..dan kemudian terdetik hati saya untuk menulis entri blog. Sudah lama kiranya saya tidak menulis. Barangkali bermula dengan sibuk peperiksaan, kemudian keluar melihat negara orang selama dua minggu, kemudian sibuk membuat tugasan. Dan Isnin ini adalah tugasan terakhir yang saya perlu hantar.
Namun taktala saya menyiapkan tugasan saya yang diberi nama SSC, atau Student Selected Component, di mana bidang kali ini adalah 'Literature Review' yang mengkehendakkan kami membaca jurnal-jurnal kajian dan membuat satu jurnal baru yang menyimpulkan semua kajian itu, hati saya berasa sedikit kelakar dengan sesetengah eksperimen yang dijalankan.
Tajuk tugasan saya adalah berkaitan dengan plastisiti otak, yakni bagaimana struktur otak berubah apabila kita mengalami pembelajaran, dan bagaimana struktur otak juga berubah jika kita belajar untuk menggunakan otot yang sebelem ini kita jarang gunakan. Ianya juga berubah jika kita mengalami strok, dan bahagian otak kita itu mati, maka bahagian lain akan berubah bentuk untuk mengambil alih fungsi otak yang hilang itu. Ini membolehkan otot yang sebelum ini dikawal oleh bahagian otak yang sudah mati itu sedikit sebanyak boleh dikawal semula dan membolehkan pesakit strok pulih sedikit sebanyak.
Tugasan saya adalah berkaitan tentang ubat-ubatan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan proses itu.
Jadi bagaimanakah para saintis ini menguji ubat itu?
Agak tak beretika sebenarnya untuk menguji ubat ini pada pesakit strok. Tambahan pula untuk menguji ubat ini, mereka perlu meminta kebenaran dari pesakit dengan kebanyakan pesakit pula enggan menjadi bahan ujikaji. Ini menyebabkan kualiti kajian kurang dipercayai kerana jumlah sampel yang kecil.
Lebih-lebih lagi kerana ubat ini berkaitan dengan otak, dan ubat-ubat ini sebenarnya sudah sedia ada dan digunakan dalam bidang lain contohnya psychiatry, ubat tidur, ubat sawan, potensinya menyebabkan pesakit bertambah takut untuk mencubanya.
Jadi untuk tidak membiarkan perkara ini melambatkan kajian, ditambah pula bidang ini masih lagi bertatih-tatih dan belum diterima ramai, para saintis melakukan ujikaji ini terhadap binatang.
Binatang apa?
Oh tidak, bukan tikus.
Ianya adalah kucing!
Bagaimana kaedahnya?
Dengan memotong misai kucing!
Ini kerana misai kucing itu sebenarnya bukan bulu biasa, sebaliknya mengandungi nerve ending. Dan nerve ending ini mengawal satu kawasan spesifik di otak kucing.
Apabila misai kucing dipotong, kawasan otak yang dikawal itu mati!
Dengan mengandaikan kawasan itu serupa dengan kejadian strok, maka tahap pengambil alihan fungsi kawasan otak yang mati itu oleh kawasan yang masih elok dijadikan tahap penunjuk plastisiti otak. Dengan kata lain tahap misai kucing yang masih ada mengambil alih fungsi misai kucing yang dipotong itu menjadi penanda aras plastisiti otak kucing itu.
Dengan ini para saintis mencuba ubat pada kucing bagi melihat kesan ubat itu pada plastisiti otak.
Kenapa saya berasa geli hati?
Mungkin,
sebab utama saya suka menyeksa kucing semasa kecil,
dan sebab utama kenapa saya sangat berminat dengan neurologi,
adalah kerana saya memang ditakdirkan untuk menjadi neurologist seperti saintis-saintis ini.
Haha

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam