih membela seekor burung. Setiap kali burung itu membuat kerja atau menghiburkan orang putih itu, orang putih itu akan memuji 'Good!'. Maka setelah banyak kali mendengar, burung itu pun mengulangi perkataan 'Good' itu sehingga kini, dan memberikannya nama Burung Gud-Gud sempena bunyinya.

Orang putih, yang di negara mereka saya sedang hidup.

Pujian, seperti yang diberikan kepada burung itu, adalah lumrah dan tabiat orang putih itu sendiri. Mereka sentiasa memuji dan memberi galakan.

Belum pun saya mula secara rasmi bersekolah di sekolah rendah, abang telah pun menceritakan kepada saya perangai sebenar orang putih. Bila saya tiba di sini baru saya mengalami sendiri perkara itu.

Good good!

Tok di depan rumah. Perhatikan disebelah kiri gambar di celahan tiang nun juah di belakang ada rimbunan pohon buluh.


Pohon rambutan yang saya sering panjat semasa kecil. Disebelah kanan gambar adalah rimbunan pohon buluh yang sama dalam gambar sebelum ini.

Adik saya, Hazwan Adzfar bergambar bersama pohon buluh sambil duduk di atas busut tua.

Sabtu, 13 Mac 2010

..equinox..

..dan taktala saya menunggu-nunggu untuk berbuka puasa Ramadhan semasa tadika itu, hati saya tertanya-tanya, kenapa tiap kali saya melihat jam untuk waktu Maghrib masuk, kenapa waktunya berubah?

Semalam atau kelmarin mungkin cepat satu minit dari hari ini, atau juga lewat satu minit dari hari ini. Dan waktunya berubah setiap hari. Hati saya terdetik, kenapa waktu berbuka puasa berubah? Juga waktu tamat sahur berubah. Dan pabila melihat takwim jadual waktu sembahyang setelah usai menonton Jejak Rasul, saya melihat waktu solat berubah mengikut polanya.

Saya sering tertanya-tanya, kenapa begitu?

Dan di saat waktu pagi semasa menunggu van Pak Cik Ramlee di Taman Mahsuri Fasa 2D itu untuk membawa saya ke sekolah, saya juga sering tertanya-tanya. Seingat saya pada bulan Januari semasa mula persekolahan, pukul 6.45 pagi selalunya masih gelap, dan kini pada bulan Julai atau Ogos mungkin, pukul 6.45 sudah cerah. Juga semasa pulang sekolah petang semasa darjah dua atau 3 mungkin, kenapa lain benar suasana semasa pukul 7 malam?

Saya juga sering tertanya-tanya. Curiga melihat teknologi zaman dahulu yang membina jam matahari. Saya juga pernah membinanya semasa sekolah rendah dan mencubanya di halaman rumah saya, namun mengecewakan kerana langsung seperti tidak mampu berfungsi.

Soalan itu terngingang-ngiang dalam kepala saya hampir 15 tahun, dan kini, atau tepat sekali bermula tahun lepas, ianya mula terjawab pabila saya sendiri mengalaminya.

Jika semasa darjah 5 saya hanya melihat sahaja rajah di bawah ini tanpa mengetahui apa signifikannya kepada dunia kerana saya mengalami siang dan malam hampir sama panjang, kini saya mengerti.



Tampak seperti pernah lihat bukan?

Ianya adalah fenomena yang saya dapat rasakan pabila sudah lagi tidak berada dekat dengan garisan khatulistiwa.

Akibat paksi bumi yang condong 23.5 darjah, suasana di kutub lain daripada suasana di garisan khatulistiwa.

Saya mulakan dengan menerangkan secara ringkas penggunaan rajah di bawah. Rajah di bawah adalah carta langit. Biru itu menandakan langit dan hijau itu, mm menunjukkan kawasan yang kita tak dapat lihat di bawah ufuk. Di tengah-tengah bulatan biru itu adalah di mana mata kita akan melihat jika kita melihat betul-betul 90 darjah atas kepala kita.



Di sebelah atas adalah utara, bawah selatan, KIRI adalah TIMUR, dan KANAN adalah BARAT. Beza pada kiri dan kanan adalah kerana pabila kita melihat ke langit, arah kiri kita adalah timur kerana kita melihat dari bawah, berbeza dari pabila kita melihat peta yang kiri adalah barat kerana kita melihat dari atas.

Seperti diterangkan, jika di tengah-tengah rajah itu adalah 90 darjah, dan sempadan bulatan itu adalah ufuk atau 'horizon', maka dari ufuk ke tengah bulatan terdapat 90 darjah beza. Jika di langit bagaimana mahu membuat pengukuran? Cara yang mudah adalah dengan menggenggam penumbuk anda seperti rajah di bawah. Jika anda luruskan tangan anda kehadapan, ianya hampir sama dengan 10 darjah. Maka dengan meluruskan tangan anda secara bertingkat-tingkat tegak ke atas sebanyak 9, ianya hampir menyamai 90 darjah.





Pabila saya menerangkan tentang rajah seterusnya, anda boleh membuat penilaian sendiri semasa mencerap kedudukan matahari di waktu siang nanti.

Fenomena yang berlaku di sini (mengambil kira kedudukan Leeds di UK ini kira-kira 54 darjah utara) adalah berkait rapat dengan rajah yang kita belajar semasa darjah 5.

Semasa bulan Disember dan Jun, kita dapat lihat paksi bumi betul-betul condong dari matahari. Keadaan ini di bumi dinamai sebagai soltis. Semasa kira-kira bulan March dan September pula, kita dapat melihat peralihan antara kecondongan ini.



Semasa Soltis Musim Sejuk, jika dilihat pada kecondongan paksi bumi yang menyebabkabn kutub utara jauh dari matahari, maka kita dapat mengagak bahawa kurang cahaya matahari di kutub, atau lebih tepat hemisfera utara (maka diberi nama Soltis Musim Sejuk, merujuk kepada Musim Sejuk di kutub utara, saya tahu, agak bias). Maka melihat pada putaran bumi dan gerakan matahari di langit Leeds ini pada waktu kemuncak soltis, kita akan melihat seakan-akan begini,

(anak panah berwarna jingga melambangkan gerakan matahari di langit)



Menarik bukan? Itulah sebabnya matahari tidak dapat naik tinggi semasa musim sejuk.

Dan semasa equinox, yakni Equinox Musim Bunga, keadaan akan jadi begini,



Dan semasa Soltis Musim Panas, begini,



Dan akhir sekali Equinox Musim Luruh begini,



Jika kita mengambil kira kelajuaan matahari bergerak di langit adalah sama (saya tahu, bumi yang berpusing) dengan mengambil kira kelajuan bumi yang sama setiap tahun, kita dapat mengira bukan? Beza jarak perjalanan matahari yang lebih panjang di Soltis Musim Panas membuatkan siang lebih panjang semasa musim panas, dan malam lebih panjang semasa musim sejuk.

Equinox Musim Bunga dan Luruh? Ianya pertengahan, dan hanya di kemuncak equinox yang siang dan malamnya sama panjang.

Dan anda dapat lihat juga bahawa dari rajah yang saya lukis, matahari tidak pernah berada tepat 90 darjah di atas kepala? Ianya adalah kerana lokasi Leeds ini yang berada di Hemisfera utara, maka jika diambil 90 darjah dari teras bumi, ianya tak sama sekali akan sampai ke matahari (matahari tak akan 90 darjah di Leeds)

Ianya tidak pelik, kerana kedudukan Malaysia yang sedikit atas dari garisan Khatulistiwa juga membuatkan matahari sebenarnya tak pernah 90 darjah di atas kepala. Hanya di garisan khatuslitiwa matahari akan tegak 90 darjah di atas kepala, atau fenomena kayu tanpa bayang-bayang.

Jika dilihat langit di Jitra yang berada di utara Malaysia, pada bulan Jun akan jadi begini,



Dan pada bulan Januari pula,



Inilah jawapan kepada persoalan saya semenjak saya tadika lagi, kenapa waktu solat berubah, kenapa waktu pada pukul 6.45 pagi tak sama antara kedua-dua bulan, juga pada waktu malam pada pukul 7 malam. Ianya adalah kerana di Jitra, ianya adalah 'mild case' fenomena yang hampir sama kerana Jitra berada sedikit atas dari garisan Khatulistiwa.

Jika di garisan khatulistiwa, perjalanan matahari akan kelihatan seperti begini,



Dan dari pola-pola yang ditunjukkan, anda boleh agak bukan di kutub utara bagaimanakah perjalanan matahari pada Soltis Musim Panas? Seperti begini pada puncaknya yang menyebabkannya mengalamai siang 24jam pada satu hari di dalam setahun.



Dan semasa Soltis Musim Sejuknya, langsung tiada matahari naik.

Dan perjalanan matahari ini jugalah menjawab pertanyaan saya, kenapakah jam matahari seakan-akan tidak dapat digunakan di negara kita. Ianya adalah kerana matahari yang selalunya bersinar hampir 90 darjah di atas kepala dan naik di tempat yang hampir sama sepanjang tahun tak memungkinkan ianya dapat digunakan dengan efisyen berbanding matahari di hemisfera yang menghasilkan bayang-bayang yang lebih jelas.

Anda juga pernah mendengar bukan semasa kita sekolah rendah darjah satu atau dua, tentang cara menentukan waktu solat zohor menggunakan bayang-bayang kayu. Dimana ayat terkenal yang digunakana adalah 'pabila matahari sedikit tergelincir'. Mungkin ianya lain bagi saya yang agak tak faham bahasa, tapi saya sering tertanya-tanya apakah maksud 'matahari tergelincir' itu. Ianya hanyalah menunjukkan matahari telahpun mula menuruni puncak tertingginya pada hari itu.

Kenapa saya membuat entri ini? Well, sebab saya dah mula muak dan jemu serta bosan dengan malam yang lebih panjang dari siang. Saya sukakan musim panas, di mana masa siang lebih panjang dari malam.

Dan apakah penanda bahawa siang akan mula lebih penjang dari malam?

Sudah tentulah equinox, yang tahun ini akan jatuh pada kira-kira 20 March!

Hey hey! Sudah hampir Equinox nanti! =)




Equinox dalam entri ini merujuk kepada hari berlakunya siang dan malam sama lama 12 jam.

Soltis dalam entri ini diterjemahkan dari perkataan Inggerisnya 'Solstice'

Selasa, 9 Mac 2010

..human, chemical, and a feeding tube..

..and human is composed of atom, chained into molecule. That react in every second of life.

Human, is nothing more than chemical reactions.

And to a microbiologist, human is nothing more than a feeding tube that eat and sh*t. lol

And why does everyone likes to make it seems to be very complicated?

Einstein: Make things simple, but not any simpler.

For me? Semua benda mudah, tapi jangan buat mudah.

Ahad, 7 Mac 2010

..cerita malam di Syed Putra..

Satu malam kira-kira setahun yang lepas.

..dan ketika malam begini di bilikku bagaikan tiupan bayu tiba-tiba ingatanku berputar kepada masa kira-kira 4 tahun dahulu. Mungkin kerana exam hanya tinggal kira-kira 4 hari lagi dan aku hanya baru habis membaca (bukan mengkhatam) 1/10 dari lecture notes ku, memori silamku pada waktu malam di sekolah menengahku, Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra mula timbul satu persatu di kotak ingatanku.

Waktu prep secara rasminya bermula pada kira-kira pukul 8 malam, namun itu hanyalah secara teori dan secara praktikalnya prep bagiku bermula pada pukul 9.30 malam, kira-kira 1.30jam masa untukku dan sahabatku, Fitri atau Pit dan kadang-kadang Uj untuk melepak-lepak di asrama. Masa yang begitu lama aku kira yg kami ambil untuk mandi dan bersiap-siap untuk seorang lelaki bersolek.

Bergerak ke prep pada pukul 9.30, tiba pada pukul 10 (30minit berjalan sbg seorang Melayu), melepak-lepak mendengar walkman keramat pemberian ibuku sambil me'second' kerja rumah orang laen (kerja-kerja yang selalu menjadi mangsa adalah Thariq atau Acip dan budak perempuan tetapi bukan Wani R dan Izwan kerana mereka berdua dan aku adalah trio tulisan artistik sekolah yang mana tulisan sukar dibaca) , pada pukul 10.25 mengutip homework dr orang laen dan balik ke asrama pada 10.30. Itulah waktu prepku, sangat berkesan untuk seorang pelajar SBP yang diwarwarkan sebagai pelajar yang mampu menyusun masa sendiri dengan sangat efektif!!.

Tiba di Dewan Makan atau nama popularnya dining selepas prep, minum air milo 'ceroi' yg sgt panas bersama biskut berinti krim (bercap hup seng mungkin?), masa dihabiskan lg dengan menonton tv. Sampai di asrama pukul 11mlm, dan melepak di bilik B218 (tak ingat) pada waktu form 4 atau B223 pada waktu form 5.

Masa digunakan sepenuhnya untuk bersembang dengan dormmate, dengan topik utamanya selalunya adalah mengutuk Redza atau Rais atau sesiapa pun yang mampu dibahankan (termasuklah diriku), masa emas itu kemudian disambung lagi dengan bermain 'royal', permainan favourite budak-budak MU yang kadnya mungkin salah satu setnya disumbang aku (mungkin MAS hasil dari penerbangan ke Labuan atau Sabah). Redza salah seorang pencabar yang hebat, namun sering direndahkan, disamping Banat yang menjadi pencop utama, Pa'an putih, Bad, dan Mat Rod (rakanku yang katilnya dibawahku) yang sentiasa inginkan permainan 'palit' dan ramai lagi. Pit datang turut serta lambat sedikit mungkin, kerana dia menugaskan adik-adik kami (form 1 atau 2) untuk mengambil air atau apa-apa tugas lain (euphemism untuk meraging). Aku kemudian ke bilik pengawas untuk menyerika baju untuk dipakai keesokan harinya, selalunya di bilik Anam dan Amirul (yang secara tidak rasminya ditugaskan pit untuk memanggil junior untuk kebilikku apabila diroger), atau di bilik prefect UT.

Masa light off adalah 11.30, namun pada masa inilah hidupku sebenarnya baru bermula. Lampu dipadamkan, aku ke toilet, bersiap, dan pada pukul 11.45 mula menggalas walkman sonyku dan buku homework serta salah satu dari 3 buku rujukanku (fokus bio, sukses kimia atau sukses fizik) seraya turun ke study room. Pot feveret: study room di bilik tv kerana kurang orang di sana.

Earphone dipalam ketelinga, walkman di'on', siaran 92.8 dicari sejelas mungkin, satu-satunya siaran radio yang ku dengar, Hitz.fm, mungkin kerana aku berminat dengan lagu 'orang putih', atau mungkin juga kerana berminat dengan vocabulary DJnya atau juga vocabulary serta susunan ayat lagu-lagunya, mungkin untuk meningkatkan penguasaan englishku kerana aku seorang yang sucks dalam subjek bahasa. Buku dibuka, homework orang lain di atas, bukuku dibawah, dan kerja membaca dan mengedit atau bahasa modennya memplagiarism kerja orang lain (bahasa mudahnya meniru) bermula di situ, dan dek kerana kuatnya lagu yang ku pasang, diriku terpisah dengan dunia luar, disebalik kesejekuan malam itu yang sunyi, dunia dirasakan hanya aku seorang sahaja yang hidup untuk aku membuat kerjaku.

Pit datang meng'join' agak lewat sedikit kerana dia selalunya meluangkan masanya dengana sahabat karibnya bernama public phone dahulu sebagai rutin hariannya. Huzai selalunya datang lebih awal dariku dan dia cuba menyiapkan kerja secepat mungkin kerana mahu masuk tidur atau malas berbicara dengan warden yang datang menghambat orang masuk tidur. Pit datang dengan seluar three quaternya serta baju mizunonya bersama walkman pusaka (yang teknologinya lebih hebat dari walkmanku walaupun walkmanku lebih baru), datang membelek buku atau menyalin kerja orang seperti aku.

Waktu itu cuacanya sangat sedap, boleh membuka pintu dan merasakan kedinginan malam yang sangat sedap bila dtambah tiupan anginnya dengan kipas usang bilik tv yang putarannya yang aku rasa axis untuk centripetal force terhadap bilah-bilahnya sukar dicari, ditambah pula dengan bunyi-bunyian lagu pilihan Rudy atau JJ atau Phat Phabes (DJ2 hitz.fm) yang aku agak kena dengan moodku. Setiap helaian buku yang diselak serta setiap bentuk huruf serta setiap bait-bait ayat yang dibaca dari homework rakanku begitu halus rasanya masuk kedalam akalku, diproses sedalam mungkin (terima kasih kerana ketengan yang dirasai), ditimbang betul salahnya jawapan rakan-rakanku sebelum diformulakan semula menjadi ayatku sendiri dan kemudian decatit sebagai jawapanku. Ahh agak mudah rasanya membuat homework begitu, lebih selamat, siapa kata ‘lebih awal lebih baik’?, bagi aku ‘biar lambat asalkan selamat!!’

Setelah selesai membuat homework, buku rujukanku pula dibuka. Mungkin jam sudahpun pukul 1 pagi. Mardis (ataupun nama manjanya ‘sidram’ ) atau Fakhrul atau pengetuaku ‘Bang Mi’ atau Yandek ataupun Pak Tapak sudah pulang rasanya pada waktu ini. Warden-warden ini selalunya datang meronda bagi memaksikan perintah ‘curfew’ dipatuhi semua pelajar dan bilik study dikosongkan atas arahan Bang Mi. Aku selalunya naik sekejap ke atas bilik jika diperintahkan tidur namun turun semula pabila mereka semua pulang. Namun kadang-kadang Sidram, Fakhrul atau Yandek berlembut hati untuk membiarkan budak-budak form 5 study smpi larut malam, satu-satunya masa yg aku rasa mereka menjadi manusia.

Dan waktuku dihabiskan dengan membaca buku rujukan itu. Bukan rajin, bukan suka study, bukan kerana nak pandai, tetapi sebabnya adalah sama sahaja dengan kebanyakan orang; sebagai ubat tidur!!. Aku mula menghidap penyakit tidak dapat tidur malam bermula dari form 3 dan semakin kronik pabila menjelang form 5. Mata sukar dilelapkan, dan jika dipejamkan pun hanya akan berakhir dengan berguling di atas katil selama 3 jam sebelum dapat tidur. Jadi dari aku menghabiskan masa bergolek atas katil smbil berangan, lebih baik aku membaca buku. Dan pada waktu-waktu malam begitu, ketika semua orang telah melintas gerbang alam mimpi, aku menyelak-nyelak helaian buku Fokus Biologi, atau Suksess Kimia atau Suksess Fizik berseoarangan ditemani kipas warisan serta walkman kesayangan diatas meja sebesar meja makan, hanya untukku, hanya untuk diriku, hanya untuk diriku seorang.

Tenang membaca buku, setiap perenggan dibaca dengan penuh khusyuk dan mahsyuk, setiap ayat malah setiap perkataan mahupun huruf masuk satu persatu-persatu didalam kepalaku, dan aku kira sejak dari form 4 penyakit sukar tidur malam ini aku hidapi, buku-buku rujukan itu rasanya sudah hampir 10kali aku khatam!!!! (rahmat disebalik kesengsaraan) Dan disebabkan keterbanyakan kali aku khatam itulah setiap pelajaran dikelasku aku dapat ikuti dengan mudah, dan disebabkan aku tidak tidur malam dan selalu mengantuk dan tidur didalam kelas pada siangnya, kawan-kawanku menggelarkan aku pandai walaupun aku kuat tidur semasa cikgu mengajar, padahal kebenaran sebenarnya adalah sangat menyakitkan.

Kira-kira dalam pukul 3.30 pagi, aku mula memanjat tangga ke tingkat tiga dan masuk ke bilikku. Pit stop toilet menjadi tempat terakhirku sebelum kakiku dijejakkan ke bilik dan badanku dilabuhkan ke atas katil. Katilku di hujung bilik yang bersebelahan tingkap, di atas katil Mat Rod, yang menghadap ke luar.

Tempat ditepi tingkap rasanya dekat dengan hatiku, kerana sejak dari form 1 lagi aku sentiasa mengambil tempat disebelah tingkap jika diberi pilihan memilih tempat (atau lebih tepat datang awal untuk menge’cup meja’). Rasa tenang hati dapat melihat ke luar ketika menyusun fikiran untuk menerima ilmu yang disampaikan oleh guru didepan jika terdapat kerungsingan, dan terasa lebih luas pemikiran dapat melihat ke luar, terasa lebih banyak ruang di dalam otak untuk diisi, seluas ruang kosong di luar tingkap.

Dan seketika aku melabuhkan badanku ke atas katil dan kepalaku sebagai sauh dipautkan ke bantal, dan semasa telingaku masih lagi dipaut earphone, seraya tanganku menarik selimut berwarna merah jambu ku menaungi badanku, dan kakiku menjulur masuk kedalam selimut ‘kalis api’ bercap sekolah, dan semasa itulah mataku merenung jauh ke luar tingkap. Tanganku mencari punat ‘power’ di walkmanku, butangnya dipicit ke arah off, earphone dibalut ke walkman dan diletakkan disebelah bantal.

Dan seketika waktu itu masa mula berhenti, dan iris mataku membuka seluas-luasnya ke arah sawah padi yang terbentang luas dihujung sana, dan dari celah awan serta kejauhan itu Gunung Jerai cuba mengintai malu dibalik kepekatan malam, dan ketika bulan purnama bermurah hati untuk menyinari pemandangan indah saujana mata memandang itu dengan cahaya malapnya berwarna putih kebiru-biruan, dan bayu dingin malam yang tenang pun mula bertiup-tiup membawa semacam akan ombak ke atas sawah-sawah padi itu, dan seketika itu ku rasakan ombak-ombak alunan sawah padi itu begitu hidup seperti lautan besar. Dan ketenangan hatiku dicapai, dan secara tidak sedar, kelopak mataku mula menjadi seberat langit., dan semakin berat, dan berat, tenang ku rasakan, dan tenang, aman..


Diterbit semula dari nota asal di Facebook saya yang ditulis pada 8 January 2009

Jumaat, 5 Mac 2010

..emo..

..dan ini malam gua naik emo lain macam. Bukan apa. Ramai tak kenal macam mana perangai gua asalnya.

Gua ni asalanya orang panas baran. Kalau lu orang tahu itu ilmu tilik cina, lu akan tahu gua punya dahi ni dahi orang panas baran. Silap cakap sama gua sikit memang gua balas pakai tangan.

Tapi itu dulu bai. Itu dulu masa gua kecil-kecil. Masa gua kat tadika sekolah rendah lagi. Gua dapat ini darah panas dari bapak gua. Memang bapak gua pun panas baran juga.

Tapi gua dah lain sekarang ni.

Gua dah dapat kawal sikit ini panas baran.

Gua kasi ingat sama tuhan hati ni, kasi sabar sikit. Bagi sejuk.

Tapi ini hari entah sebab apa gua punya panas baran memang gua biar lepas. Ini petang gua sakit kepala, tak tahu sebab apa. Gua rasa itu pagi gua minum teh sahaja, bukan kopi. Mana cukup kafein bai. Gua punya tahap kaffein dalam kepala mesti lebih dari dua mug. Mana main teh-teh. Tak gangster la.

Gua rasa sebab tak cukup kaffein, tadi petang memang gua panas.

Bukan apa, itu hari gua ada rasa ikhlas sikit nak buat kerja amal. Gua ada nak tolong satu orang ni buat aktiviti. Tapi sebab gua ni taik pemalas punya orang, gua tak baca email gua pastu terlepas satu meeting. Tak gengster la baca email. Kalau lu berani datang cakap depan-depan la, jangan sembang lebat pakai hujung jari, ada bran datang dengan muka sendiri. Kalau tak puas hati senang sikit gua nak penampar terus kan?

Dah memang salah gua tak pergi itu meeting, gua pun tanyalah pengarah projek. Btw, meeting pun online. Memang bergetar la tangan gua tahan penyepak kan?

Gua tanya itu pengarah apa kena buat, senang sikit lah sepatutnya. Dah tanya depan-depan ni gua belajar dalam kelas bisnes yang gua kantoi tu, senang sikit nak dapat maklumat. Apa-apa soalan boleh tanya terus.

Tapi yang gua bengang itu pengarah projek balas kerek sama gua "Ha, itulah meeting tak datang, semua ada dalam YG"

Hekeleh! Apasal lu nak kerek-kerek ni bai! Orang buat ikhlas ni, bukan nak mintak duit lu! Yang gua panas, sebab soalan gua tu, gua tanya sebab gua dah baca dalam YG memang takdak tulis dalam tu.

Gua pendam kemas buku lima gua.

Gua gengster.

Bukan samseng longkang.

Pastu tadi petang, gua memang tengah sakit kepala. Tak cukup kopi. Rokok pun gua dah tak isap. Gua gengster pure. Rokok-rokok tak mainlah. Gengster tahu pukul orang ngan rosakkan harta benda orang lain, gengster tak bodoh isap rokok rosakkan badan sendiri.

Meeting petang tadi pengarah tu buat sial lagi. Dah la dia tak jawab soalan gua yang lepas-lepas tu, dia fire pulak gua dalam meeting kata gua tak buat kerja. Siap konon gua tak reti buat kerja pastu pura-pura jawab soalan gua depan orang ramai.

Mana tahan.

Memang gua panas.

Tapi gua rileks dulu.

Pastu dia siap wat kerek kutuk gua depan orang lain. Depan orang lain yang tak rapat ngan gua.Kalau sama-sama member gua memang tak kisah, stended orang jantan la buat lawak kutuk-kutuk macam tu. Ini dia kutuk gua depan pompuan, konon nak tunjuk dia hebat depan pompuan.

Gua mana tahan bai.

Ini perangai pondan. Depan-depan tak berani, bila ramai-ramai tunjuk belang.

Patutla orang kampung Leeds ni pandang serong sama gua, tambah-tambah orang perempuan Leeds yang tak kenal gua. Rupanya ada pondan yang bikin cerita burukkan gua.

Tak pa, gua genggam penumbuk gua kemas-kemas.

Gua tak nak pecahkan kepala pondan depan pompuan.

Gua pun manusia, gua tahu adab.

Tapi balik tadi memang gua lepas itu panas baran.

Rasa panas kepala gua bila rasa marah. Dah lama gua tak rasa marah.

Takpa, gua baru lepas sikit. Gua ada iman lagi, gua boleh pendam lagi.

Gua nak ambik wuduk, gua tak nak masuk penjara kat UK ni sebab bunuh orang. Lagi satu tak gengster la bunuh pondan.



Kasi sejuk ini hati. Gua suka lepak sorang-sorang, tak payah susah-susah naik berang dengan orang.

Khamis, 4 Mac 2010

..shinpai nai kara ne..

..dan ketika berjalan di bawah panas mentari, tiba-tiba sebuah lagu kedengaran di dalam pemikiran saya.

Nostalgia Hari Kebudayaan Jepun di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh semasa saya di tingkatan berapa entah.


Kan- Ai Wa Katsu (Love Will Win)




Shinpai nai kara ne kimi no omoi ga (There’s nothing to worry about, there will surely come a day)
Dareka ni todoku ashita ga kitto aru (When your love reaches someone)

Donna ni konnan de kujikesou demo (No matter how hard it is, no matter how much you want to give up)
Shinjiru koto wo kesshite yamenaide (Don’t ever stop believing)

Carry on carry out (Carry on carry out)
Kizu tsuke kizu tsuite ai suru setsunasa ni (Even if you get a little tired of hurting someone and getting hurt)
Sukoshi tsukaretemo (And the bittersweet feeling of being in love)
Oh, mou ichido yume miyou (Oh, try dreaming again)
Ai sareru yorokobi wo shitte iru no nara (If you know the joy of being loved)

Yozora ni ryuusei wo mitsukeru tabi ni (We’ve come this far by making a wish)
Negai wo takushi bokura wa yatte kita (On each shooting star we see in the night sky)

Donna ni konnan de kujikesou demo (No matter how hard it is, no matter how much you want to give up)
Shinjiru koto sa kanarazu saigo ni ai wa katsu (You’ve gotta believe that one day love will win)

Carry on carry out (Carry on carry out)
Motomete ubawarete ataete uragirare (Longing for something, having it taken away, giving and being betrayed)
Ai wa sodatsu mono (Makes love grow)
Oh, tookereba tooi hodo (Oh, the further away something is)
Kachitoru yorokobi wa kitto ookii darou (The greater the joy you surely feel when you win it)

Shinpai nai kara ne kimi no yuuki ga (There’s nothing to worry about, there will surely come a day)
Dareka ni todoku ashita wa kitto aru (When your courage reaches someone)

Donna ni konnan de kujikesou demo (No matter how hard it is, no matter how much you want to give up)
Shinjiru koto sa kanarazu saigo ni ai wa katsu (You’ve gotta believe that one day love will win)
Shinjiru koto sa kanarazu saigo ni ai wa katsu (You’ve gotta believe that one day love will win)



(Lirik dan terjemahan saya cilok dari internet, tapi dulu saya faham ok)

Rabu, 3 Mac 2010

..you are my inspiration..

..and he walked down the same street that he went through everyday to the class. This time, the sun was shining higher than before.

It's time for spring.

He closed his eyes and felt the warmth of the sunlight on his face. "It must be evening now there". He whispered in his heart. "She too must have felt the same warmth and looked at the same sun as me now". He smiled.

And in the night, when he looked at the sky upon the stars, he said to himself "It must be almost morning now there". He whispered in his head. "If she woke up and look at the sky now, she might had looked at the same sky and the same moon as me". He smile, again.


He tried to count the stars. But he couldn't do it. It was way too many. Then a song was heard in his head, about the stars, the moon, and her,

Beribu bintang di langit kini menghilang,
Meraba aku dalam kelam,
Rembulan mengambang kini makin suram,
Pudar ilhamku tanpa arah.

Sedetik wajahmu muncul dalam diam,
Ada kerdipan ada sinar,
Itukah bintang atau rembulan?
Terima kasih ku ucapkan.

Izinkan ku mencuri bayangan wajahmu,
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu,

Maafkanlah oh,
Andai lagu ini menganggu ruangan hidupmu,
Kau senyumlah, oh
Sekadar memori kita di arena ini,
Kau ilhamku.






Then he remembered about one night. She sneaked out in the late night and gave him a love letter under the starry night. A blue letter, with a song lyric and the drawing of a boy and a girl. He still kept that letter and brought it with him wherever he goes, across the continent, across the sea, across the sky. He still remembered that night. That night was so beautiful.

And he said,

"When there are no stars and moon to accompany me here,
Your face will always do in my memory,

You will always be with me,

You there, please smile, do smile,
I hope that you smile, no matter how hard you live there,
Please smile for me, I really hope that you smile,
I know it is hard to do so, I know, I can't hardly smile myself,
But I tried, I am trying, I know, this is for the sake of our future,
I can't smile if I felt that you are not smiling,
I can't smile if I knew you are not smiling,
And I can't smile if I saw your face was not smiling,

You are my inspiration,
Thank you, my words to you" =')

Isnin, 1 Mac 2010

..sehati, sejiwa..

..dan ketika di klinik tempoh hari untuk 'rotation', kami telah bertemu dengan pesakit bagi menguji kemahiran 'history taking'. Di GP (seperti klinik kesihatan di Malaysia) itu, keadaannya sungguh tenang dan doktor bertugas punya banyak masa untuk mengajar kami.

Doktor itu membawa masuk seorang pesakit. Dia ditemani isterinya. Kami perlu bercakap dengan pesakit itu dan cuba-cuba mencungkil jawapan yang kami mahu untuk mendiagnos pesakit itu.

Tapi bukan itu yang menarik perhatian saya.

Pesakit itu adalah seorang lelaki tua. Berumur kira-kira 60 atau 70 an. Sama juga seperti isterinya.

Apa yang mencuri perhatian saya adalah kebahagiaan mereka berdua. Mereka jelas sudah tua, dan masih lagi bersama.

Suatu pemandangan yang saya rasa agak jarang di saat negara ini bergolak dengan masalah sosial, fahaman kebebasan wanita, ajaran 'pembebasan wanita dari penguasaan lelaki'.

Lelaki itu bercakap. Dia buka topinya, dan beri pada isterinya sambil berkata 'tolong simpan sekejap'. Isterinya mengambil topinya dan melipat lalu memasukkan dalam tas tangannya.

Patuh.

Dan kemudian si suami bercerita rancak kepada kami (yang agak tak relevan dengan soalan kami). Isterinya menyampuk kadang-kadang.

Si suami kadang-kadang memerli isteri dengan nada gurau.

Si isteri juga menyindir suami dengan nada ketawa.

Kemudian, apa yang menarik perhatian saya adalah sakit jantung si suami dan asmanya disedari oleh isterinya, bukan si suami itu sendiri.

Ceritanya pada suatu hari di taman, si suami berjalan-jalan seperti biasa, tanpa rasa sedikit kelainan pun. Namun si isteri bertanya,

"Kamu ok kah?"

Suaminya balas, "Baik sahaja"

"Tak, kamu tak ok. Jom duduk di kerusi itu"

"Tak, saya ok. Saya tak rasa apa-apa yang berbeza pun"

"Tak, kamu tercungap-cungap dan penat"

Sampai begitu sekali. Sudah hidup bersama berpuluh-puluh tahun, hingga nada nafas suami sendiri pun sudah dikenali bagaimana. Walaupun si suami sendiri tidak menyedari.

Semasa bercakap dengan pesakit itu, saya lihat si suami seorang yang ramah, si isteri juga. Tapi si suami bercakap dengan banyak, dan isterinya hanya mendengar.

Dan pabila mereka berdua keluar, walaupun sudah tua, mereka masih berpimpin tangan.

Saya fikir, mereka sentiasa meluangkan masa bersama.

Hati saya terdetik. Nilai-nilai ini sudahpun kabur di negara kita.

Di saat seorang menteri itu melaungkan kebebasan wanita dan supaya wanita lebih bebas dan menuntut hak dari suami.

Yang akhirnya merana adalah anak-anak itu.

Masing-masing dikaburkan dengan fahaman kebebasan. Dan masing-masing hanya melaungkan tentang hak, tanpa berkira apa itu tanggungjawab.

Dan.

Segala yang dijuangkan itu tampak seperti sudah hilang nilai yang penting.

Sudah hilang apa itu sabar, sudah kusam apa itu ikhlas.

Nasib baik menteri itu kalah dalam pilihanraya haritu.



(Segala perbualan dialih bahasa dari Bahasa Inggeris)

..medal misteri..

..dan saya membuka mata saya. Di luar tingkap cerah. Sudah pagi.

Kepala berdenyut-denyut. Sakit.

Tak, bukan hangover, walaupun malam semalam hari Sabtu malam Ahad.

'Withdrawal symptom'.

Ini kesan akibat sudah 2 hari tak minum kopi pabila malam sebelum itu saya pam caffein ke dalam kepala sebanyak 5 gelas, or 6 mungkin? Eh ini bukan gelas biasa, ini gelas 'souvenir' yang dua kali ganda besar dari gelas biasa. Ok, orang panggil 'mug'.

Akibat 'overdose' caffein itu, saya tak tidur satu hari buat SSC, tidur sekejap dari pukul 5 pg smpi 7.30, dan bangun ke hospital dan kelas, pulang petang dan tidur. Kuat tak kesan kopi?

Balik kepada cerita tadi, saya terus ke dapur. Panaskan air, buka kabinet, dan pandang atas..

"What the...."

Kopi habis. Dalam sakit kepala itu berdenyut-denyut saya bagai hendak gila. Tak kan nak makan panadol.

Pinar-pinar.

Tapi saya nampak sesuatu. Belakang balang-balang itu ada kotak biru uncang teh. Saya ambil dan masukkan dalam gelas. Sekurang-kurangnya ini juga ada caffein untuk saya.

Sudah buat teh, saya masuk bilik.

Mahu pakai 'headphone', tapi rambut serabut. Perlu sikat. Eh mana sikat atas meja? Oh lupa pula, saya masukkan dalam beg untuk bawa ke Manchester Game.

Saya buka beg, cari sikat. Tetapi ada satu objek yang menarik perhatian saya. Satu besi bulat dengan kalung warna biru merah putih. Sebuah medal. Kenapa ada dalam beg saya?

Saya tenung medal itu lama-lama. Nampak ada tulisan Manchester Game di situ. Saya cuba mengingati bagaimana boleh ada medal itu dalam tu. Saya cuba fikir. Saya tak dapat ingati langsung.

Saya ingat semalam saya tak tidur langsung kerana takut tak sempat bangun untuk kejar train pukul 6.25 pagi. Ihsan tak pergi, Mukhlis dah ke Sheffield. Jadi memang nahas la nak harapkan orang kejut, memang tak ada siapa-siapalah yang hendak kejutkan.

Mengira-ngira kuota tidur saya sehari, yang secara naturalnya saya kira adalah kira-kira 8 jam, saya cuba-cuba mencongak kebarangkalian untuk selamat jika tak tidur. Tapi memandangkan saya terjaga dengan sendirinya semasa tidur lepas Maghrib, saya fikir kuota saya sudah cukup, maka sleep cycle yang baru akan bermula. Maka saya tak tidur malam itu.

Pagi memang 'hustle'. Hampir terlepas train itu. Mujur sempat.

Sampai dalam pukul 7.30. Hmmm...

Ingatan saya di stesyen keretapi di Manchester itu terhenti ketika pabila tangan menggapai laptop mencari-cari episod 63 Rurouni Kenshin- The Legend of Fireflies.

Pabila episod bermula, saya ambil 'lamb ribs' satu persatu. Dan kepala saya menerewang lagi.

Masa di stesyen keretapi itu kemudian kami ke tempat perlawanan. Perasmian. Tapi 'game' mula pukul 1. Jadi kami ke Food Festival. Selesai di Food Festival, ke court semula. Namun perlawan kumpulan lain dahulu. Dan malangnya, perlawanan kami mula pukul 3.

Kami naik ke tingkat atas untuk tonton perlawanan Basketball. Dan, saya tidur sebentar di situ. Dan..

*****

Dan, saya bangun semula berada di stesyen keretapi. Pening-pening. Saya ke toilet buang air, ambil wuduk. Naik keretapi, pulang sampai ke Leeds. Saya tidur.

Saya bangun semula pagi tadi. Jadi dari mana datangnya medal itu?

Hmmm..

Saya menghirup teh panas itu perlahan-lahan sambil menonton Rurouni Kenshin. Episod kali ini episod sedih, The Legends of Fireflies. Cerita tentang seorang lelaki mengejar impiannya menguasai ilmu pedang sehingga meninggalkan kekasihnya. Pabila 20 tahun berkelana, dia sedar impiannya hanyalah khayalannya semata-mata. Dia pulang hanya untuk menyedari kekasihnya yang menunggunya selama 20 tahun baru sahaja meninggal setahun yang lepas. Lelaki itu masih hidup, dan menceritakannya kisahnya pada Kenshin.

Semasa teh itu dihirup perlahan, seraya caffein mula masuk ke dalam otak saya perlahan-lahan, ingatan saya mula cerah bersama dengan sakit kepala yang mula hilang.

Oh, saya sudah ingat.

Medal itu kami menangi dalam volleyball petang itu. Saya bermain tukar ganti dengan 'main player'.

Medal pertama saya di UK.

Ok memang tipulah kan, medal pertama dalam hidup saya.. huhu

Eh lupa, saya pernah dapat medal dulu. Tapi masa tadika lah. Acara sukaneka. Haish..

Hey, OK what? Medalperak untuk tempat kedua. Walaupun ada 3 pasukan sahaja, logiknya masih ada 'probability' tak kan dapat medal kalau dapat no 3. Betul tak? Eh saya juga main dan menang waktu lawan ThaiSoc. Kira saya deserve what medal ni.. Haha


Tiada dalam gambar: Che dan Efi



p/s: orang laki tak boleh pakai emas