Isnin, 4 Oktober 2010

..Pendidikan eBay 101..

..dan kemudiannya dengan segala kemungkinan itu yang diberikan, maka sudah tentulah golongan-golongan 'baru' dan 'mentah' ini akan bersemangat untuk memulakan langkah pertama dalam kemudahan yang diwar-warkan di media itu. Di tambah lagi dengan atas dasar kejujuran dan keberkesanan sistem pos yang tinggi, maka tiada sebab untuk anda berjalan berkilometer ataupun memandu kereta ke kedai sedangkan segalanya boleh dihantar di depan pintu rumah dengan kos yang lebih rendah dari tambang bas atau duit minyak.

Namun disebabkan terlalu obses dengan sesuatu barang itu, ataupun kerana barang yang dicari sukar didapati, mereka tidak sabar-sabar untuk memiliki barang tersebut lantas memasukkan jumlah dan menekan butang 'bid'.

Teorinya mudah di sini.

Jika ada seratus orang yang bersedia untuk menbida sesuatu barang, dan diberikan tempoh lelongan barang tersebut akan tamat dalam seminggu lagi. Set ini ditambah lagi secara teoritikalnya tiada 'reserve price' diletakkan, dan bidaan dimulakan dengan harga 1 pound. Harga purata pasaran itu untuk barang itu adalah 100pound, dan harga bida di Ebay pada malam adalah 95pound, harga tengah hari 90pound, dan untuk harga secondhand adalah 70pound (malam) dan 65pound (siang).

Jika 100 orang ini adalah bersikap 'noob', maka walaupun masih tinggal seminggu bidaan berakhir, mereka akan mula mebida. Dan dengan ini, walaupun masih tinggal seminggu lagi, harga bidaan telah mula mendekati harga syiling (harga purata yang sanggup dibayar). Dan dengan ini apabila seminggu telah berlalu dan masa tertinggal 10minit, harga malam telah menjadi 90 pound (mendekati 95pound harga pasaran eBay).

Dan sekarang, jika kita tukar 100 orang ini kepada 100orang 'good eBayer'. Dengan menggunakan set kes di atas, kita dapat ramalkan bahawa dalam seminggu lelongan berlangsung, tiada sesiapa yang akan membida barang itu, walaupun barang itu sudah tersenarai dalam 'watch list' 100 orang. Dan apabila masa bidaan hanya tinggal 1minit, harga barang itu masih lagi 1 pound (harga permulaan). Namun apabila masa tinggal 10saat untuk berakhir, para eBayer ini akan mula memasukkan bidaan masing-masing. Adakah anda dapat memikirkan kesannya kepada harga akhir barang itu? Jika diberikan set eBayer ini tidak sama sekali akan memasukkan 95 pound sebagai harga tertinggi mereka, hal ini akan sama sekali mengakibatkan barang itu menjadi lebih murah berbanding harga yang dibayar oleh kes pertama.

Namun sudah tentulah kedua-dua kes ini adalah teoritikal sahaja.

Secara realitinya, taraf 'noob' dan 'good' eBayer ini adalah sperti taburan graf normal. Ianya seperti 50 peratus eBayer adalah 'noob', dan 50 peratus adalah 'good' eBayer dengan jumlah ini berada dalam dua standard deviation dari mean graf itu.

Maka dengan taburan ini, segalanya kadang-kadang menjurus kepada sesuatu yang tidak dapat diramalkan walaupun suasana ini diketahui menjurus kepada pengakhiran kes 1.

Contoh saya berikan, jika terdapat 50 orang 'noob' eBayer dan 50 orang 'goo'd eBayer membida barang yang sama. Walaupun masih tinggal satu minggu untuk bidaan berakhir, harga barang itu sudah mendekati harga syiling pasaran eBay kerana dibida oleh noob eBayer. Apa maknanya ini kepada good eBayer? Sama ada untuk membida di saat akhir ataupun membida pada waktu tengah hari kerana jika dia membida pada saat akhir, sudah tentu barang itu sudahpun menapai harga syiling.

Walaupun secara teorinya susah untuk menukar semua eBayer menjadi 'good' eBayer, tapi saya masih berharap sekurang-kurangnya 'mean' graf normal eBayer itu semakin hari semakin bertambah kearah good eBayer.

1 ulasan:

  1. kau lupa bahawa 60.5 % manusia dikategorikan di bawah kasifikasi normal dalam suatu 'normal distribution'. prinsip yang sama dapat diaplikasikan dalam kes ni. jadi, 'good ebayer' hanya wujud sebanyak 0.5% sahaja dalam jumlah keseluruhan pembida sesuatu barang di ebay. 'average ebayer' dimaksudkan sebagai pembida yang akan membida apabila barang ebay tersebut menjadi harga yang berpatutan tetapi masih lagi lebih murah daripada harga pasaran - ini merangkumi 60% drpd jumlah keseluruhan pembida ebay untuk sesuatu barang.

    BalasPadam