Quote:
From Professor Alex Markham on SSC briefing
"its surprising that the cell in our body are always in the process of apoptosis, but the surrounding cells each remind among themselves that they need to stay alive"
Kata-kata di atas membawa satu makna kepada saya, bahawa setiap yang ada di dalam badan kita sentiasa mencari cara untuk membunuh diri atau mati tanpa kita sedari, tetapi sel yang ingin mati ini saling mengingatkan diantara diri mereka melalui isyarat-isyarat kimia atau impuls, bahawa mereka perlu hidup kerana masih lagi terdapat banyak benda mereka perlu lakukan.
Ianya sama seperti manusia saya kira, kerana manusia sentiasa menuju ke arah kehancuran, saling bermusuhan atau memusnahkan diri sendiri. Masalah rokok, arak, maksiat berleluasa serta jenayah merosakkan diri kita sendiri.
Akan tetapi kita sendirilah yang perlu mengingatkan diri kita, bahawa kita perlu hidup, perlu menghentikan semua perbuatan kerosakan itu.
Hidup untuk kebajikan,
Hidup untuk mentadbir alam,
Hidup untuk melaksanakan perintah tuhan,
Dan saling memberi peringatan inilah amar makruf nahi munkar, yang dituntut kepada semua antara kita.
"when one cell fails to die when the time came, it will become a cancer"
Dan peringatannya adalah, apabila sesuatu yang membawa kehancuran itu gagal dihentikan, ianya akan menjadi barah dan memusnahkan orang lain.
Ahad, 26 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan